Showing posts with label Harijadi. Show all posts
Showing posts with label Harijadi. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Harijadi Kakak Auni

Salam Dhuha..salam menjemput rezeki..
Malam pulun buat kek kat anak...esoknya nak bawa ke sekolah Auni.
Selalu saya dan suami memang akan buat hadiah sikit untuk rakan2 sekolah Arman dan Auni apabila tiba harijadi mereka.

Selamat hari lahir Auni ..Semoga menjadi anak solehah buat ibu dan abi dan membesar dengan sihat..Aamiin..


Saturday, August 23, 2014

Harijadi Alya

Assalamualaikum....
Memandangkan kami tak sempat nak sambut harijadi Alya..
Kami ambil keputusan sambut sekali dengan Mak dan makteh dia...kebetulan mak datang rumah.
Alya ni lahir sama tarikh dengan mak teh dia... biasalah tumpang makteh sambut hehehe

Suami open table...Makteh belanja kek creme brulee ...sedap rupanya kek cheese ni..tak pernah makan kek cheese hehehe..







Tenggelam makteh hahaha...Mak teh dia yang pakai tudung hitam sebelah kanan gambar last ni..
Makteh AKA adik saya..

SELAMAT HARI JADI BUAT PUTERI IBU ALYA SAFIYYA DAN ADIKKU YUSNITA YUSOF
Moga menjadi anak yang solehah buat ibu bapa..dan dimurahkan rezeki..
Aamiinn

Wednesday, October 24, 2012

Hari Ulangtahun suami

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menulis blog ni...sekarang ni hobi kak memasak...maklumlah habis RM200 dah beli barang nakbuat kek,biskut,kuih muih...apa-apa je lah resepi yang baru...
Hari ni hari ulangtahun encik suami tercinta pulak, macam biasa dah terer sikit buat kek,buat lagi kek kat suami, kali ni ada tambahan untuk buat mee kuah tapi ganti maggi lupa beli mee hehehe.....:)
Layan gambar ni dulu pastu layan resepi pulak yer...
**psttt ikan goreng sumbat sambal tu untuk makan nasi, kira untuk akak ratah ikan tu sekor sebab diet mana leh makan kek banyak2 wakakakaka...:)
RESEPI NYA....
untuk kek coklat ada resepi dia untuk entri yang lepas kat sini

MEE BANDUNG

Bahan-bahannya( utk 2 org makan):-

Bahan Kuah

5-6 biji lada kering (rebus dan toskan)
6 ulas bawang putih-diketuk
3 ulas bawang merah-dimayang halus
1/4 cawan udang kering (basuh dan toskan)
6-8 ekor udang hidup sederhana (buang kulit dan biarkan ekor udang sahaja)
1 cawan daging - direbus dan dihiris halus, air rebusan disimpan(saya guna 1 ketul dada ayam, potong dan rebus untuk dapatkan air rebusan)
1-2 sudu makan gula (bergantung kepada kemanisan yg anda sukai)
2-3 cawan air rebusan daging/ayam tadi
1 sudu makan sos tiram
garam secukupnya dan minyak untuk menumis.
2 batang sawi (asingkan batang sawi dengan daun sawi)

Cara memasak kuah:

Kisar halus cili kering, udang kering dengan 1/2 cawan air rebusan ayam.
Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang merah dan masukkan bahan kisar. Biarkan sehingga betul-betul masak. tambah sedikit air jika kering.
Masukkan air rebusan daging/ayam.
Masukkan bahan perasa seperti gula, sos tiram dan garam. Masukkan batang sawi, masak sehingga batang sawi lembut.
Angkat.


Bahan Mee dan bahan sampingan

1/2 kilo mee
daun sawi (dari 2 batang sawi yg dipotong diatas-lebihkan jika anda suka)
1/4 kobis - dipotong
daging ayam yang direbus
6-8 ekor udang hidup sederhana (buang kulit dan biarkan ekor udang sahaja)
1 biji telur
Hiasan-hirisan cili merah, bawang goreng dan daun sup
anda boleh tambah sayur lain ikut kesukaan anda


