Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Bersalin Atas Permintaan Sendiri

Assalamualaikum..
Tanggal 30/12/2015 jam 3.36 pagi lahirlah seorang puteri ke 3 dan anak ke 4 buat saya dan Suami berat 3.03 kg. Alhamdulillah Allah S.W.T memudahkan urusan bersalin ku. Menariknya ,saya bersalin kalini sebab permintaan saya sendiri. Saya dan suami tawakal kalau kena ceaser sbb mmg ada risiko untuk ceaser. Pada 25/12 saya buat check up seperti biasa, dan tiada lagi tanda2 bersalin, Saya Checkup di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra.. sebab situ dari doktor hingga Staf semuanya Perempuan.
Hari pertama p Mahsuri, terus jumpa Doktor Norhaida..Doktor haida ni mmg kelakar kalau cek dengan dia. Sampai 3x Check up Doktor NorHaida bg cadangan boleh bersalin dah kalau nak sebab kedudukan bayi dah masuk dah ruang, berat ok, air ketuban semua ok, saya sendiri pun pernah bersalin normal, 1 saja ceaser. Kalau ikut due date 12 Januari 2016, saya pun takut baby besar sebenarnya, Anak sulung 3.23kg, Kedua 3.50kg Ketiga 3.70kg.
 
Banyak kali tanya boleh ka? Doktor kata boleh , ibu xada penyakit apa, Bersalin nnt kena buh ubat , paksa bersalin..Bab ubat mmg Ketiga2 anak sebelum ni mmg kena induce, tak heran kena induce lagi.
Doktor pun ada terangkan kebarangkalian risiko yang dihadapi .
 
Kami ambil masa pikir dalam 3 hari.. bayi dah 3 kg dah masa tu ,takut dlm 2 minggu lagi baby akan besar, seram gak ..bincang2 kami buat keputusan ok bersalin awal. Sehari masa tu mmg cari maklumat , dan proses nak percepatkan bersalin. Adik Doktor masa tu mmg tak setuju sebab ada risiko. Tapi saya mmg nak bersalin dalam tahun 2015, umur masa tu 34 ada lagi 4 thn kalau nk mengandung lagi pun..
29hb pagi jumpa doktor, Doktor masukkan ubat pertama, dia mula memulas2 perut... sampai jam 3 ptg bukaan masih 3 cm... masa dalam bilik tu mmg buat senaman gak, sempat solat sekali. Kemudian ubat Ke2 masuk mmg sakit sangat tapi tetap teruskan senaman untuk mempercepatkan proses bersalin, takut tak buka. Adik dgn mak mai tgk keadaan , adik bgtau tak lama dah ni..Doktor Cek pun bukaan 4cm, lambat betul proses bukaan. Anak2 serah kat adik dgn mak bawa balik.
 
Adik bgtau kalau buh ubat ke3 kalau xbuka baru ceaser huhu, Suami mmg setia menunggu diruang yang disediakan, sebab saya dapat bilik kongsi, 1 bilik penuh, kesian suami dr pagi tggu sampai kemlm tak bersalin lagi... Malam Doktor cek Bukaan dah 5cm ,anggaran subuh nnt bersalin. Mula jam 8 mlm mmg tak tahan, nurse cek bukaan dalam 6cm, tanya nak ubat tahan sakit tak..Saya nak , nurse cucuk kurang sikit, sakit sekali tu saya mcm nk teran terberak..Sakit mmg masih rasa lagi sakit dia walupun dah cucuk ubat. Tak tahan dah terus tekan panggil nurse.. Jam 2 pagi Cek Bukaan dah 8cm, kelam kabut nurse call doktor. Panggil suami sekali naik.. Doktor Norhaida tak boleh sambut, Doktor pkar Rohana yang datang mai sambut . Nurse siap pesan jgn teran , siap tutup rapat kaki lagi.
Doktor mai terus buka kaki takdan seminit bersalin jam 3.36pg, jahit pun nasib sikit ja..
Alhamdulillah dipermudahkan urusan bersalin pada masa tu..
Terima Kasih Ya ALLAH..

Sunday, October 7, 2012

Meneladani Cara Makan Rasulullah S.A.W








1. Ibnul Qayyim berkata: 
Barangsiapa yang memperhatikan makanan yang dikonsumsi Nabi, niscaya ia mengerti bahwa beliau tidak pernah memadukan menu antara SUSU dengan IKAN, atau antara SUSU dengan CUKA, atau antara DUA MAKANAN yang sama-sama MENGANDUNG UNSUR PANAS, UNSUR DINGIN, UNSUR LENGKET, UNSUR PENYEBAB SEMBELIT, UNSUR PENYEBAB MENCRET, UNSUR KERAS, atau DUA MAKANAN yang mengandung UNSUR KONTRADIKTIF, misalnya antara MAKANAN YANG MENGANDUNG UNSUR PENYEBAB SEMBELIT DENGAN YANG MENGANDUNG PENYEBAB MENCRET, ANTARA YANG MUDAH DICERNA DENGAN YANG SULIT DICERNA, ANTARA YANG DIBAKAR DENGAN YANG DIREBUS, ANTARA DAGING YANG SEGAR, DENGAN YANG SUDAH DIGARAMI DAN DIKERINGKAN, ANTARA SUSU DENGAN TELUR, DAN ANTARA DAGING DENGAN SUSU.

