Friday, June 15, 2012

Baby dah berkedudukan normal 37 minggu

Assalamualaikum...pertama sekali saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana segala keresahan dihati ni akhirnya tenang semula apabila mengetahui kedudukan anak dah berkedudukan normal di minggu akhir 37 minggu semalam..
Masih teringat lagi pertemuan 5/7 dgn doktor norasyikin di poliklinik pakar puteri yang memberi tahu baby memang susah dah nak pusing ada 10 % sahaja kalau nak pusing pu...saya dan suami perlu buat keputusan segera kerana doktor akan buat surat untuk ceaser...Hati mana tak terkejut,sebab dua2 anak sebelum ni bersalin normal walaupun dua2 ank kena induce.Tapi saya dan suami masih memegang kata2 doktor pakar doktor anuar dari INS specialist sebab kami ada temujanji 14/7.
Balik dari klinik saya mula seacrh internet mencari info ibu2 yang sebelum ni mengalam masalah sama...walaupun rasa mcm terlewat saja dah 36 minggu anak dok melintang...
Kebetulan sekarang saya makan Set SALINDAH...Salindah ada mengeluarkan remedi tambahan untuk baby songsang iaitu RTA...saya dan suami terus beli dan bercakap dengan doktor Pusat perubatan homeopati adakah terlewat saya nak makan RTA ni..kata2 doktor memberi sinar kepada saya dengan mengatakan masih boleh lagi untuk makan RTA ni disamping berdoa agar anak duduk elok2 kepala dibawah...
Beli saja RTA ni saya terus makan...malam tu saya rasa perut saya 3 malam berturut2,perut saya bergerak dengan sangat kuat sangat...dalam hati harap baby sedang pusing untuk membetulkan kedudukan dia.
Saya dan suami juga sentiasa bersembang2 dengan baby begitu juga dengan arman dan auni sambil memujuk adiknya supaya duduk elok2 kepala dibawah...:)


RTA (membetulkan kedudukan bayi songsang)
RTC (Untuk menambahkan susu ibu)
RTD ( Remedi untuk bayi kuning)

Doa memang tak putus2 berdoa agar anak dalam kandungan ni duduk normal...hati sangat risau bila memikirkan pisau ceaser huhuhu...:(
Saya dan suami juga bersama2 menunaikan solat hajat memohon agar dipermudahkan saya bersalin untuk anak ketiga...Air zam-zam dan kurma menjadi makanan harian saya.Air zam-zam dan buah kurma ni suami saya telah membacakan sedikit doa2 untuk memudahkan bersalin..Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami keresahan hati saya ni..
Saya juga ada terbaca di internet ada senaman untuk membetulkan kedudukan bayi ni iaitu sujud lama-lama...setiap kali solat saya sentiasa sujud lama2 disamping berdoa.


12/7 baru adik saya datang rumah...adik saya ni doktor pelatih,bulan 7 ni dia dah habis praktikal di hospital sungai petani ,dah alang2 mai rumah rumah minta dia check kedudukan bayi dalam kandungan saya ni....debaran tetap ada.
Dibelek2 perut dipegang2 adik cakap,bayi dah kepala dibawah cuma tak engage betul2 lagi...Alhamdulillah bayi dah kepala dibawah...harap apa yang dikatakan oleh adik menjadi kenyataan 14/7 ni...sebab jumpa doktor pakar....
Hari yang ditunggu2 14/7 semalam...dengan penuh debaran,doktor scan Alhamdulillah bayi dah duduk ormal kepala dibawah cuma tak masuk betul2.doktor cakap nanti dia akan masuk dan insyaALLAH bersalin normal....menitik air mata mendengar penerangan dari doktor anuar yang maintain 'cool'...
Bayi dah matang,tunggu tanda2 bersalin saja sekarang ni...:)


Saya buat post ni adalah untuk memberi semngat untuk ibu2 yang bermasalah seperti saya...siapa yang nak bersalin ceaser kalau boleh ramai ibu2 yang nak elak ceaser ni...walaupun kata2 doktor mengatakan agak terlewat tapi sebagai ibu dan bapa,kita harus ikhtiar dulu. Doktor anuar pun bagitau ada bayi ni kadang dia lambat duduk kepala dibawah...beri masa sehingga 37 minggu,38 minggu baru buat keputusan kalau kedudukan masih bermasalah.
Saya juga terbaca dalam forum ibu2 yang menghadapi masalah ni...dia ikut kata doktor untuk admit wad sebab doktor tu cakap dah terlambat macam saya 36 minggu bayi masih tak duduk elok...dalam 3 hari nak ceaser tu doktor scan bayi dah kepala dibawah cuma tak masuk betul2 lagi tapi doktor tetap ceaser juga...kesian ibu tu...sekurang-kurangnya tunggu 3 hari lagi...ini tak terus ceaser...sebab tulah saya dan suami harus bertenang dalam buat keputusan...
Yang penting cari ubat alternatif,doa dan tawakal...dan berserah segala-galanya pada ALLAH S.W.T kerana tiada yang mustahil bagi ALLAH.

11 comments:

  1. Salam kak..skrg sy 36minggu..ank masih songsang jgk..pakar pun da buat temujanji nak pusing baby..tgal 2 hari lg..risaunya bile tau risiko bk pusing baby ke kdaan normal.klu bjaya alhamdulillah.klu baby xdpt pusing jgk tpaksa kn ceaser...amat bharap nak bsalin normal sbb ni anak sulung.semoga Allah permudahkan segalanya...aminn

    ReplyDelete
  2. Salam,

    saya pon hadapi masalah yang sama. Sekarang tepat2 37 minggu. Ada tak senaman untuk betolkan baby yang diamalakan?

    Nurul 101

    ++++++++++++++++++++++++++++
    http://seenicecare.blogspot.com
    http://www.facebook.com/seenicecare
    http://www.facebook.com/seeniceart

    ReplyDelete
  3. saya dah nak masuk 36 weeks. bayi songsang lagi.. sempat ke nak consume RTA ni utk betulkan kedudukan bayi ye?? saya dah ada pengalaman bersalin ceaser masa anak pertama.. kalau boleh nak bersalin normal utk 2nd baby ni..

    ReplyDelete
  4. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Betulkan Bayi Songsang

    ReplyDelete
  5. Baru bli rta ni. Klu smpai ptg ni, mlm ni bole start mkn.. Skrg dah 33w.. Smpai dah sesak nafas sb bby msh x turun.. Hrp rta membantu lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. darina blh tahu x beli dekat mana..wa sy..0133113899

      Delete
    2. Terima kasih atas perkongsian anda.tips2 amat berguna.rasa tenang sikit hati yg resah ni.sy pun baby masing songsang 33 w.

      Delete
  6. Salam.boleh taw kat mana nk dpt rta ni.? Tq. 0195747858 fiza

    ReplyDelete
  7. Nak dapatkan Produk RTA? Ws sy. Sy ada jual. 014-8137553

    ReplyDelete
  8. Boleh visit ig/fb sy SALINDAH.EXAMO

    ReplyDelete
  9. Nak dapatkan Produk RTA? Ws sy. Sy ada jual. 014-8137553

    ReplyDelete