Cara-caranya:-

Basuh mee supaya minyak berlebihan bau kapur dikeluarkan
Celur mee dalam air panas sebentar dan toskan. Letakkan kedalam pinggan yang hendak dihidangkan.
Masukkan kuah mee untuk anggaran satu pinggan kedalam periuk. Masukkan ayam dan biarkan sebentar. biarkan ia betul2 panas.
Pecahkan telur dan biarkan sehingga ia separuh masak.
Masukkan sawi, kobis dan udang.
Tuangkan kuah keatas mee
taburkan dengan potongan cili merah dan daun sup sebagai hiasan (sy tak bubuh pun)

Tips:-

Supaya telur cantik ketika dimasukkan kedalam kuah. Pastikan kuah betul-betul panas dan ambil sudu buat 2-3 pusingan arah jam. pecahkan telur dan masukkan ditengah2 kuah. pusingan kuah akan memastikan telur menjadi bulat seketul.

Tuesday, October 16, 2012

Besday Arman dan Auni

Salam semua sihat ke??
Mesti sihat kan... 3/9 lepas harijadi auni tapi kami tak celebrate sebab auni tak sihat masa tu demam dan muntah kesian pulak tengok dia..
Harini harijadi Arman kebetulan pulak arman tengah periksa hujung tahun untuk umur 5 tahun...Sambutan hariadi buat kat rumah, untuk kengkawan bagi hadiah jer...
Oleh kerana kak ni rajin ehem...ehemmm..
Kak buatkan diaorang kek sorang satu...Satu adunan bahagi 2...letak lah icing image ni resepi ni sedap dapat kat myresepi, kepunyaan hana tak silap kak...



KEK COKLAT MOIST
Bahan-bahan ( size loyang 18cm )
• 1 cawan tepung gandum

• 1/4 cwn serbuk koko van houten
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 kotak susu coklat (250ml)
• 2 biji telur (size M)
• 1 cawan gula halus
• 1/2 cawan butter
• 3 sudu besar susu pekat
• 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
• TOPPING
• 3-5 sudu besar susu pekat
• 1/4 cawan serbuk koko van houten
• 2 sudu besar butter
• 2 sudu besar susu segar
Cara-cara
1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....

PILIHAN Untuk topping:

1) guna serbuk koko (kak guna yang i sebab serbuk koko ada lebih hehehehe...)
*2 sudu marjerin
*3 sudu besar susu cair @ air panas
*1/2 cwn serbuk koko
*4 sudu besar susu pekat

2) Guna coklat masakan:
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter

Tuesday, October 25, 2011

Harijadi abii....

Assalamualaikum...semalam sambut hari tua abi hihihi...ibu beli kek...time nak potong arman yang potong tau....sambut kali ni simple jer dan bersederhana..jadilah sambut dengan ibu,abi,auni,arman dgn mak ndak...:)


Kek Asal yang kabur sbb diganggu oleh auni huhuhu...


Ta daaaa dah tak ada bunga arman ngap...asyik bergambar jer...arman lapo lah...:)


Gambar last sebelum hilang didalam perut hihihi:)

Friday, October 14, 2011

Persiapan Hariulangtahun kelahiran Arman


Salam...semua dah layan 2 keping gambar arman kat atas ni:)
Ni gambar arman tengah tolong ibu pack hadiah untuk kawan-kawan..
Pakai baju tido...mlm dah ni,mata tak ngantuk:)
Kalini arman nak sambut birthday dengan kawan2 kat taska...merekalah peneman arman bila berjauhan dengan ibu huhuhuhu....:( setengah jam jer pun....
16/10/2011 ni genaplah arman 4 tahun dah besar dah...:)

Thursday, September 22, 2011

Harijadi Arman dan Auni

Assalamualaikum...ni kek birthday arman dan auni...kalau ikut tarikh arman lambat lagi..tapi nak jimat kos adik saya buh dua2 sekali...:)
Oh yaa...kek ni ditaja oleh adik bongsu saya sbb sekarang dia bekerja di kedai kek..murah la kalau beli kek dan roti hihihi...:)

Time potong kek...auni agak takut nak potong kek...tak tau nak pe..:)


senyum sikit hihihi:)

Muncung nyeeee mulut...:)


tak sabar dah tu hehehe:)







Cantikkan kek ni...yummy...mkn time...burpppp:) dah kenyang terima kasih Yusfizah for nice n yummy kek:)