Salam semua...sihat ker?harap semua sihat yer...:) Semalam barang yang ditunggu dah sampai iaitu kain felt jenis soft acrylic (kalau tak silap)...dah dapat apa lagi projek baru lah hehehehe:
Gambar kat atas tu projek ku yang pertama dan menjadi alhamdulillah....saya buat Hairclip Felt Roses menggunakan Aligator clip....
cantik tak?? (takpelah puji diri sendiri..angkat bakul sendiri la katakan)
Selesai buat hairclip ni saya dengan excitednya saya pun menupload gambar hairclip ni ke dalam FB...tak sangka respon yang luar biasa dari kengkawan..Akhirnya kesemua Hairclip ni dah diborong oleh LINDA FAUZI dari pahang...orang yang sama juga yang selalu borong hasil kerja tangan saya...memang linda selalu borong hasil kraf saya,ini memberikan kepuasan kepada saya untuk lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu..
Akhir kata TERIMA KASIH tak terhingga diucapkan ,kerana sokongan anda saya lebih bersemangat untuk berkreativiti...
No comments:
Post a Comment