Showing posts with label Alya ( 1-2 tahun). Show all posts
Showing posts with label Alya ( 1-2 tahun). Show all posts

Tuesday, July 29, 2014

Raya oh Raya

Salam Aidil fitri buat semua..
Wahhh...meriah raya kalini...mana taknya beraya dengan baju raya sendiri... heheheh:)
Macam biasa malam raya ni kami akan bermalam di rumah mak kat taman ria sebab raya pertama kami akan ke Parit Buntar ziarah kubur arwah Ayah.
Lepas ziarah kami kan ziarah sanak saudara sebelah mak akak. Ramai tau family sebelah mak.
Adik beradik kandung mak pun dah 10 orang :)

Jom layan gambar raya 2014 

Tema maroon :)




Nilah tema kelabu biru... Baju yang akak jahit.
Ni beraya kat rumah mertua...kami bersiap nak beraya kat Perak..
Mak mertua ni ada 2 beradik jer...tapi yang ramai anak2.. 
MakLong anak pun 10 tak silap, mak pulak anak 9 orang..
Memang best tiap kali raya..anak2 excited kumpul duit raya..hehehe..:)






 

 

Haa...amacam meriah tak..
Gambar jer tak meriah..xbyk gambar sibuk makan hehhee..

Salam aidilfitri semua.....

Sunday, June 1, 2014

Bercuti di Cameron Highlands


Assalamualaikum.. Kalini suami teringin nak melawat ke Cameron Highland..Hari jumaat dan sabtu 30 dan 31 hb may 2014, saya dan family pergi bercuti, ni kali kedua saya pergi, sebelum ni pergi dengan adik,sebab suami terpaksa bekerja. Kalini pun adik saya dan ibu join sekali,,:)

Hari jumaat tu masa bertolak ke Cameron Highland saya sempat ke ladang bunga ros sahaja sebab hari dah agak lewat petang sampai.

Tempat lawatan femes sekali mestilah ladang teh saya pergi cameron tea valley dan Ladang teh Boh , kemudian kami melawat ke ladang strawberry, Ladang lavender, Taman rama- rama. Kami melawat pada hari sabtu selepas check out homestay, sebab semua tempat tu menghala jalan balik senang nak berhenti .. 

Cameron Valley Farm







Strawberry Farm















Tengok tu alya nak tangkap ikan..nasib tak terjun kedalam kolam tu






  1. Cameron Lavender Farm















Taman Rama-Rama















Sebahagian saja gambar, xdan nk tangkap sbb dok mengawal Alya yg sangat aktif.. 

* 3 biji strawberry jadi jus (hancur ), 3 kuntum bunga hancur, ikan lari sbb celup tangan dlm air...