Showing posts with label Teladan. Show all posts
Showing posts with label Teladan. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Berkat membaca Basmallah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Saturday, October 22, 2011

Ibu Bapa Sebagai Pendidik NO.1

Assalamualikum...harini saya nak berkongsi kisah saya dan anak2:)

Suatu hari cikgu arman membalas post saya di facebook dengan mengatakan yang arman tak nak menulis disekolah..dia nak tulis dgn ibu dia...( Ada perasaan bangga sikit diri ini)
Memang selalu kalau berada dirumah saya akan mengajar anak2 yang asas termasuk auni...Bagi saya walaupun Ibu ni belajar tak setinggi mana tetapi pada anak2 KITALAH GURU KITALAH YANG PALING PANDAI DAN BIJAK DIDUNIA NI....ulang sekali lagi DIDUNIA hihihi...
Meja makan kat rumah ada tapi kami ni suka makan dibawah....jadi saya dan suami membeli meja jepun bercorak ABC dan 123..meja jepun ni untuk digunakan sebagai meja study arman dan auni tapi terlebih advance jadi meja makan....:)
Masa waktu makan..anak saya akan tanya " ni apa ni"
jawapan ibu dan abi mestilah mamtap yer:)
Sebenarnya banyak pemainan yang memberi pembelajaran kepada anak-anak..tengok pada kemampuan....tak semestinya barang mahal menjanjikan anak2 kita akan pandai tapi peranan ibu bapa tu yang penting,Bagi ibu yang berkerjaya saya tau anda akan penat tapi ambillah masa cuti untuk bersama anak,bukan setakat keluar bersama tapi ambil masa untuk belajar bersama-sama...walaupun setakat ABC
Siapa yang tak nak tengok anak yang membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah...
Saya juga akan memainkan peranan sebagai Ustazah dirumah...selepas solat arman akan mengambil muqaddamnya untuk dibaca bersama ibu...Auni pula mengambil buku yassin yang dianggapnya muqaddam..takpa biasakan diri anak2 mencintai buku...


Disini Saya selitkan rencana mengenai Peranan ibu bapa sebagai pendidik


Peranan Ibu Bapa Sebagai Pendidik Terulung

Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam didikan anak-anak mereka. Selain guru di sekolah, ibu bapa memainkan peranan sebagai guru yang dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak di rumah secara tidak langsung. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil berat oleh seorang ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak-anak yang soleh atau solehah dalam pembinaan peribadi muslim.

keluarga_sakinah
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenal Rabbnya

Salah satu tugas utama ibu bapa adalah mendidik anaknya untuk mengenal Rabb iaitu Allah S.W.T.. Islam menuntut si bapa memperdengarkan azan atau iqamah ke telinga si anak yang baru dilahirkan. Dari saat itulah, bermulanya tugas ibu dan bapa mendidik anak-anak mereka mengenali Allah S.W.T.. Setiap ciptaaan Allah di muka bumi ini sama ada langit, bumi, bintang, matahari dan bulan perlu dijelaskan oleh ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, ibu dan bapa perlu memastikan tumbesaran anak-anak mereka perlu sejajar dengan pengenalan kepada PenciptaNya.

Menjadi fitrah semulajadi seorang bayi yang akan terbangun dari tidurnya menjelang subuh hari. Betapa Allah telah menciptakan hambaNya untuk melaksanakan salah satu perintahNya pada waktu subuh. Selain itu, seorang bayi tidak akan selesa dengan kekotoran yang ada pada dirinya. Inilah hakikat kebenaranNya bahawa Allah menjadikan fitrah seorang manusia agar mencintai kebersihan. Namun demikian, masih ramai di antara kita yang tidak menyedari hakikat ini dalam pendidikan terhadap anak-anak.

Ibu bapa perlu menjadi seorang pendengar yang baik

Setiap anak mahukan ibu bapa mereka menjadi pendengar yang baik kepada mereka. Seperti contoh berikut, di mana seorang ibu yang sedang sibuk mencuci pinggan tiba-tiba didatangi anaknya Marina berumur lima tahun dan memanggilnya,

“Ibu!”. Si ibu menjawab dengan lembut sambil membuat kerjanya.

“Ya, Marina”. Sepuluh minit berlalu dengan senyap.

“Ya, Marina”, jawab ibunya dengan lembut sambil membuat kerja. Sepuluh saat berlalu dengan senyap.

Kedengaran lagi Marina memanggil ibunya “Ibu!’’.

Kali ini ibunya menjawab dengan nada yang sedikit keras, “Ya?”. Tetap tiada juga ucapan yang terkeluar daripada mulut Marina.

“Ibu!”, jerit Marina

“Apa yang Marina mahu ?”, balas ibunya dengan nada yang lebih tinggi menunjukkan kesabarannya diuji.

Marina yang masih lagi tersenyum memandang ibunya menjawab dengan lembut “Saya nampak kupu-kupu dan burung di taman tadi”.

Jauh di sudut hati Puan Normah, perasaan bersalah terhadap anak kesayangannya itu menyelubingi dirinya kerana menjawab panggilan Marina dengan keras tadi. Padahal Marina cuma ingin memberitahu kepadanya tentang kupu-kupu dan burung yang dilihatnya di taman.

Sebenarnya, cara yang terbaik bagi seorang ibu menangani situasi sebegitu adalah dengan menyahut panggilan si anak dengan penuh kasih saying dan bersedia mendengar apa yang ingin diceritakannya.

Pada keesokan harinya Marina berlari mendapatkan ibunya dan memanggilnya “Ibu!”.

“Ya, ibu dengar”, kata Puan Normah.