Beliau tidak pernah makan pada saat makanan tersebut masih sangat panas atau masakan yang dihangatkan untuk besok, makanan-makanan yang bulukan (berjamur) dan asin, seperti makanan-makanan yang DIASINKAN, DIASAMKAN, atau DIHANGUSKAN. Semua makanan ini berbahaya dan menimbulkan berbagai macam gangguan kesehatan.

2. Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam biasa melawan unsur panas pada makanan dengan unsur dingin pada makanan lain, unsur kering suatu makanan dengan unsur basah pada makanan lain, sebagaimana beliau memakan mentimun dengan ruthob (kurma matang yang belum dikeringkan), makan tamr (kurma kering) dengan minyak samin, meminum ekstrak kurma untuk melunakkan chymus (Materi semi cair, homogen, berkrim atau seperti gruel yang dihasilkan oleh pencernaan makanan oleh lambung) makanan-makanan keras. Itulah intisari makanan sehat.

3. Beliau tidak biasa minum ketika sedang makan, sehingga akan merusaknya, apalagi jika air tersebut panas atau dingin, karena itu pola makan yang buruk sekali.

4. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan sedikitpun, jika suka, beliau memakannya, jika tidak dibiarkannya, tidak memakannya." (HR. Bukhari : 5409, dan Muslim : 2064)

5. Beliau menyukai daging, yang paling beliau sukai adalah lengan dan bagian depan kepala kambing. Karena itu, seorang wanita Yahudi pernah meracuninya.

6. Pernah suatu ketika Rasulullah diberi daging, lantas diperlihatkan bagian lengan kepada beliau, maka beliau menyukainya. (HR. Bukhari : 5712, dan Muslim : 194)

7. Daging yang disukai Nabi adalah yang paling baik dan paling mudah dicerna oleh lambung, baik itu daging leher, lengan maupun lengan atas.

8. Beliau juga menyukai makanan-makanan manis dan madu. Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu anh, ia berkata, "Nabi shalallahu ‘alaihi wassallam menyukai makanan-makanan manis dan madu." (Shahihul Bukhari : 5614).

9. Beliau biasa makan roti dengan lauk apa saja yang beliau punya, kadang daging, kadang semangka, kadang kurma, dan kadang cuka. Beliau bersabda, "Sebaik-baik lauk adalah cuka." (Shahih Muslim : 2052).

10. Beliau biasa makan buah-buahan hasil panen negerinya pada musimnya, beliau tidak memantangnya. Ini juga merupakan sarana paling besar untuk menjaga kesehatan.

11. Rasulullah bersabda : "Aku tidak makan sambil bersandar." (Shahihul Bukhari : 5398)
Ada tiga cara bersandar:
a. Bersandar pada rusuk.
b. Bersila.
c. Bersandar diatas sesuatu.
Jenis pertama menyulitkan makan, karena ia menghalangi aliran makanan secara alami, menghambat kecepatan masuknya makanan ke lambung, dan menekan lambung sehingga sulit terbuka untuk makanan. Lambung akan miring, tidak tegak, sehingga makanan tidak mudah sampai kepadanya.
Adapun dua jenis lainnya merupakan gaya duduk orang-orang sombong yang bertentangan dengan jiwa kehambaan.

12. Dalam hadits Anas disebutkan, "Saya melihat Nabi shalallahu ‘alaihi wassallam duduk dengan posisi iq'a sambil memakan kurma." (Shahih Muslim : 2044)
Beliau biasa duduk dengan posisi iq'a untuk makan, maksudnya duduk dalam posisi bertumpu pada kedua lutu, seraya memposisikan perut telapak kaki kanan, sebagai bentuk ketawadhuan kepada Rabbnya. Ini merupakan posisi paling baik pada saat makan.

13. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda : "Jika salah seorang dari kalian makan, maka janganlah ia membersihkan tangannya sebelum menjilatinya." (Muttafaqun ‘Alaih, Bukhari : 5376, dan Muslim : 2031).

14. Beliau makan dengan menggunakan tiga jemari beliau, dan ini merupakan cara menyuap makanan yang paling bermanfaat.

15. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : "Wahai anak kecil! Sebutlah nama Allah (BISMILLAH), makanlah dengan tangan kanan, dan makanlah makanan yang terdekat darimu." (Muttafaqun ‘Alaih, Bukhari : 5376, dan Muslim : 2022).

