Wednesday, April 18, 2012

Panduan mengemas beg hospital anda

Assalamualaikum...saya sekarang dah masuk trimester ke3 jadi persiapan mmg kena buat awal takut nnt tercicir...senang suami terus ambil saja beg- beg keperluan saya dan baby...:) Disini saya kongsikan beberapa tips untuk persediaan mengemas keperluan ibu dan bayi..

Anda kini berada di peringkat akhir, dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum tibanya tarikh anda dijangka bersalin. Inilah masanya untuk mengemas beg bagi kesemua barang yang anda perlukan semasa pelahiran dan selepas bayi anda dilahirkan.

Cetak senarai semak ini untuk membantu anda mengingati semua yang anda perlukan. Bagus jika anda dapat siap mengemas beg menjelang minggu ke-36 kehamilan, supaya anda tidaklah kelam-kabut menyiapkan segala-galanya semasa pelahiran bermula nanti!

Setiap hospital mempunyai polisi berbeza mengenai apa yang boleh anda bawa bersama ketika hendak melahirkan. Anda mungkin mahu membawa beberapa barang peribadi daripada rumah seperti bantal atau kusyen kegemaran untuk menjadikan persekitaran di bilik hospital selesa dan tidak berasa terlalu seperti di hospital. Periksalah dengan pihak hospital mengenai apa yang mereka sediakan dan apa yang anda boleh bawa sendiri. Tetapi anda perlu ingat bahawa tempat penyimpanan di hospital adalah terhad, jadi anda mungkin terpaksa menyimpan segala-galanya dalam kabinet kecil di sebelah katil anda.

Keperluan semasa peringkat awal pelahiran

Kemungkinan besar anda akan memerlukan:
  • Pelan pelahiran anda.
  • Gaun tidur. Ia berguna jika anda mahu berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa awal pelahiran.
  • Selipar.
  • Stoking. Percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
  • Baju tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu yang khas untuk dipakai di hospital.
  • Minyak urut atau losyen jika anda ingin diurut semasa pelahiran.
  • Pelembap bibir.
  • Snek dan minuman untuk anda semasa dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
  • Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
  • Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu kerana tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
  • Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya.
  • Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi. Ini untuk memberi inspirasi kepada anda supaya terus bertahan sehingga semuanya berakhir.
  • Mesin TENS untuk melegakan kesakitan jika anda bercadang untuk menggunakannya.
  • Kelengkapan peribadi.
  • Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
  • Muzik untuk didengar.

Untuk teman pelahiran anda

Teman pelahiran boleh jadi suami atau ahli keluarga seperti ibu atau kakak. Teman pelahiran anda akan memerlukan:
  • Sesalinan pakaian.
  • Snek dan minuman. Anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda.

Untuk selepas bersalin

Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:
  • Sesalinan pakaian untuk pulang ke rumah. Ia akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih perlu memakai pakaian mengandung apabila pulang ke rumah.
  • Coli menyusu, sekurang-kurangnya dua atau tiga helai.
  • Pelapik payudara untuk apabila susu badan anda mula mengalir.
  • Tuala wanita selepas bersalin jika tidak disediakan secara percuma oleh pihak hospital.
  • Kelengkapan peribadi termasuk tuala, sikat, berus gigi dan ubat gigi.
  • Seluar dalam lama/murah/pakai buang. Asalkan bukan seluar dalam yang anda sayang kerana ia mungkin akan jadi kotor. Jika anda terpaksa menjalani pembedahan, pihak hospital mungkin menyediakan seluar dalam getah yang selesa dipakai menutupi parut pembedahan.
  • Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!
  • Telefon bimbit anda serta pengecasnya.

Untuk bayi anda

Si manja akan memerlukan:
  • Sebuah kerusi kereta bayi.
  • Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital biasanya menyediakan gaun bayi untuk dipakai semasa di hospital.
  • Selimut bayi.
  • Lampin.
  • Sepasang stoking atau sarung kaki bayi.
  • Topi.
  • Kain muslin empat persegi.
Sebaik sahaja anda selesai mengemas beg hospital, ingatkan diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu hendak bersalin!


sember : babycenter

No comments:

Post a Comment