Sunday, August 7, 2011

Group Murtad

Salam semua...Sudah lama tak berupdate cerita hihihi.............:)
Pagi ni nak layan Facebook sat...buka la my facebook yang agak berhabuk...lama tak buka huhuhuhu....terpandang satu post dari sepupu jeng...jeng..terkezut gak den buka jer FB,sepupu dah publish satu gambar komen-komen ahli yg diambil dari satu page group murtad di Facebook..
Murtad?????????????????????????????apa lah nak jadi sekarang ni,inilah tanda-tanda kiamat sudah dekat,terasa diri ini belum lagi bersedia mengadap ALLAH S.W.T,masih banyak lagi ketinggalan,Ya Allah...berilah kesempatan untuk ku beribadah kepada MU,Aku ini terlalu jauh dengan MU, Kuatkanlah imanku Ya Allah...Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang..Amin
Kembali pada tajuk hari ni iaitu Murtad,Rupa-rupanya ada satu kumpulan ditubuhkan khas untuk golongan Murtad ni sebagai tanda sokongan untuk membela dan memberi sokongan moral kepada golongan murtad ni....Dalam kumpulan ni banyak pertimbulan soalan-soalan tentang Islam,yang menyedihkan mereka megutuk agama islam ni dengan beberapa perkataan yang SANGATTTTTT TIDAK SESUAI,setiap komen pasti menghina islam,biasalah yang murtad kebanyakkan melayu yg dilahirkan islam dan tak pernah bersyukur langsung dengan apa yang ada....
Memang bikin PANAZZZZZ group ni,yang panasnya komen mereka ni boleh menyesatkan orang lain (kalau tak kuat iman) mereka banyak pertikai tantang hukum Allah dan banyak lagi..Sangatsakit hati,sedih bila saya baca dan nak huraikan didalam blog ni..rasa macam nak pancung jer mereka ni...ni sebahagian komen mereka
Sempena bulan yang mulia ni marilah kita sama-sama berdoa agar mereka-mereka ini diberikan hidayah dari ALLAH S.W.T untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar InsyaAllah...

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami. dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”
( Surah Ali Imran [3] : 147 )

Friday, August 5, 2011

Auni Hair/Shawl Clip

Salam..ni Hair Clip sweet utk semua peringkat umut..boleh dipakai dengan shawl...Gambar kat atsa ni yg dah Siap dan terus bungkus untuk menjaga Kebersihan..
Saiz Alligator Hair Clip ni 33mm


Black

Dark Pink

Light Green

Blue

Dark Brown

Red

Light Pink

Green

Blue Pink

Price 2 pcs Auni Hair Clip RM 4.50
Loose Price 1 pcs RM 2.50

Auni Kroker Hair Clip
(mencabar gak nak buat kroker ni hihihihi....)

Price 2 pcs RM10
Loose 1 pcs RM5.50


*** SEMUA DAH DIBORONG OLEH LINDA FAUZI DARI PAHANG...TERIMA KASIH

Auni Collections

Asslamualaikum..salam ramadan,macam mana puasa ok??jgn lupa terawih heheheheh..oklah dah lama saya tak update blog semenjak 2 menjak ni sibuk memanjang nak menyiapkan 5 pasang baju kurung..adoii nnt saya update baju kurung yg dah siap..ada 2 pasang lagi.
Boring gak kalau dok mengadap mesin jahit,maklumlah 'pembantu tak berbayar' yg sangat rajin..kena tggu tido baru lah menjahit, takut gak sbb mesin ni mesin elektrik...jadi saya pun nak mencuba sesuatu yg baru...iaitu headband baby.
Mesti ada yg tanya kenapa tiba2 nak buat headband ni,salah satu sbb headband yang saya beli utk jualan di blog baby and kids wear kepunyaan saya tu http://happybabyhouse.blogspot.com telah mengalami kelewatan,taknak mengecewakan customer2 (mcm ramai heheehehe) , saya pun memulakan projek yang tak berbayar tetapi hasil yang berbaloi2..saya namakan headband ni dngan nama koleksi auni (my baby girl)..