Demikianlah cara makan yang paling baik adalah cara makan beliau shalallahu ‘alaihi wassallam dan cara makan siapa saja yang meniru cara beliau.

Diringkas dari kitab : KEAJAIBAN THIBBUN NABAWI, Penulis : Aiman bin ‘Abdul Fattah, Halaman 175 - 178. Penerbit : Al-Qowam

Thursday, August 2, 2012

Makanan yang dilarang semasa berpantang

Pengenalan


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.



Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

Monday, July 2, 2012

Dugaan saya dan suami:(

Ya ALLAH,permudahkanlah aku bersalin anak ke3 ni....
Inilah dikatakan dugaan yang berat juga buat saya...sebab 2 anak sebelum ni bersalin normal...entah kenapa anak yang ketiga ni,menguji saya,kadang rasa tension bila pikir yang kena marah auni dan arman sian diaorang huhuhu:(
Ya setiap kejadian pastinya ada hikmah disebaliknya..disinilah keimanan kita diuji sama ada ikhlas dan redha dengan UjianNYA atau tidak...
Sepanjang minggu ni saya banyak tenangkan fikiran disamping sokongan dari suami...sokongan suami sangat2 penting ye lah nak menghadapi kelahiran anak ketiga ni amat2 lah memerlukan sokongan moral dari suami dan keluarga...kalau normal memang tak ada masalah,tapi kedudukan bayi disaat2 akhir ni kedudukan dia tak menentu buat 'ibu' semakin susah hati...huhuhuhu:(
kronologi:
36 week : baby melintang 'transerve lie'
37 week : baby normal cephalic
38 week : baby normal cephalic
39 week : baby sonsang "unstable lie"
aduhhh macam mana saat2 akhir baby boleh pusing balik ni huhuhuhu:(
Harini pi jumpa doktor anuar husainy kat INS untuk penerangan darinya,dan risiko2 yang ada...
Apapun harap anak dalam kandungan ni sihat...

 ** dalam banyak2 info dr pak googleyang ada kaitan dengan saya adalah kemungkinan sebab ruang besar,kira perut besar la ni(akibat tak senaman) baby pulak kecik baru 3.1kg

Wednesday, June 27, 2012

Beza Tanda palsu Kelahiran dengan Yang Sebenar


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: “Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku.”
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
* biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
* lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
* tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
* tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
* terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
* tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
* tahan lama;
* lebih teratur;
* lebih kerap;
* lebih menyakitkan;
* lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai “kontraksi latihan” bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan – perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor???

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
* lelehan yang melekit dan berdarah;
* sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
* pergerakan bayi anda sudah mengurang;
* anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
* jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.

Tanda-tanda Hampir Bersalin:

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk menghadapi kelahiran.

Apakah tanda-tanda hampir bersalin?

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah:
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir:
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang:
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan.
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”

Bila Perlu ke Hospital???
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

Peringkat-peringkat Kelahiran:


Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama bermula dengan bukaan servix dari 1 cm-10 cm. Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi dan yang ketiga kelahiran uri dari rahim.

Peringkat Pertama:

Ialah peringkat yang paling lama. Disini bermula apabila anda mengalami kontraksi dan serviks anda membuka secara perlahan-lahan. Peringkat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu fasa laten dan fasa aktif. Fasa laten ialah apabila serviks membuka dianatara 1-3 cm dan selalunya mengambil masa 8 jam maksima.
Kebanyakkan wanita tidak merasa terlalu sakit pada waktu ini kerana kontraksi tidaklah begitu kuat dan kerap lagi.
Fasa aktif pula ialah dimana kontraksi sudah mencapai tahap kuat dan serviks anda sudahpun membuka lebih dari 3 cm. Kontraksi mungkin terjadi setiap 4-5 min dan semakin lama untuk berhenti.
Anda boleh meminta ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit anda. Berbincanglah dengan doktor apa pilihan ada untuk mengurangkan sakit anda. Jangan cuba untuk meneran kerana ia tidak menolong anda mempercepatkan proses bersalin, sebaliknya ia boleh mengurangkan tenaga anda untuk proses meneran yang sebenarnya. Serviks selalunya membuka 1 cm setiap jam bagi anak sulung dan ia menjadi lebih cepat bagi kehamilan seterusnya.

Peringkat Kedua:

Pada masa ini serviks sudahpun terbuka sebanyak 10 cm. Kontraksi sudah berada pada tahap maksima dan anda akan merasa kesakitan yang ketara. Bila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda akan merasai satu perasaan untuk meneran. Pada masa inilah anda digalakan untuk mempraktis teknik pernafasan yang diajar dikelas antental. Peringkat ini berakhir dengan kelahiran bayi selalunya berakhir kurang dari 1 jam.