“Tetapi ibu tidak memandang saya”, jawab Marina. Puan Normah memandang Marina dan tersenyum kepada anaknya.

“Saya nampak layang-layang tadi”, kata Marina dengan gembira dan berlalu dari situ dengan senyum.

Apabila kita memandang mata seseorang yang lain ketika bercakap dengannya, secara tidak langsung kita memberitahunya bahawa kita mendengar dan menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin dikatakannya. Begitulah juga halnya dengan Puan Normah dan anaknya. Seorang anak mahu ibu atau ayahnya memberi tumpuan terhadap apa yang ingin diperkatakannya. Oleh yang demikian, kita seharusnya mempunyai kemahiran sebegini untuk menjadi seorang pendengar yang baik kepada anak-anak kita.

Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadi contoh kepada anak-anak yang sedang membesar terutamanya dalam pendidikan terhadap solat dan pemakaian yang menutup aurat. Anak-anak akan memerhatikan apa yang di lakukan oleh ibu bapa. Sekiranya ibu bapa sentiasa menjaga waktu solat mereka dan sentiasa menutup aurat ketika keluar dari rumah, maka sudah tentu anak-anak akan mudah mengikuti apa yang di lakukan oleh ibu bapanya.

Berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai dan lemah lembut

Setiap tutur kata yang dilafazkan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Baik tutur kata ibu bapa, maka baiklah tutur kata si anak itu. Unit bahasa itu mula terbentuk di dalam otak pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak lagi. Oleh itu, ibu bapa perlu bercakap dengan sebutan yang baik dan nada yang lemah lembut. Selain itu, penggunaan bahasa yang betul dan tepat di samping perkataan yang sesuai dengan keadaan dan situasi juga perlu dititikberatkan bagi memudahkan pembelajaran komunikasi anak-anak di rumah.

Pembentukan peribadi kanak-kanak melalui perwatakan ibu bapa

Ibu bapa adalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, anak-anak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang dilihat atau dibuat oleh ibu dan bapa mereka. Pembentukan peribadi kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada dipengaruhi oleh perwatakan ibu bapa. Perwatakan yang baik dapat dicontohi daripada Rasulullah S.A.W. dan juga para sahabat. Rasullah telah menggariskan matlamat utama perutusan Baginda ke muka bumi ini dalam hadisnya yang berbunyi “Hanyasanya saya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Sebagai contoh, keperibadian seorang sahabat Nabi, Usamah yang menjadi anak angkat Rasullah ketika beliau masih kecil sangat dikagumi ramai. Usamah hidup dalam keluarga Rasulullah yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas harian, Rasulullah sentiasa meluangkan masanya untuk bermain dengan cucu-cucunya, Hassan dan Hussien. Kasih dan sayang Rasulullah yang dicurahkan kepada cucu-cucunya itu menyamai kasih dan sayangnya kepada Usamah.

Perwatakan Usamah sangat terserlah dengan peribadi yang mulia apabila beliau telah meningkat dewasa. Beliau menjadi seorang yang berani, cerdik dan bijaksana serta tahu menjaga kehormatan dirinya. Ketika beliau berumur 20 tahun, Rasulullah telah melantik Usamah sebagai panglima perang untuk memimpin bala tentera umat Islam tetapi pemergiannya untuk berjihad di jalan Allah tertangguh kerana Rasulullah telah wafat ketika itu. Inilah kesan daripada didikan Rasulullah terhadap Usamah yang bukan daripada keturunan baginda sendiri, namun kasih sayang baginda sebagai seorang bapa angkat tidak pernah terabai.

Ternyata, keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa mereka di rumah. Jika baik perangai ibu dan ayahnya di rumah, maka insyaAllah baiklah perwatakan anak-anaknya. Jika tidak, perkara sebaliknya akan berlaku. Dalam mendidik anak-anak, perkara-perkara seperti mengajak anak-anak beramal, mengajak anak solat pada awal waktu, mengajak anak-anak solat di masjid, mengajak anak-anak berdakwah, mengajak anak-anak mengikut sunnah Nabi dan akhlak baginda S.A.W., dan mengajak anak-anak untuk bersyukur ke atas segala pemberian Illahi perlu dibiasakan dalam kehidupan mereka. Anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorak anak-anak ini menjadi seorang Islam, Majusi atau Nasrani.

Allahua’lam.

Sumber: ISMAWEB.net

Thursday, October 6, 2011

IBU KITA ADALAH PENIPU BESAR!!!!!


Bace elok2 knape IBU KITA ADALAH PENIPU BESAR? (renung2kan bersama)

1) PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

2. PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

3. PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

4. PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

5. PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

6. PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

7. PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

8. PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
*Penipu betul kn ibu kite?
Post di atas diambil dari web IluvIslam.com

Monday, November 22, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN



Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!


Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

(Surah Al-Ahzab:71)

Tuesday, November 9, 2010

ATTN: Kaum Hawa..Kene Bc..Check dulu TUALA WANITA yang anda/isteri pakai

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihanya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...


Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telahmengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Be lia u seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satupembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana diatidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...


Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAKTERJADI


ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...

Wednesday, November 3, 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Kisah ni saya share dari fb mentari hidup,pertama kali baca memang tersentuh sebab saya juga mempunyai anak kecil yang besar pun baru 3 tahun...kisah ni sebagai pengajaran buat saya sendiri supaya tidak sewenang-wenangnya memukul anak...bukan senang nak melahirkan anak ,bagi saya selain kursus perkahwinan,sepatutnya bakal pengantin perlu didedahkan kursus keibubapaan.



Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)