Wednesday, March 21, 2012

Mengapa asid folik diperlukan


Apakah asid folik?
Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Tuesday, March 20, 2012

Tips anak petah dan cepat bercakap

Assalamualaikum harini saya tertarik dengan artikel untuk anak petah dan cepat bercakap..
Rasanya masih belum terlambat dan boleh diamalkan untuk arman dan auni..,kalau saya nak buat pun sewaktu mereka tidur,maklumlah dah besar...
Sekurang-kurangnya sebagai ibu,saya harus berusaha ikhtiar merawati arman yang mula bercakap berulang2/gagap.
InsyaALLAH saya dan suami dapat mendidik anak2 supaya menjadi anak yang soleh dan solehah..
Tips ni saya dapat dari blog Diari mama Husna

Hari ni saya nak share dengan kawan2 amalan yang boleh diamalkan kepada anak-anak kita sejak baby lagi,
amalkan membaca ayat 164 surah An-nisa',ayat yang akhir sekali iaitu wakallamallahu muusa takliimaa...
maksudnya :" Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung".


bagaimana kaedahnya :

1)Mulakan dengan Basmalah
2)Bacalah ayat di atas dan doakan dalam hati agar anak2 petah,fasih berbicara.
3)selepas tu, lekapkan lidah kita pada lidah baby..
4) Insya Allah, amalkan setiap masa, baby mesti suka.. ;)

Sunday, March 18, 2012

Gagap Pada Anak-anak

Ramai kanak-kanak berusia antara 2 hingga 5 tahun mengalami gagap. Gagap adalah satu gangguan pertuturan. Dalam banyak kes, keadaan gagap ini akan berakhir dengan sendiri ketika berumur 5 tahun, tetapi ada sesetengah yang berlarutan hingga remaja. Tiada ubat moden untuk gagap, tetapi terdapat skima rawatan untuk membantu anak-anak anda mengatasi masalah ini.

Apa Penyebab Gagap?

Para pakar mengatakan factor-faktor yang mungkin menyebabkan kegagapan adalah:-

  • Genetik – 60% daripada kanak-kanak yang gagap mempunyai saudara terdekat yang juga pernah mengalami gagap.
  • Permasalahan pertuturan dan bahasa atau tumbesaran yang perlahan daripada biasa.
  • Perbezaan dalam cara minda memproses bahasa, dan berinteraksi dengan otot-otot pertuturan.

Petanda Awal Gagap.

Pentanda awal mula muncul apabila umur kanak-kanak antara 18 hingga 24 bulan, iaitu ketika mereka mula mengumpul perkataan untuk membuat ayat. Bagi ibubapa, kegagapan ini mungkin mengecewakan, tetapi sedikit gagap adalah normal pada umur begini. Adalah penting ibubapa mengambil sikap sabar dengan anak-anak.

Kanak-kanak mungkin gagap untuk beberapa minggu atau bulan secara rawak. Kebanyakan kanak-kanak yang mula gagap sebelum usia 5 tahun sembuh tanpa perlu apa-apa rawatan. Namun sebelum umur 3 tahun, jika anak anda gagap secara berterusan, atau semakin bertambah buruk atau kegagapannya melibatkan pergerakan tubuh atau wajah, inilah masa untuk berjumpa pakar kanak-kanak dan pakar bahasa.

Tahun-tahun Persekolahan

Selalunya gagap akan berkurangan dengan banyak ketika kanak-kanak memasuki sekolah rendah dan mula mengasah kemahiran berkomunikasi. Jika mereka berterusan gagap pada usia ini, kanak-kanak ini selalunya menyedari masalah mereka dan mungkin berasa malu dengan keadaan itu. Rakan sekelas mungkin akan mengejek dan memberi tumpuan negative terhadap mereka. Jika ini berlaku, bercakaplah dengan guru kelas mereka. Guru mungkin boleh memastikan suasana kelas yang lebih selesa dan mengurangkan tekanan untuk mereka bercakap di dalam kelas.

Apa Ibubapa Boleh Buat?