Peringkat Ketiga:

Anda dibenarkan memegang dan mencium sicomel anda pada masa ini. Peringkat ini berakhir dengan pengeluaran uri yang lengkap. Ia selalunya berakhir kurang dari ½ jam.

Apa yang berlaku selepas bersalin???

Selepas bersalin, doktor selalunya akan memeriksa tekanan darah, denyutan nadi dan pengecutan rahim untuk memastikan semuanya normal. Untuk beberapa jam seterusnya, anda mungkin akan merasa sakit seperti senggugut dan kadang-kadang ia berlanjutan untuk beberapa hari.
Anda digalakan untuk memberikan susu badan kepada bayi. Bagi yang tidak mampu menyusukan, infant formula akan diberikan. Bayi akan diperiksa secara menyeluruh oleh pakar bayi dan sekiranya tiada masalah, anda dan bayi akan dibenarkan pulang keesokkan harinya.

Rujukan:
1)http://portal.alamhamil.com/index.php
2)http://www.babycenter.com.my/
3)http://ratuhati.com/index2.php

Friday, June 15, 2012

Baby dah berkedudukan normal 37 minggu

Assalamualaikum...pertama sekali saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana segala keresahan dihati ni akhirnya tenang semula apabila mengetahui kedudukan anak dah berkedudukan normal di minggu akhir 37 minggu semalam..
Masih teringat lagi pertemuan 5/7 dgn doktor norasyikin di poliklinik pakar puteri yang memberi tahu baby memang susah dah nak pusing ada 10 % sahaja kalau nak pusing pu...saya dan suami perlu buat keputusan segera kerana doktor akan buat surat untuk ceaser...Hati mana tak terkejut,sebab dua2 anak sebelum ni bersalin normal walaupun dua2 ank kena induce.Tapi saya dan suami masih memegang kata2 doktor pakar doktor anuar dari INS specialist sebab kami ada temujanji 14/7.
Balik dari klinik saya mula seacrh internet mencari info ibu2 yang sebelum ni mengalam masalah sama...walaupun rasa mcm terlewat saja dah 36 minggu anak dok melintang...
Kebetulan sekarang saya makan Set SALINDAH...Salindah ada mengeluarkan remedi tambahan untuk baby songsang iaitu RTA...saya dan suami terus beli dan bercakap dengan doktor Pusat perubatan homeopati adakah terlewat saya nak makan RTA ni..kata2 doktor memberi sinar kepada saya dengan mengatakan masih boleh lagi untuk makan RTA ni disamping berdoa agar anak duduk elok2 kepala dibawah...
Beli saja RTA ni saya terus makan...malam tu saya rasa perut saya 3 malam berturut2,perut saya bergerak dengan sangat kuat sangat...dalam hati harap baby sedang pusing untuk membetulkan kedudukan dia.
Saya dan suami juga sentiasa bersembang2 dengan baby begitu juga dengan arman dan auni sambil memujuk adiknya supaya duduk elok2 kepala dibawah...:)


RTA (membetulkan kedudukan bayi songsang)
RTC (Untuk menambahkan susu ibu)
RTD ( Remedi untuk bayi kuning)

Doa memang tak putus2 berdoa agar anak dalam kandungan ni duduk normal...hati sangat risau bila memikirkan pisau ceaser huhuhu...:(
Saya dan suami juga bersama2 menunaikan solat hajat memohon agar dipermudahkan saya bersalin untuk anak ketiga...Air zam-zam dan kurma menjadi makanan harian saya.Air zam-zam dan buah kurma ni suami saya telah membacakan sedikit doa2 untuk memudahkan bersalin..Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami keresahan hati saya ni..
Saya juga ada terbaca di internet ada senaman untuk membetulkan kedudukan bayi ni iaitu sujud lama-lama...setiap kali solat saya sentiasa sujud lama2 disamping berdoa.


12/7 baru adik saya datang rumah...adik saya ni doktor pelatih,bulan 7 ni dia dah habis praktikal di hospital sungai petani ,dah alang2 mai rumah rumah minta dia check kedudukan bayi dalam kandungan saya ni....debaran tetap ada.
Dibelek2 perut dipegang2 adik cakap,bayi dah kepala dibawah cuma tak engage betul2 lagi...Alhamdulillah bayi dah kepala dibawah...harap apa yang dikatakan oleh adik menjadi kenyataan 14/7 ni...sebab jumpa doktor pakar....
Hari yang ditunggu2 14/7 semalam...dengan penuh debaran,doktor scan Alhamdulillah bayi dah duduk ormal kepala dibawah cuma tak masuk betul2.doktor cakap nanti dia akan masuk dan insyaALLAH bersalin normal....menitik air mata mendengar penerangan dari doktor anuar yang maintain 'cool'...
Bayi dah matang,tunggu tanda2 bersalin saja sekarang ni...:)


