Showing posts with label Auni (4-5 tahun). Show all posts
Showing posts with label Auni (4-5 tahun). Show all posts

Tuesday, July 29, 2014

Raya oh Raya

Salam Aidil fitri buat semua..
Wahhh...meriah raya kalini...mana taknya beraya dengan baju raya sendiri... heheheh:)
Macam biasa malam raya ni kami akan bermalam di rumah mak kat taman ria sebab raya pertama kami akan ke Parit Buntar ziarah kubur arwah Ayah.
Lepas ziarah kami kan ziarah sanak saudara sebelah mak akak. Ramai tau family sebelah mak.
Adik beradik kandung mak pun dah 10 orang :)

Jom layan gambar raya 2014 

Tema maroon :)




Nilah tema kelabu biru... Baju yang akak jahit.
Ni beraya kat rumah mertua...kami bersiap nak beraya kat Perak..
Mak mertua ni ada 2 beradik jer...tapi yang ramai anak2.. 
MakLong anak pun 10 tak silap, mak pulak anak 9 orang..
Memang best tiap kali raya..anak2 excited kumpul duit raya..hehehe..:)






 

 

Haa...amacam meriah tak..
Gambar jer tak meriah..xbyk gambar sibuk makan hehhee..

Salam aidilfitri semua.....

Saturday, May 31, 2014

Tidur Paling Seksi hihihi...

Masing -masing tidur Kesejukan... Aksi terlampau dari Alya Safiyya, dah sampai ke gigi katil dah: ) Kami pergi Bercuti 2hr 1mlm sahaja







Aksi Paling TERLAMPAU
Alya ni memang dia taknak selimut, dia mmg suka sejuk kalau panas sikit mulalah bergaru.

Thursday, May 29, 2014

Belajar bersama

Assalamualaikum semua... update ceria waktu istirehat:)
Nilah aktiviti anak2 bersama...yang kecik akan ikut serta dengan abang dan kakak mewarna dan menulis:)





Ni lukisan Auni..sweet je anak burung ni hehehe..


Tuesday, May 27, 2014

Ladang Anggur Perlis dan Taman Tasik Jubli Emas Alor Setar

Assalamualaikum..kalini saya dan family ke Ladang Anggur di Perlis. Walaupun tak hebat seperti ditasik Beris, tapi pemandangan kat sini boleh tahan cantik juga.Sini tak ada kafe hanya pusat jualan produk ladang anggur sahaja.
Jalan nak pi ni kami sesat juga, sempat tanya orang di tepi jalan.
Lokasi berdekatan dengan Taman Ular Perlis di Sungai Batu Pahat.
Keluar ke jalan besar, ambik kiri dan terus jer dari Taman Ular tu.















Selepas habis melawat ke Ladang Anggur Perlis, kami ke Taman Jubli Emas Alor Setar. Sini macam2 dah aktiviti yang ada. Car booth pun dah banyak kat sini, Gerai makan pun dah bercambah
Layan gambar dulu..









Tuesday, May 20, 2014

Auni dan MUCOCELE

Mucocele adalah benjolan yang berada di rongga mulut, bisa diatas atau bawah. Bahkan kadang ada yang muncul di bawah lidah. Mucocele disebabkan oleh trauma yang dialami kelenjar ludah yang menyebabkan kelenjar ludah tidak dapat mengalir sebagaimana mestinya. Sehingga, menjadi benjolan. Besarnya berbeda-beda pada setiap orang, kadang dapat membesar jika terus terkena gesekan saat makan.

Mucocele biasa terjadi akibat benturan di sekitar rongga mulut karena tersodok sikat gigi atau benturan lain. Benjolan mucocele dapat hilang. Tapi membutuhkan waktu hingga berbulan-bulan lamanya dan melalui fase pecah-timbul-pecah-timbul sampai benar-benar hilang. Kalau mau cepat hilang disarankan untuk segera di operasi pengangkatan mucocele oleh dokter bedah mulut.

Umumnya mucocele tidak sakit. Hanya mengganggu saat kita mengunyah. Seperti ada benda yang nyangkut tak hilang-hilang di mulut.


Inilah yang dialami oleh Auni..asalnya luka dimulut tergigit..dia dok main dengan lidah, setahu saya mucocele ni berpunca air liur yang tersumbat. Masa auni ni selalu main luka tu dengan lidah ,air liur dilidah pun terkumpul ditempat luka dan membentuk benjolan dibibir.
 Saya dan suami pun pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Auni perlu menjalani pembedahan kecil dimulut, termasuk cabut gigi sebab gigi dia banyak rosak, gigi lain dipakaikan topi besi seperti tampalan gigi.selamat apabila gigi asal nak tumbuh ,sarung topi besi tu akan keluar sendiri.









Alya yang keletihan menunggu tertidur juga,,:(


Memandangkan auni tak dapat nak kosok gigi, ibu tengok pun risau nampak jahitan..sepanjang hari saya dan suami bagi Auni makan ais krim untuk mengecutkan gusi.
Saya belikan pencuci kumur listerine ni untuk dia, sebab mulut dah berbau ,tak perlu kumur teruk2, cukup sekadar gelengkan kepala kiri dan kanan., nafas segar tanpa gogok gigi hihihi, kemudian 3 hari baru dia gosok perlahan2

Friday, March 14, 2014

Buku Bacalah Anakku dan Arman ke pusat tuisyen


Assalamualaikum  semua pembaca.. 

