Sunday, April 29, 2012

Teratak IMPIAN

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah rezeki anak ke3 ni saya sekeluarga dapat membeli rumah sendiri,walaupun tak sebesar mana tapi tetap bersyukur ada tempat untuk berlindung untuk kami sekeluarga...Bagi saya ianya sudah sempurna..memandangkan suami saya sendiri yang bekerja menyara hidup saya dan anak2...:) Rumah ni masih dalam pembinaan,terletak di taman tunku yaakod alor setar...insyaALLAH tahun ni boleh duduk kut...:) 

Saturday, April 28, 2012

Riadah Petang

Riadah petang bersama keluarga di tasik darul aman...JITRA:)

Thursday, April 26, 2012

Khasiat Halba

Rasanya dah ramai yg maklum tentang khasiat halba..Tapi saya sengaja buat entri ini untuk  berkongsi dengan sesiapa yg ingin mengetahui mengenai khasiat halba..Suami juga memberitahu kebanyakkan orang arab memang suka minum air halba, dan sewaktu malanjutkan pengajian di mesir AL-Azhar memang suami saya sentiasa mengamalkannya...sebenarnya banyak lagi amalan yang diamalkan di arab,insyaALLAH saya akan buat satu persatu entri di blog ini untuk dikongsi dengan semua...entri kali ni mengenai HALBA..

Rasulullah saw bersabda :" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda : "Gunakanlah Halba sebagai ubat"Memang Halba itu baik!!
Mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative semasa mak saya berubat dulu!!Kalau orang Johor... selalunya masak nasi lemak letak halba nih... untuk naikkan wangi nasi lemak tuh...Kalau tak tahu gak... tanya lah parent, pasti dia org tahu apa itu halba...

KEGUNAAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak- Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir- Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing manis- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh- kecergasan- kekuatan badan- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasidagang. MANA NAK DAPAT HALBA ..Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yangberpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

Thursday, April 19, 2012

Bersangka baik sesama manusia

Bersangka baik la, baru hati anda bersih, jiwa anda tenang dan muka berseri.
Bersangka baik la …..
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik… ada sangkaan buruk
…Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud dan hina
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong atau tidak suka
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka lupa diri
Orang menegur, menasihat yg benar, pun disangka buruk sangka
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah atau menarik diri
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu cergas cerdasnya
Mana tahu yang menegur, menasihat itu jujur dan ikhlas nawaitunya…

Wednesday, April 18, 2012

Panduan mengemas beg hospital anda

Assalamualaikum...saya sekarang dah masuk trimester ke3 jadi persiapan mmg kena buat awal takut nnt tercicir...senang suami terus ambil saja beg- beg keperluan saya dan baby...:) Disini saya kongsikan beberapa tips untuk persediaan mengemas keperluan ibu dan bayi..

Anda kini berada di peringkat akhir, dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum tibanya tarikh anda dijangka bersalin. Inilah masanya untuk mengemas beg bagi kesemua barang yang anda perlukan semasa pelahiran dan selepas bayi anda dilahirkan.

Cetak senarai semak ini untuk membantu anda mengingati semua yang anda perlukan. Bagus jika anda dapat siap mengemas beg menjelang minggu ke-36 kehamilan, supaya anda tidaklah kelam-kabut menyiapkan segala-galanya semasa pelahiran bermula nanti!

Setiap hospital mempunyai polisi berbeza mengenai apa yang boleh anda bawa bersama ketika hendak melahirkan. Anda mungkin mahu membawa beberapa barang peribadi daripada rumah seperti bantal atau kusyen kegemaran untuk menjadikan persekitaran di bilik hospital selesa dan tidak berasa terlalu seperti di hospital. Periksalah dengan pihak hospital mengenai apa yang mereka sediakan dan apa yang anda boleh bawa sendiri. Tetapi anda perlu ingat bahawa tempat penyimpanan di hospital adalah terhad, jadi anda mungkin terpaksa menyimpan segala-galanya dalam kabinet kecil di sebelah katil anda.

Keperluan semasa peringkat awal pelahiran

Kemungkinan besar anda akan memerlukan:
  • Pelan pelahiran anda.
  • Gaun tidur. Ia berguna jika anda mahu berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa awal pelahiran.
  • Selipar.
  • Stoking. Percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
  • Baju tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu yang khas untuk dipakai di hospital.
  • Minyak urut atau losyen jika anda ingin diurut semasa pelahiran.
  • Pelembap bibir.
  • Snek dan minuman untuk anda semasa dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
  • Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
  • Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu kerana tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
  • Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya.
  • Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi. Ini untuk memberi inspirasi kepada anda supaya terus bertahan sehingga semuanya berakhir.
  • Mesin TENS untuk melegakan kesakitan jika anda bercadang untuk menggunakannya.
  • Kelengkapan peribadi.
  • Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
  • Muzik untuk didengar.

Untuk teman pelahiran anda

Teman pelahiran boleh jadi suami atau ahli keluarga seperti ibu atau kakak. Teman pelahiran anda akan memerlukan:
  • Sesalinan pakaian.
  • Snek dan minuman. Anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda.

Untuk selepas bersalin

Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:
  • Sesalinan pakaian untuk pulang ke rumah. Ia akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih perlu memakai pakaian mengandung apabila pulang ke rumah.
  • Coli menyusu, sekurang-kurangnya dua atau tiga helai.
  • Pelapik payudara untuk apabila susu badan anda mula mengalir.
  • Tuala wanita selepas bersalin jika tidak disediakan secara percuma oleh pihak hospital.
  • Kelengkapan peribadi termasuk tuala, sikat, berus gigi dan ubat gigi.
  • Seluar dalam lama/murah/pakai buang. Asalkan bukan seluar dalam yang anda sayang kerana ia mungkin akan jadi kotor. Jika anda terpaksa menjalani pembedahan, pihak hospital mungkin menyediakan seluar dalam getah yang selesa dipakai menutupi parut pembedahan.
  • Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!
  • Telefon bimbit anda serta pengecasnya.

Untuk bayi anda

Si manja akan memerlukan:
  • Sebuah kerusi kereta bayi.
  • Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital biasanya menyediakan gaun bayi untuk dipakai semasa di hospital.
  • Selimut bayi.
  • Lampin.
  • Sepasang stoking atau sarung kaki bayi.
  • Topi.
  • Kain muslin empat persegi.
Sebaik sahaja anda selesai mengemas beg hospital, ingatkan diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu hendak bersalin!


sember : babycenter