Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan anda mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana kehamilan, dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya. Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu mengenainya supaya boleh berhati-hati.
Apakah risikonya kepada saya dan bayi?
Para doktor dan pengkaji masih tidak tahu
dengan tepat apakah kaitan berat badan dengan komplikasi-komplikasi
berikut. Ia hanyalah salah satu daripada beberapa faktor lain seperti umur, sejarah genetik, tahap penolakan insulin, gaya hidup dan latar belakang etnik seseorang wanita itu.
Di antara komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk:
Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami yang berikut:
Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Walau bagaimanapun, penting untuk diketahui bahawa risiko mengalami masalah-masalah ini adalah sangat kecil. Ketahui lebih lanjut dalam artikel 'Berat badan saya berlebihan dan saya hamil: adakah ini akan memudaratkan bayi?'
Di antara komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk:
- kencing manis;
- darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan;
- pra-eklampsia;
- pelahiran pramatang;
- bayi besar (makrosomia).
Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami yang berikut:
- kelahiran dibantu (forseps atau ventuos);
- pembedahan caesarean;
- distosia bahu (di mana bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan).
Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Walau bagaimanapun, penting untuk diketahui bahawa risiko mengalami masalah-masalah ini adalah sangat kecil. Ketahui lebih lanjut dalam artikel 'Berat badan saya berlebihan dan saya hamil: adakah ini akan memudaratkan bayi?'
Bolehkah risikonya diubah?
Berita baik, kebanyakan masalah dan
situasi kesihatan yang tersebut di atas boleh diuruskan, dan dalam
kes-kes tertentu, boleh dielakkan. Anda mungkin tidak mengalami sebarang
masalah dan boleh menjalani kehamilan yang sihat dan bersalin tanpa
sebarang masalah. Ramai di antara wanita bersaiz besar menjalani
kehamilan yang normal dan melahirkan bayi yang normal.
Idealnya ialah anda patut cuba mengurangkan berat badan sebelum anda hamil. Tetapi jika anda sudahpun hamil semasa membaca artikel ini, anda masih boleh membantu diri dan bayi anda. Cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko ialah dengan mengamalkan diet yang sihat, kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.
Berdiet untuk menguruskan badan semasa hamil bukanlah idea yang baik. Malah, kajian menunjukkan terdapatnya kaitan di atara berdiet semasa tiga bulan pertama kehamilan dengan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, tidak kira bagaimana saiz si ibu. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda dan bayi ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan seimbang, dan mengelakkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.
Senaman yang kerap semasa hamil adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap-sedia untuk melahirkan. Ia merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menurunkan berat badan terutamanya apabila digabungkan dengan diet yang sihat. Ia boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang besar.
Tetapi jika anda tidak biasa bersenam sebelum anda hamil, ini bukanlah masa yang terbaik untuk memulakan satu regim senaman yang berat. Asalkan anda mendapat lampu hijau daripada doktor, anda boleh melakukan senaman ringan hingga sederhana. Lakukan aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman haruslah pendek dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak air.
Penting juga bagi anda berbincang dengan doktor mengenai faktor risiko individu anda. Adakah anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis? Adakah dalam sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu faktor-faktor risiko peribadi anda, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.
sumber: baby center
No comments:
Post a Comment