Wednesday, February 16, 2011

Tidak ku Sangka...

Assalamualaikum...Masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul....lupakan hari valentine...walaupun baru-baru ni heboh diharamkan,padahal dia dah lama haram tetapi masyarakat kita masih menyambut hari valentine...kebetulan hari kelahiran Rasulullah S.A.W sehari selepas valentine...saya dan suami cuba menghidupkan kembali ajaran Rasulullah S.A.W untuk diterapkan kepada anak-anak:)
Terpanggil untuk berkongsi sedikit info yang menarik perhatian saya di laman sosial facebook,sekadar berkongsi info...disini ada gambar menunjukkan cara kita mengenakan tudung seperti dibawah..rasanya ia merupakan fesyen terkini untuk menampakkan leher bagi 'mengemaskan' pemakaian tudung...selalunya pengantin,tetapi bagi saya memang nampak kemas,rasanya ok untuk raja sehari tetapi kalau dah tahu ni bolehlah kita elakkan ya.... ada betulnya juga apa yang diperkatakan pada gambar ni..ia serupa dengan gaya biarawati.....Memang tidak ku sangka nampak seperti kebetulan..adakah ini juga agenda yahudi yang ingin menyesatkan kita?????sama-sama kita renungkan.. sebagai memperingati diri sendiri,pada yang tidak tahu tak mengapa,tapi bila dah tahu ni eloklah kita elakkan..berpakaian dan bertudunglah mengikut islam..semoga kita semua dibawah lindunganNYA...

Sunday, February 13, 2011

Bercuti di Taiping:)


10.02.2011 kami sekeluarga ke taiping untuk bercuti selama 3 hari...destinasi kalini adalah ke zoo taiping,taman tasik taiping,Bukit Merah laketown waterpark dan paling best makan2 di kuala sepetang pekena mee udang banjir...dan koeyteow doli yang femes...:)
Kami menginap di hotel budjet..hotel furama (destinasi budjet)..penginapan puas hati,selesa dengan harga yang murah (penting tu...) yang best lokasi dia di sekitar kawasan pekan,dekat kedai makan,yang paling penting dekat dengan bank...:)
kami bercuti selama 3 hari,memang berbaloi,yang peling pengting kami belanja RM500 budget kan...sekali sekala bawa anak-anak berjalan memang seronok...anak-anak paling best masa p waterpark bukit merah...main air sampai kecut jari-jari...:)nak citer gak mee udang banjir mak teh yang disebut-sebut dalam majalah 3,memang sedap...harga memang berbaloi,udang memang banyak..:) ni dia gambar mee udang tu...ada 2 pilihan samaada nak udang kolam atau udang laut...harga pun lain sikit..udang laut lebih mahal,rasanya lebih manis..:)


perjalanan dari taiping ke kuala sepetang mee udang banjir mak teh mengambil masa 30 minit sahaja...satu lagi tarikan makanan yang terkenal ialah koeyteow doli,memang sedap...ni gambar koeyteow spesel harga RM9.00...:) yang spesel ada udang dan koeyteow lebih banyak,nasi ayam dia pun sedap gak...


Jadi pada saya jangan jadi alasan duit tak cukup untuk bawa anak-anak berjalan,cukup kalau kita betul-betul budget yang penting bawa anak-anak berjalan setahun sekali pun cukup...:)

Tuesday, February 8, 2011

KUIZ


KUIZ merehatkan minda....kuiz ni dari sepupu saya aida disabah...
Tahun ini ada 4 tarikh keramat 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, 11/11/11..(bolehlah sapa2 nak booking buat kenduri kahwin,bertunang ker,tarikh honeymoon ker...ikut cita rasa anda)
OK...ni dia kuiz tu...ha!!!cuba korang ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran + dgn umur korang tahun ni..hasilnya pasti 111
Ni contoh (tahun kelahiran 1981 ambil 81 jer + umur korang sekarang) 81+30=111..dapat tak jumlahnya 111....??
Inilah dia kebesaran kuasa ALLAH SWT....SUBHANALLAH......

Monday, February 7, 2011

Krisis Mesir

Alhamdulillah....kesemua pelajar dah berada dalam kelompok yang selamat..pagi tadi seramai 700 lebih pelajar telah selamat tiba di KLIA disambut PM sendiri merupakan kumpulan pertama yang dibawa pulang melalui ops piramid.....dan selebihnya akan menyusul kemudian...proses perpindahan pelajar masih diteruskan,walaupun ada segelintir pelajar tidak mahu pulang tetapi mereka berada di kawasan yang selamat dan dipantau oleh pihak keselamatan malaysia..SYUKUR..:)

Wednesday, February 2, 2011

PM umum kerajaan bawa balik semua pelajar dari Mesir guna kapal TLDM, MAS dan AirAsia...



Ketegangan yang berterusan di Mesir menyebabkan kerajaan pada Selasa malam memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari republik itu menerusi laut dan udara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketua Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.
"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya.

Keadaan di Mesir tegang berikutan lebih 2 juta rakyat negara itu keluar ke jalan raya mendesak Presiden Hosni Mubarak melatak jawatan.

Kekacauan menyebabkan bekalan makanan terjejas dan berlaku jenayah kerana sistem keselamatan di republik yang mempunyai 80 juta penduduk itu lumpuh sama sekali.

Najib memberitahu rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan dengan meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

"Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita," katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

"Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.

"Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa pada Rabu.

Sementara itu Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.

Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah MARA di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

"Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain," katanya.

Terdahulu beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi.

Sementara itu, Sahlan berkata pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas.

"Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket," katanya.

Beliau berkata sehingga ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.

"Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain," katanya.

Sahlan berkata dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Beliau berkata kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di Mesir serta kepada rakyat Malaysia.-1/2/2011

sumber berita agenda daily..