Saya buat post ni adalah untuk memberi semngat untuk ibu2 yang bermasalah seperti saya...siapa yang nak bersalin ceaser kalau boleh ramai ibu2 yang nak elak ceaser ni...walaupun kata2 doktor mengatakan agak terlewat tapi sebagai ibu dan bapa,kita harus ikhtiar dulu. Doktor anuar pun bagitau ada bayi ni kadang dia lambat duduk kepala dibawah...beri masa sehingga 37 minggu,38 minggu baru buat keputusan kalau kedudukan masih bermasalah.
Saya juga terbaca dalam forum ibu2 yang menghadapi masalah ni...dia ikut kata doktor untuk admit wad sebab doktor tu cakap dah terlambat macam saya 36 minggu bayi masih tak duduk elok...dalam 3 hari nak ceaser tu doktor scan bayi dah kepala dibawah cuma tak masuk betul2 lagi tapi doktor tetap ceaser juga...kesian ibu tu...sekurang-kurangnya tunggu 3 hari lagi...ini tak terus ceaser...sebab tulah saya dan suami harus bertenang dalam buat keputusan...
Yang penting cari ubat alternatif,doa dan tawakal...dan berserah segala-galanya pada ALLAH S.W.T kerana tiada yang mustahil bagi ALLAH.

Sunday, June 10, 2012

Proses Kelahiran Secara Pembedahan Caesarean

Pembedahan Caesarean



Apakah pembedahan Caesarean?

Pembedahan Caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.

Apakah perbezaan diantara pembedahan Caesarean yang dirancang dan tidak dirancang?

Proses caesarean elektif dirancang atau dijadualkan berlangsung sebelum proses bersalin anda bermula. Proses caesar yang tidak dirancang berlaku sebelum proses bersalin bermula. Hal ini boleh berlaku jika:
  • Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi jika sakit hendak bersalin mula terasa sebelum pembedahan. Pembedahan tersebut boleh dilangsungkan beberapa jam lebih awal daripada saat bermulanya sakit hendak bersalin anda, asalkan anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.

  • Berlakunya kesulitan ketika proses mengandung atau ketika sakit hendak bersalin. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan dalam masa sejam selepas kejadian sebegitu terjadi.

  • Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi yang mengancam nyawa ketika proses mengandung, proses caesar perlu dilakukan segera, seelok-eloknya dalam tempoh masa 30 minit.

  • Sakit hendak bersalin anda terhenti atau sangat lambat.
Kebanyakan pembedahan Caesarean yang dirancang akan memberikan anda, suami anda dan kakitangan hospital masa persiapan yang cukup. Baca lebih lanjut mengenai sebab-sebab pembedahan caesarean diperlukan.

Apakah yang akan berlaku sebelum pembedahan Caesarean?

Doktor anda akan memberitahu prosedur tersebut. Doktor akan memberitahu anda:
  • Apa yang akan berlaku ketika prosedur caesarean.
  • Menerangkan kepada anda kenapa pembedahan ini perlu dilakukan.
  • Menerangkan risiko yang mungkin akan berlaku pada anda serta bayi anda.
  • Meminta kebenaran anda, dimana anda mempunyai hak untuk menolak prosedur tersebut.
Sebelum pembedahan, anda perlu memakai gaun hospital. Anda juga perlu menanggalkan semua barang kemas. Dan anda juga perlu menanggalkan gigi palsu atau pendakap gigi, jika ada.

Anda juga perlu menanggalkan solekan dan juga pewarna kuku. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan pembedahan memerhati tona kulit anda ketika pembedahan. Anda tidak dibenarkan menggunakan kanta sesentuh ketika pembedahan tersebut. Jika anda menggunakan kanta mata, berikan pada suami anda ataupun kakitangan, supaya anda boleh menggunakannya kemudian untuk melihat bayi anda.

Dalam kebanyakan kes, suami anda akan berada bersama ketika pembedahan tersebut. Suami anda juga perlu menukarkan ke gaun surgikal. Pakaian surgikal ini termasuk topeng muka bagi menutup hidung dan mulutnya, penutup kepala dan penutup kasut khas.

Ketika pembedahan tersebut, anda akan berbaring diatas meja pembedahan, yang telah dicondongkan atau disengetkan ke kiri. Ia dicondongkan agar bekalan darah ke paru-paru tidak dikurangkan disebabkan oleh keberatan rahim, yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembedahan caesarean anda:
  • Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.

  • Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Ini bermakna bahagian bawah badan anda akan terasa kebas. Ia lebih selamat untuk anda dan bayi anda daripda anestesi am, yang membuatkan anda tidur.

  • Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan. Ia boleh dimasukkan selepas ubat tahan sakit dimasukkan, supaya anda tidak merasa sakitnya.

  • Kawasan faraj anda, di mana pembedahan akan dilakukan, akan dicukur rapid an dibersihkan dengan antiseptik.

  • Anda akan diberikan stokin putih, air yang banyak atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).

  • Peralatan untuk memantau tekanan darah anda akan diletakkan pada lengan anda.

  • Elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.

  • Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki anda. Ia digunakan oleh pakar bedah anda untuk membumikan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Jangan risau kerana plat bumi itu tidak memberi kesan kepada anda.
Anda mungkin diberi pilihan untuk:
  • Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
  • Ubat mabuk bagi mengelakkan anda muntah.
  • Ubat penahan sakit yang kuat semasa dan selepas pembedahan tersebut.
  • Ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa lenguh.
  • Pemberian oksigen melalui topeng gas, jika bayi anda dalam keadaan kritikal.
Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui berapa ramai orang yang diperlukan untuk melakukan pembedahan caesarean ini.

Apakah yang berlaku semasa pembedahan caesarean?

Sebuah skrin akan diletakkan di atas kawasan dada anda supaya anda tidak dapat melihat prosedur pembedahan tersebut. Anda boleh meminta skrin itu direndahkan untuk melihat proses kelahiran bayi anda. Pakar anestesia anda akan memeriksa ubat tahan sakit anda berfungsi dengan betul.

Apabila anda sudah sedia dan anestesia menunjukkan efek secara keseluruhan, doktor akan melakukan insisi melintang yang kecil pada kulit atas tulang pubik anda (dipanggil garis bikini), ia lebih kurang jarak dua jari daripada tulang pubis anda, di atas bulu ari-ari.

Insisi seperti ini kurang menyakitkan selepas pembedahan dan kelihatan lebih menyenangkan daripada insisi yang mengunjur sepanjang perut anda. Beberapa lapisan tisu dan otot perlu dibuka untuk memberi laluan ke uterus anda. Otot-otot perut dipisahkan dan tidak dipotong. Pundi kencing anda akan diinjak ke bawah agar doctor boleh mencapai bahagian bawah uterus anda.

Insisi ke atas uterus selalunya adalah kecil. Doktor akan menggunaka gunting atau jari untuk mengoyak insisi ini menjadi lebih besar. Prosedur ini mengurangkan pendarahan berbanding insisi yang lebih dalam. Pembukaan uterus anda selalunya terletak di bahagian bawah, kerana itulah kadangkala pembedahan ini juga dikenali sebagai "lower segment caesarean section" (LSCS).

Jika terdapat banyak cecair di dalam uterus anda, anda mungkin boleh mendengar dan merasanya keluar daripada pembukaan tersebut. Pakar obstetrik anda akan mengangkat keluar bayi anda. Anda mungkin juga boleh merasa pembantunya menekan perut anda untuk membantu bayi anda lahir. Jika bayi anda dalam kedudukan songsang, doktor akan mengangkatnya daripada bawah ke atas.

Semua ini berlaku dengan agak pantas. Anda mungkin boleh melihat bayi baru anda setelah 5 – 10 minit di dalam bilik pembedahan.

Jika anda melahirkan anak kembar, kembar yang terletak lebih ke bawah akan dikeluarkan dahulu, sama seperti kelahiran secara biasa. Kadangkala forsep digunakan untuk menarik keluar kepala bayi dengan lebih teliti. Forsep cuma diperlukan jika bayi anda lahir dalam keadaan songsang atau pramatang.

Kadangkala pakar bedah anda perlu membuat insisi memanjang yang lebih besar di dalam uterus anda jika:
  • Bayi anda dilahirkan pramatang, atau bayi anda baring melentang melalui uterus anda.
  • Jika anda mempunyai masalah-masalah lain seperti plasenta rendah atau pun ketumbuhan seperti fibroid.

Apakah yang akan berlaku apabila bayi saya lahir?

Bayi anda akan diletakkan di atas dada anda untuk anda belai, atau ia mungkin juga perlu diperiksa oleh seorang bidan atau pakar pediatric jika perlu. Jika anda tidak mampu memegang bayi anda, suami anda juga boleh mendukungya. Bayi yang dilahirkan secara Caesarean selalunya memerlukan lebih banyak haba berbanding bayi yang dilahirkan secara normal. Jadi, jika anda mendapat anak kembar, anda dan suami anda berpeluang mendukung anak-anak anda pada masa yang sama.

Selepas satu hingga lima minit bayi anda dilahirkan, ia akan diberikan skor Apgar untuk menyukat tahap kesihatan bayi anda.