Tahun ni genap arman 7 tahun.. semua sedia maklum arman bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dri Taman dekat kawasan perumahan.Ada hikmah juga arman sekolah dekat, dalam 3 bulan ni memag saya akan ke sekolah setiap waktu rehat.Arman tidak pandai buang seluar separuh, kalau buang air mesti londeh semua seluar kelantai.
Waktu rehat nilah saya ajar pi tandas dan buang seluar, sampai dia bagitau tak minum air sebab takut kencing.Sama juga auni, takut minum, pernah satu hari dia terkencing dalam seluar, nasib ada seluar dan baju saya letakkan kedalam beg dia.
Arman ke sekolah tahun 1 diletakkan ke kelas terakhir (2 kelas saja). Hati ibu mana tak risau takut dia ketinggalan berbanding rakan-rakan lain..
Ditambah pula arman tidak dapat membaca dengan lancar..setakat 2 sukukata sahaja. Memandangkan saya surirumah sepenuhmasa,saya banyak melayari internet untuk mencari maklumat anak2 lambat membaca.
Inilah buku yang saya beli siri Bacalah Anakku...Buku ni memang sangat berkesan walaupun saya tak tau sangat nak bunyikan huruf tu,saya ambil pendekatan dengan membunyikan sukukata seperti BA BI BU BE BE BO
Alhamdulillah positif, untuk kemaskan bacaan Arman saya dan suami hantarkan arman ke kelas membaca di Pusat Tuisyen Bendahara di tanjung bendahara.Memandangkan arman duduk di kelas terakhir saya majukan arman ke tuisyen 4 subjek BM,BI,MATE dan SAINS pada bulan 3.
Alhamdulillah Arman memang cepat dapat, saya percaya semua anak2 cepat dapat diusia muda.
Auni juga saya ajarkan buku ni untuk dia diusia 5 tahun..
Bagi saya hantar tuisyen perlu tambahan anak2 yang sudah masuk ke tahun 1 tetapi tak tahu membaca, takut nanti dia akan ketinggalan, dan kurang tumpuan dari guru kalau duduk dikelas terakhir.sebagai ibu mcm saya yang ada masa ni bolehlah mengajar dirumah.


*Update !! Arman sudah lancar membaca BM pada bulan ke6 sekarang membaca BI, Auni juga sudah lancar dan dia teringin kekelas tuisyen, saya hantar dia pada bulan 9..
Keputusan Peperiksaan Arman pada percubaan, NO.1 dalam kelas, dalam darjah NO.7 manakala akhir tahun NO.1 dalam kelas ,dalam darjah NO.3
4 subjek skor A







Nampak keberkesanan buku ni, saya mula membeli read easy,Set  Al-furqan dan Bahasa arab


Auni dan Alya tengah tunggu arman dipusat tuisyen

Saturday, March 8, 2014

Jalan Jauh

Assalamualaikum...kalini saya cuba beranukan diri untuk membawa kereta jauh sikit iaitu ke sungai petani...
kabetulan suami kena kursus di Penang.. Tingal saya dan anak2...boring sangat bawalah anak2 pi tido rumah ma saya si Taman Ria Sungai Petani...

Mencabar juga bawa jauh2 ni... nasib baik Alya tak buat karenah, Arman dan Auni menjaga adik2 adiknya dengan baik..
Tido semlm saja... esok sabtu terus balik Alor setar... berhenti sekejap di Gurun untuk Alya minum susu...
Alya masih lagi menyusu badan sepenuhnya... jadi bila time nak susu memang kena berhenti bagi susu... tangok juga kawasan .. kalau sunyi sangat takut juga nak berhenti..

Ibu belanja Arman, Auni dan Alya naik kereta bateri di tesco...penat tu kita makan dulu sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah:)


Sunday, February 16, 2014

Kesekolah

Salam...
Semangat harini anak ibu ke sekolah setelah sebulan masam muka tak ke sekolah sebab cikgu marah hihihihi...
Alya setia menemani kakaknya ke sekolah..



Sunday, January 5, 2014

Kids land Pragin mall penang

Salam semua...

Teringin nak ke Kidzania bawa anak2 tapi jauh di KL....
Satu hari tengok sepupu upload gambar di Kidsland dipenang, memang sekarang pun dia menetap dipenang... seronok tgk anak2 dia bermain..
Apa lagi tanya lokasi.. saya dan suami buat rancangan untuka membawa anak2 ke Kidsland...Tempat ni bagus untuk anak2 explore semua aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa...
Tiket hari biasa 2tahun keatas RM35, ibubapa RM5 ..bawah 2 tahun free:)

Jom layan




Nak masuk kena ada Passport :)

  Doktor


 Main pasir



  Polis


Chef ( Sedap gak sandwish tu hehehe)


 Jom tanam bunga




Belajar muzik




   Polis lagi...


  Mula2 sapu mayonis yer adik2...hihi



  Bomba





Satu2 nya mainan yang alya boleh main hahahha,,,