Dalam Koleksi auni ni terdapat pelbagai aksesori rambut iaitu: 1) Auni Headband 2) Auni Kroker Hair Clip 3) Auni Hair Clip/Shawl Clip (boleh digayakan bersama shawl)
Buat masa ni ini jer lah koleksi auni..akan sdatang lebih banyak design lagi,harap semua memberi sokongan kepada saya yg tak PRO ni...


Tadaa..... Auni dipaksa pakai hehehehehe...


Design A
Choose Colour Cream or Maroon
Lebar Lace 50mm

Price 1 pcs RM13


Design B
Choose colour Purple or Maroon
Lebar Lace 30mm

Price 1 pcs RM11


Design C
Choose colour Blue,Maroon and Cream
Lebar lace 23mm

Price 1 pcs RM10

*semua design ni sangat cute terutama si comel memakai di majlis aqiqah

Saturday, July 9, 2011

Bersih Oh Bersih!!!!!

Salam semua...semua dah tahu tentang apa yang terjadi di Ibu Kota KL pada hari ini,saya bukanlah pandai nak mengupas tentang politik,ini adalah pandangan peribadi saya sendiri..setiap orang ada hak untuk bersuara..tapi bersuara yang bagaimana,perlukah melibatkan orang lain..'tepuk dada tanya selera'.
Perhimpunan Bersih ni diadakan untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih dan satu memorandum akan dihantar kepada Agong..itulah yang saya tau pun.

Siapa Ambiga Sreenaveson ni,tiba2 glamour gitu....disini saya ambil petikan dari akhbar

Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Yang herannya sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara,sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Habis tu kenapa dia tetap nak teruskan perhimpunan haram itu, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak

Saya tiada niat untuk memihak mana2 pihak2,biarlah perhimpunan ini berlangsung dengan aman,Saya sayangkan Malaysia,saya ada anak2 nak dibesarkan,saya nak anak saya hidup aman damai dan bermain dengan bebas tanpa perlu takut untuk ke taman permainan..





INILAH TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Renung-renungkan

Thursday, June 23, 2011

Arman ke taska

Wah!!! salam semua...
lama kak tak edit blog,maklumlah sejak arman masuk taska,agak busy sikit dengan auni teringat kat abang...cadang nak masukkan juga si auni ni tahun depan:)
Hari pertama arman untuk ke taska sangat teruja dan seronok...maklumlah tak tau apa tu taska,sekolah...mugkin tempat mainan la kut...excited semacam jer:)
Dah tingal situ,meraung la dia..menagis tak berhenti panggil nama ibu dan abi...
rasa sayu jer....:( huhuhu
Masuk hari kedua macam tu juga tak ada beza...hari ketiga macam2 alasan bagi sebab tak mau p taska..Hari keempat dah masuk kelas,menangis kurang sikit,cuma merengek jer..punyalah nak pujuk bagi dia ke taska..tiap-tiap hari beli Bubble tea kat cool blog(favourite arman) sampai kakak cool blog pun dah kenai customer tetap sikecik ni:)
Hari kelima..pujuk gak kata 'last' minggu ni..esok nak cuti tak p dah,senyum sat...tadi masa p ambil dia dah tak nangis,cikgu pun kata rajin dia ke kelas,tapi kelas tghhr tak masuk sebab dah tau time abi dengan ibu nak ambil...ermmmmm arman-arman macam2 ragam
Sebagai ibu tak berkerjaya ni pun kena berkorban untuk masa depan anak2,takut ketinggalan pendidikan,dirumah kita tak boleh nk bagi tumpuan sepenuhnya kerana ibu kena masak,buat kerja rumah,kena layan adik auni (masih menyusu badan)

p/s tak ada gambar nak post:)