Jika sebelum ini bayi anda pernah menunjukkan sebarang masalah, pakar pediatric akan memerikas bayi anda dengan teliti. Sesetengah bayi yang memerlukan oksigen lebih atau perlu diletakkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU).

Untuk mengecutkan uterus anda dan mengurangkan kadar kehilangan darah, anda akan diberi hormone oxytocin melalui titisan drip. Doktor akan menarik dengan tali pusat anda dengan perlahan-lahan untuk menarik keluar plasenta anda. Proses ini akan diperhati dengan teliti sebelum doktor menjahit perut anda.

Anda akan berada di dalam bilik pembedahan sehingga lebih kurang sejam. Proses menutup pembukaan di perut anda mengambil masa yang jauh lebih lama, kerana ia lebih rumit daripada membuka perut anda. Proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama jika anda pernah melalui pembedahan caesarean sebelum ini. Ia bergantung kepada bilangan parut pembedahan yang anda perolehi daripada pembedahan-pembedahan sebelum ini.

Bagi proses penutupan, doktor akan membuat jahitan berganda untuk memperbaiki uterus anda. Insisi di dalam perut anda akan ditutup secara berperingkat. Akhir sekali, kulit luar akan ditutup dengan jahitan atau kokot. Apabila anda sudah sedia, anda akan dipindah balik ke bilik wad anda di mana suami dan jika tiada masalah, bayi atau bayi-bayi anda sedang menunggu.

Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut dan minuman.

Jika anda ingin menyusu, anda dinasihatkan untuk melakukannya semasa anda masih di dalam bilik pemulihan. Bidan anda boleh membantu membuatkan anda rasa lebih selesa untuk menyusu dan akan menjaga anda sejurus selepas pembedahan selesai.

Sumber: babycenter

Proses Kelahiran NORMAL

Assalamulaikum...disini saya kongsikan sedikit info tentang proses kelahiran NORMAL dan SONSANG


Apabila melalui proses kehamilan selama 40minggu kini tiba masanya untuk melahirkan anak zuriat buat sesebuah keluarga.mesti gembira yang tak terperi.
Bila pikirkan tentang kelahiran ada yang ngeri,takut,cuak dan pelbagai rasa berbaur aduk. Di sini misi kongsikan sedikit info bagaimana proses kelahiran itu berlaku. kalau yang ngeri tu jangan baca ye. hehe ^^
rujuk gambar di atas dengan penerangannya. ^^
Peringkat Labour
Peringkat Pertama
>6-8jam
>apabila serviks membuka 3cm
>parthogram di mulakan
>kontraksi ibu
>effacement of cervix
>fetal heart rate
>penurunan presenting part
fully effaced-kepala bayi di vagina
bayi lahir normal cephalic, bayi songsang breech
jenis-jenis bayi songsang
kelahiran bayi songsang. ngeri kan.-_-
Peringkat Kedua
>1-2jam
>serviks membuka melebihi 10cm hingga kelahiran bayi
>kepala bayi menonjol keluar
>lubang dubur menjadi longgar dan bentuk bunga
>ibu rasa meneran terlalu kuat
>membran dan liquor (air ketuban) pecah secara spontan
>penurunan dan tekanan kepala fetus
penurunan kepala fetus
head crowning- bahagian kepala paling besar mahu keluar
>kelahiran bayi

kelahiran bayi
Peringkat Ketiga
>1/2 jam 15-30minit
>pengeluaran plasenta dan membran(uri)
ini lah plasenta atau uri

Wednesday, June 6, 2012

Baby Melintang 36 minggu

Assalamualaikum,ini kali pertama saya bercerita tentang kandungan saya sebabnya ini pengalaman pertama dapat berita kedudukan anak melintang,bila dengar berita ni ditambah dengan doktor cakap mmg kena ceaser tak ada peluang nak pusing berjurailah air mata ni bila masuk dalam kereta...suami lah menenangkan hati ni...:'(
check up 5/6/2012...
Posisi baby reverse dok melintang kaki belah kiri pada minggu 36 week.. ini bermakna..
huk huk.. naper ler baby ni dancing sampai lari posisi yang sebelum ni elok dah duduk..patut lah lately ni rasa baby asyik kodek-kodek jer belah kiri,dr dah bgtau mmg kena ceaser kalau mcm ni kedudukan..percent nak berubah dalam 10%...tapi saya dan suami kuatkan semangat untuk yakin yg 10% tu...lagipun saya banyak kali seacrh di google ttg anak melintang,kebetulan salindah ada Remedi tambahan RTA utk baby songsang,dan atas nasihat dr dari pusat perubatan homeopati,mmg tak terlambat lagi...lagipun saya ada terbaca tentang pengalaman ibu yang sama masalah dengan saya, dan mencuba RTA pada kandungan 36 minggu dan ALHAMDULILLAH bersalin normal...
RTA mmg remedi tambahan untuk membetulkan keadaan baby songsang....B4 tu remedi khas untuk 4 minggu sebelum bersalin:) 

