Saturday, April 26, 2014

Hari sukan sekolah Arman

Salam sihat buat semua..
Harini hari sukan sekolah Arman..tak sangka pulak arman terpilih dalam acara sukan larian pecut 50meter. Ibu dulu pun wakil sekolah juga larian pecut ni, sekarang dah berat nak bawa badan huhuhu:(

Tahniah Muhammad arman darwisy Lari berganti 4x50m thn 1&2 lelaki dapat no 3 pingat gangsa ....
Lari pecut 50meter thn 1 dapat tempat ke4, tipis sgt huhuhu 



Friday, March 28, 2014

Macaron

Salam...semua:)
Hope sihat yer... harini pergi ke village mall.. adik tunjuk 1 kedai dihujung dekat dengan pintu masuk pawagam diatas... terlihat macaron yang berwarna-warni..
apa lagi beli 2biji , adik beli lagi 2 biji dapat lah letak dalam kotak comel ...
wahhhh...memang sedap sngat ,mula tu takut nk beli sebab terbeli yang tak sedap.. hairan kedai tu jual murah 4 biji mini RM2, rasa mmg tak sedap.. beli yang ni puas hati saiz medium harga RM4.50- RM4.80 mmg puas hati makan..




Monday, March 17, 2014

Luka lagi

Salam semua..
Masih lagi awal tahun kali ni arman luka lagi ditangan... ditolak oleh orang yang sama...Geram pun ada


Esok tu saya pi sekolah jumpa budak yang tolak..memang tak mengaku cakap bagi nasihat pun xmkn saman...Geram campur kesian pun ada..
Dengan kawan2 bagitahu pun cikgu marah pun xjadi apa... Ya Allah harap cikgu dapat bentuk anak yang nakal ini menjadi insan yang berguna takut sekarang nnt besar bergaul dengan orang yang tak sepatutnya...

Friday, March 14, 2014

Buku Bacalah Anakku dan Arman ke pusat tuisyen


Assalamualaikum  semua pembaca.. 

Tahun ni genap arman 7 tahun.. semua sedia maklum arman bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dri Taman dekat kawasan perumahan.Ada hikmah juga arman sekolah dekat, dalam 3 bulan ni memag saya akan ke sekolah setiap waktu rehat.Arman tidak pandai buang seluar separuh, kalau buang air mesti londeh semua seluar kelantai.
Waktu rehat nilah saya ajar pi tandas dan buang seluar, sampai dia bagitau tak minum air sebab takut kencing.Sama juga auni, takut minum, pernah satu hari dia terkencing dalam seluar, nasib ada seluar dan baju saya letakkan kedalam beg dia.
Arman ke sekolah tahun 1 diletakkan ke kelas terakhir (2 kelas saja). Hati ibu mana tak risau takut dia ketinggalan berbanding rakan-rakan lain..
Ditambah pula arman tidak dapat membaca dengan lancar..setakat 2 sukukata sahaja. Memandangkan saya surirumah sepenuhmasa,saya banyak melayari internet untuk mencari maklumat anak2 lambat membaca.
Inilah buku yang saya beli siri Bacalah Anakku...Buku ni memang sangat berkesan walaupun saya tak tau sangat nak bunyikan huruf tu,saya ambil pendekatan dengan membunyikan sukukata seperti BA BI BU BE BE BO
Alhamdulillah positif, untuk kemaskan bacaan Arman saya dan suami hantarkan arman ke kelas membaca di Pusat Tuisyen Bendahara di tanjung bendahara.Memandangkan arman duduk di kelas terakhir saya majukan arman ke tuisyen 4 subjek BM,BI,MATE dan SAINS pada bulan 3.
Alhamdulillah Arman memang cepat dapat, saya percaya semua anak2 cepat dapat diusia muda.
Auni juga saya ajarkan buku ni untuk dia diusia 5 tahun..
Bagi saya hantar tuisyen perlu tambahan anak2 yang sudah masuk ke tahun 1 tetapi tak tahu membaca, takut nanti dia akan ketinggalan, dan kurang tumpuan dari guru kalau duduk dikelas terakhir.sebagai ibu mcm saya yang ada masa ni bolehlah mengajar dirumah.


*Update !! Arman sudah lancar membaca BM pada bulan ke6 sekarang membaca BI, Auni juga sudah lancar dan dia teringin kekelas tuisyen, saya hantar dia pada bulan 9..
Keputusan Peperiksaan Arman pada percubaan, NO.1 dalam kelas, dalam darjah NO.7 manakala akhir tahun NO.1 dalam kelas ,dalam darjah NO.3
4 subjek skor A







Nampak keberkesanan buku ni, saya mula membeli read easy,Set  Al-furqan dan Bahasa arab


Auni dan Alya tengah tunggu arman dipusat tuisyen

Wednesday, March 12, 2014

MH370

MH370
Sayu hati ini mengenangkan nasib penumpang dan anak kapal... Terlalu berat ujian yang Allah berikan.. Semoga ahli keluarga tabah dan sabar mengharungi ujian ini..
Disebalik MH370, terdapat lagi perkabaran yang menyedihkan seramai 529 pengikut Ikhwanul muslimin dijatuhkan hukuman...hukuman yang tak masuk akal diberikan... Ya Allah semoga mereka-mereka ini ditempatkan disisi yang paling mulia disisiMU Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segalanya..Amin

Bukan salah Pilot 
Bukan salah MAS 
Malah bukan salah sesiapapun kerana apabila Allah berkata 'kun faya kun '
Maka sekelip mata benda itu terjadi...
Semoga urusan mencari kotak hitam dipermudahkan olehNYA,amin 

Pray for them MH370 : '(




ANTARA 2 BERITA

MH370 berakhir di lautan hindi. 
IM529 berakhir ditali gantung.

MH370 mungkin mengorbankan 227 penumpang. 
IM529 akan mengorbankan 529 sebagai syuhada'.

MH370 mendapat perhatian dunia.
IM529 tidak mendapat perhatian dunia.

MH370 tidak diketahui motif ke lautan hindi.
IM529 bermotif zalim ke tali gantung.

MH370 diketuai oleh pilot yang hebat Kapten Zaharie.
IM529 diketuai oleh mujahid ulung al-mursyidul am Ikhwan Muslimin Dr Badi'.

Takziah buat keluarga MH370&IM529

Al-Fatihah.....

CREDIT : Ahmad Fadzli Fauzi