Lakukan perkara berikut untuk membantu anak anda yang gagap:-

  • Jangan paksa anak anda bercakap dengan tepat dan betul setiap masa. Biarkan percakapan menjadi selesa dan menyeronokkan.
  • Jadikan masa makan bersama sebagai waktu untuk bersembang. Tutup semua gangguan lain seperti tv dan radio.
  • Elakkan pembetulan dan kritikan seperti “cakap perlahan-lahan!”, “jangan kelam-kabut!”, “tarik nafas dahulu…”. Walaupun komen ini dilakukan dengan niat yang tulus dan baik, ia akan menyebabkan anak tersebut merasa terasing.
  • Elakkan menyuruh anak anda bercakap atau membaca dengan kuat apabila ia tidak selesa atau apabila keadaan gagapnya bertambah. Ketika waktu ini, galakkan aktiviti yang kurang melibatkan pertuturan.
  • Jangan memotong percakapan anak anda atau menyuruhnya bermula semula.
  • Kekalkan pandangan mata biasa dengan anak anda. Cuba untuk tidak memandang ke tempat lain atau menunjukkan tanda anda kecewa.
  • Ada pendapat mengatakan aktiviti dan latihan melompat-imbang seperti melompat-lompat atas tilam spring dapat menyembuhkan gagap. Mungkin ini sesuatu yang patut dicuba.

Monday, March 12, 2012

Projek sains Arman

Baru-baru ni arman dengan bangganya membawa pulang pokok taugeh hihihihi...sangat excited bercerita...Arman sekarang bersekolah di tadika PASTI....diPASTI juga menitikberatkan tentang sains dan bahasa inggeris..dan tambahan ada bahasa arab:)...budak2 ni cepat boleh,jadi saya dan suami ambil keputusan untuk hantar arman dan seterusnya auni ke tadika PASTI..



Friday, March 9, 2012

Bubur Cina

Assalamualaikum semua...harini nak citer sikit tentang favourite bubur nasi yang dianggil bubur cina...tak tau nama dia,tapi ma kata nama dia bubur cina..
Minggu ni dok rumah ma dapatlah merasa bubur ni hehehehhee....
Mak cakap arwah ayah tak makan..kira semua husband adik-beradik mak tak makan...ye la lain sikit rupa bubur nasi ni kan...my hubby pun tak makan hehehehe:)
Tanya ma...sapa yang buat macam...ma kata tok yang buat sebab tok memang orang cina...kira moyang akak ni orang cina...:) mereka ni makan bubur nasi kosong pastu ada lauk2 macam makan nasi..jadi buh semua dalam bubur nasi ni...
Kalau kita melayu memang terkenal dengan bubur lambuk kan...atau di sabah bubur pedas...masing-masing ada keistimewaan tersendiri,ikut citarasa orang
Kalau sapa2 nak mencuba boleh lah...

Resepi:
Bubur nasi (masak jer bubur nasi ni macam biasa nak bagi baby)
Ikan bilis digoreng
Kacang tanah digoreng
Kacang panjang di potong dan goreng dengan sedikit telur,letak garam secukup rasa
Terung panjang dipotong kecil kemudian dimasak dengan lebihan sambal tadi dalam satu sudu besar,letak air sedikit kemudian diperasa dengan garam sedikit

Sambal:
Cabai kering dalam segengam direbus (dikisar) * lebih boleh simpan
1/2 biji Bawang besar saiz sederhana (ditumbuk)
Belacan 1/2 inci (ditumbuk)
Air asam jawa sedikit
Garam sedikit
Bawang,belacan ditumbuk dan letak garam sedikit,letakkan cili kisar tadi dalam 3-4 sudu besar kacau sebati..:)

**untuk masak sayur kangkung sama saja dengan cara nak masak terung tadi

Tadaaa.....sambal tu buh banyak pun takpa sebab tak pedas pun...ni simple jer,ada yang letak telur masin,ikan masin,lobak masin,sayur bayam ...ikut la...
Yang penting asasnya mesti ada sambal,kacang goreng,ikan bilis,sambal terung,kacang panjang goreng...kangkaung tu tambahan:)


Ni dah letak kicap sikit sebagai perasa:)