Tuesday, February 8, 2011

KUIZ


KUIZ merehatkan minda....kuiz ni dari sepupu saya aida disabah...
Tahun ini ada 4 tarikh keramat 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, 11/11/11..(bolehlah sapa2 nak booking buat kenduri kahwin,bertunang ker,tarikh honeymoon ker...ikut cita rasa anda)
OK...ni dia kuiz tu...ha!!!cuba korang ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran + dgn umur korang tahun ni..hasilnya pasti 111
Ni contoh (tahun kelahiran 1981 ambil 81 jer + umur korang sekarang) 81+30=111..dapat tak jumlahnya 111....??
Inilah dia kebesaran kuasa ALLAH SWT....SUBHANALLAH......

Monday, February 7, 2011

Krisis Mesir

Alhamdulillah....kesemua pelajar dah berada dalam kelompok yang selamat..pagi tadi seramai 700 lebih pelajar telah selamat tiba di KLIA disambut PM sendiri merupakan kumpulan pertama yang dibawa pulang melalui ops piramid.....dan selebihnya akan menyusul kemudian...proses perpindahan pelajar masih diteruskan,walaupun ada segelintir pelajar tidak mahu pulang tetapi mereka berada di kawasan yang selamat dan dipantau oleh pihak keselamatan malaysia..SYUKUR..:)

Wednesday, February 2, 2011

PM umum kerajaan bawa balik semua pelajar dari Mesir guna kapal TLDM, MAS dan AirAsia...



Ketegangan yang berterusan di Mesir menyebabkan kerajaan pada Selasa malam memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari republik itu menerusi laut dan udara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketua Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.
"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya.

Keadaan di Mesir tegang berikutan lebih 2 juta rakyat negara itu keluar ke jalan raya mendesak Presiden Hosni Mubarak melatak jawatan.

Kekacauan menyebabkan bekalan makanan terjejas dan berlaku jenayah kerana sistem keselamatan di republik yang mempunyai 80 juta penduduk itu lumpuh sama sekali.

Najib memberitahu rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan dengan meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

"Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita," katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

"Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.

"Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa pada Rabu.

Sementara itu Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.

Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah MARA di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

"Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain," katanya.

Terdahulu beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi.

Sementara itu, Sahlan berkata pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas.

"Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket," katanya.

Beliau berkata sehingga ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.

"Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain," katanya.

Sahlan berkata dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Beliau berkata kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di Mesir serta kepada rakyat Malaysia.-1/2/2011

sumber berita agenda daily..

Tuesday, February 1, 2011

Adakah Anda Masih Ingin Merokok??

Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak.

Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika anda berhenti sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, renungi fakta berikut:

Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik.
Dalam tempoh 24 jam selepas berhenti, risiko serangan jantung menurun.
Selepas sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga anda bertam- bah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.
Selepas setahun, risiko anda mendapat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.
Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun.
Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.
Setiap kali anda menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari menjadi kuning dan lambat baik dari luka.

Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.

Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas sebab yang ada kena mengena dengan merokok. 50% dari kematian tersebut disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru. Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun. Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.

Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang paling kuat menyebabkan ketagihan.

Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan anda pun boleh, jika anda mahu.

Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda.

Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya.

Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan.

Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan melepasi halangan.

Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok, termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan tempat habuk rokok.

Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut, sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.

Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin sedozen ataupun lebih.

Petua untuk membantu anda:

*Tukar kebiasaan anda.
*Elakkan tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari
*Jauhkan diri dari perokok
*Berikan kata-kata semangat kepada diri anda setiap hari
*Buat janji dan memberi ganjaran kepada diri anda
*Menyimpan duit rokok
*Curi masa – lambat-lambatkan menyalakan rokok
*Minum air secukupnya
*Kurangkan minuman yang mengandungi kafein
*Bersarapan pagi
*Walaupun berhenti terus merupakan cara terbaik, namun jika anda terpaksa berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah untuk BERHENTI.

Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang yang anda sayangi. Adakah mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap rokok yang dihembus keluar oleh anda. Renung renungkanlah.

Krisis di mesir


Terpanggil untuk membuat entri...dah seminggu baru tahu sebabnya takda info dari media malaysia ni asyik fasha sendat...politik..sebenarnya isu krisis di mesir ni lebih serius dari semua isu...my hubby penah study sana,suasana tak seaman yang digambarkan itu dulu tambahan pulak sekarang 6000 banduan terlepas dari penjara,banduan pun bukan banduan macam malaysia,lagi ganas adalah...balai polis,airport kena,rumah pun kena ceroboh...bayangkan macam mana student kita disana...hai,takada tindakan dari kerajaan yang pandang serius isu ni...isu terkini boleh ke link ni http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
dan facebook ni http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964
yang sentiasa update berita terkini kerana admin dari student mesir gak......SEBARKAN...

*semoga seluruh rakyat malaysia yang berada disana sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T