Wednesday, January 2, 2013

Assalamualaikum semua, sihat yer...
Hari ini hari pertama anak 2 ke sekolah, kebanyakkan harini ramai ibu bapa yang ambil cuti untuk hantar anak ke sekolah terutama yang pertama kali nak ke sekolah... termasuk la Auni, auni ni pertama kali nak pi sekolah,mula tu excited hihihihi harap semuanya berjalan lancar pagi ni...Auni satu tadika dengan si abang, harap abang jaga adik dia baik2 :)
Memandangkan harini pertama kali Auni ke sekolah, Arman pun hari pertama ke sekolah setelah panjang bercuti, jadi ibu masak banyak menu sarapan harini wwlaupun simple saja heheeh..:)


Sarapan pagi buat suami dan anak2. ..
Simple dan meriah:) untung ibu berjaga buat crepe, dapatlah ibu masak mcam-macam jenis untuk sarapan:)

 

Harini nak kongsi Twister (KFC) homemade

Bahan:
Mission wraps sekeping
Nugget 2 ketul
Timun 2 potong
Salad sekeping
Tomato ceri 4 biji
Sos cheese (cheese powder cheezy wedges)

Cara:
panaskan wrap ke dalam microwave saya tak ada microwave guna pan non stick saja...
Nugget macam biasa goreng dulu, yg lain boleh basuh dan potongkan
Susu bahagian kiri sahaja secara panjang, letak sos dressing ( ikut suka nak sos cili,mayonis/ sos apa2 je lah yg disukai)
Dah siap, gulung saja, kemudian boleh lah potong kecil2:)

**pssttt yang besar tu abaikan yg tu saya punya,saya letak banyak2 sampai mulut dia pun ternganga mcm saya kihkihkihkih...:P