Memang hati ni sangat2 takut...nak kena pk mcm ner ekk.....masuk 36 week dah ni.... hu huk :'(...
 Saya ada masa seminggu lagi sebab ada temujanji dengan doktor anuar di INS 14.6 ni harap2 ada khabar gembirala...kalau ikut doktor poliklinik pakar puteri tu mmg nak suruh ceaser saja...tapi doktor anuar cakap bagi peluang seminggu untuk baby lagi..
SEMUA itu tak mustahil bagi ALLAH,sebagai hambanya,hanya doa yang dipanjatkan kepadaNYA agar dipermudahkan agar dapat bersalin normal.
Andai kata terpaksa ceaser saya redha,dan persiapan dari segi mental,emosi dan fizikal dipersiapkan bagi menghadapi segala kemungkinan,andai ceaser saya dan suami dah sepakat utk mendapat khidmat Dr anuar husainy di INS alor setar. 
Kalau boleh memang nak elakkan dari ceaser ni maklumlah penjagaan ceaser ni memang agak rumit tambahan pula kulit saya ni tebal..:(
Ya ALLAH kau permudahkan kelahiran kali ni seperti sebelumnya ini...

Thursday, May 10, 2012

Bagaimana saya tahu bila sudah tiba masa bersalin?

Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?

Assalamualaikum...walaupun ini kehamilan saya yang ke3 rasanya tak salah kalau berkongsi sedikit info tentang tanda-tanda nak bersalin...saya memang tak pernah merasai sakit dari rumah,anak pertama kena induce sebab post date ...manakala anak ke2 pun induce jenis drip sebab jalan tak buka...memang benar orang kata induce jenis drip memang sakit sangat rasa macam nak tercabut tulang belakang huhuhu...:(
Inilah info tentang tanda nak bersalin:-
 
Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:
  • Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm.

  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

  • Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

  • Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.

Bila saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda rasa bahawa telah tiba masanya, jangan malu untuk menghubungi doktor anda.

Doktor selalu mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti sama ada mereka berada dalam keadaan perlahiran atau tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. Doktor anda boleh tahu dari nada dan intonasi suara anda, jadi komunikasi lisan akan membantu. Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada.

Jika air ketuban anda pecah atau jika anda merembeskan cecair amnion, hubungi doktor anda dengan segera. Anda perlu memberitahunya jika bayi anda kurang bergerak atau sama ada anda mengalami sebarang pendarahan vagina (kecuali jika ia hanya mukus bercampur darah dalam jumlah yang sedikit), demam, sakit kepala yang teruk, perubahan dalam penglihatan anda atau kesakitan abdomen.

BabyCenter mempunyai senarai simptom kehamilan yang lain yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.

Apa yang perlu saya lakukan pada awal pelahiran?

Semasa awal pelahiran, adalah penting untuk minum banyak cecair. Selang-selikan di antara berjalan dan berehat atau cuba mengambil mandian panas untuk melegakan sebarang kepedihan dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk pelahiran nanti.

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam pelahiran?

Ya. Anda mengalami pelahiran palsu jika serviks anda tidak mengembang (doktor anda akan memberitahu anda semasa pemeriksaan), kontraksi adalah tidak menentu dan tidak begitu kuat dan sebarang kesakitan yang anda rasa di bahagian abdomen atau belakang mudah dilegakan dengan mandian panas atau urutan.

Seorang ibu yang kami kenali mengalami kontraksi yang kuat selama tiga hari sebelum dia betul-betul dalam pelahiran. Walaupun kontraksinya adalah sakit, ia berlaku tidak menentu dan tidak boleh dijangka, iaitu ia berlaku pada setiap lima minit, tujuh minit, lapan minit, kemudian lima minit dan akhirnya pada setiap lapan minit. Selepas air ketubannya pecah, dia menangis kelegaan, dengan harapan bahawa dia telah berada dalam pelahiran. Betul, dia memang dalam pelahiran.

Bolehkan saya tahu jika pelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?

Mungkin. Walaupun anda mungkin tidak sedar semua perkara yang berlaku, badan anda telah membuat persediaan bagi pelahiran sehingga sebulan sebelum pelahiran. Apabila pelahiran bermula, serviks telah mula mengembang dan menipis bagi sesetengah wanita.

Tanda-tanda pelahiran yang lain termasuk:
  • ringan (apabila kepala bayi mula ke bawah di pelvis anda);
  • pertambahan lelehan vagina (walaupun selalunya memang terdapat pertambahan semasa kehamilan);
  • pendarahan sedikit (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);
  • kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.