ORDER CUCKOO ONLINE

Name:
No IC
Email Address:
Alamat Pemasangan
No Telefon
No Telefon 2
Model
Bayaran CREDIT CARD / DEBIT CARD
DIRECT DEBIT
Nama Pasangan /ibu bapa
No Telefon pasangan/ ibu bapa

This HTML form was created by Freedback.

Thursday, June 28, 2012

Keputusan Pertengahan Tahun 5

Alhamdulillah Arman cemerlang dalam ujian pertengahana tahun 5


Wednesday, June 27, 2012

Beza Tanda palsu Kelahiran dengan Yang Sebenar


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: “Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku.”
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
* biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
* lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
* tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
* tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
* terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
* tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
* tahan lama;
* lebih teratur;
* lebih kerap;
* lebih menyakitkan;
* lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai “kontraksi latihan” bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan – perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor???

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
* lelehan yang melekit dan berdarah;
* sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
* pergerakan bayi anda sudah mengurang;
* anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
* jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.

Tanda-tanda Hampir Bersalin:

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk menghadapi kelahiran.

Apakah tanda-tanda hampir bersalin?

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah:
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir:
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang:
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan.
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”

Bila Perlu ke Hospital???
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

Peringkat-peringkat Kelahiran:


Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama bermula dengan bukaan servix dari 1 cm-10 cm. Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi dan yang ketiga kelahiran uri dari rahim.

Peringkat Pertama:

Ialah peringkat yang paling lama. Disini bermula apabila anda mengalami kontraksi dan serviks anda membuka secara perlahan-lahan. Peringkat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu fasa laten dan fasa aktif. Fasa laten ialah apabila serviks membuka dianatara 1-3 cm dan selalunya mengambil masa 8 jam maksima.
Kebanyakkan wanita tidak merasa terlalu sakit pada waktu ini kerana kontraksi tidaklah begitu kuat dan kerap lagi.
Fasa aktif pula ialah dimana kontraksi sudah mencapai tahap kuat dan serviks anda sudahpun membuka lebih dari 3 cm. Kontraksi mungkin terjadi setiap 4-5 min dan semakin lama untuk berhenti.
Anda boleh meminta ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit anda. Berbincanglah dengan doktor apa pilihan ada untuk mengurangkan sakit anda. Jangan cuba untuk meneran kerana ia tidak menolong anda mempercepatkan proses bersalin, sebaliknya ia boleh mengurangkan tenaga anda untuk proses meneran yang sebenarnya. Serviks selalunya membuka 1 cm setiap jam bagi anak sulung dan ia menjadi lebih cepat bagi kehamilan seterusnya.

Peringkat Kedua:

Pada masa ini serviks sudahpun terbuka sebanyak 10 cm. Kontraksi sudah berada pada tahap maksima dan anda akan merasa kesakitan yang ketara. Bila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda akan merasai satu perasaan untuk meneran. Pada masa inilah anda digalakan untuk mempraktis teknik pernafasan yang diajar dikelas antental. Peringkat ini berakhir dengan kelahiran bayi selalunya berakhir kurang dari 1 jam.

Peringkat Ketiga:

Anda dibenarkan memegang dan mencium sicomel anda pada masa ini. Peringkat ini berakhir dengan pengeluaran uri yang lengkap. Ia selalunya berakhir kurang dari ½ jam.

Apa yang berlaku selepas bersalin???

Selepas bersalin, doktor selalunya akan memeriksa tekanan darah, denyutan nadi dan pengecutan rahim untuk memastikan semuanya normal. Untuk beberapa jam seterusnya, anda mungkin akan merasa sakit seperti senggugut dan kadang-kadang ia berlanjutan untuk beberapa hari.
Anda digalakan untuk memberikan susu badan kepada bayi. Bagi yang tidak mampu menyusukan, infant formula akan diberikan. Bayi akan diperiksa secara menyeluruh oleh pakar bayi dan sekiranya tiada masalah, anda dan bayi akan dibenarkan pulang keesokkan harinya.

Rujukan:
1)http://portal.alamhamil.com/index.php
2)http://www.babycenter.com.my/
3)http://ratuhati.com/index2.php

Friday, June 15, 2012

Baby dah berkedudukan normal 37 minggu

Assalamualaikum...pertama sekali saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana segala keresahan dihati ni akhirnya tenang semula apabila mengetahui kedudukan anak dah berkedudukan normal di minggu akhir 37 minggu semalam..
Masih teringat lagi pertemuan 5/7 dgn doktor norasyikin di poliklinik pakar puteri yang memberi tahu baby memang susah dah nak pusing ada 10 % sahaja kalau nak pusing pu...saya dan suami perlu buat keputusan segera kerana doktor akan buat surat untuk ceaser...Hati mana tak terkejut,sebab dua2 anak sebelum ni bersalin normal walaupun dua2 ank kena induce.Tapi saya dan suami masih memegang kata2 doktor pakar doktor anuar dari INS specialist sebab kami ada temujanji 14/7.
Balik dari klinik saya mula seacrh internet mencari info ibu2 yang sebelum ni mengalam masalah sama...walaupun rasa mcm terlewat saja dah 36 minggu anak dok melintang...
Kebetulan sekarang saya makan Set SALINDAH...Salindah ada mengeluarkan remedi tambahan untuk baby songsang iaitu RTA...saya dan suami terus beli dan bercakap dengan doktor Pusat perubatan homeopati adakah terlewat saya nak makan RTA ni..kata2 doktor memberi sinar kepada saya dengan mengatakan masih boleh lagi untuk makan RTA ni disamping berdoa agar anak duduk elok2 kepala dibawah...
Beli saja RTA ni saya terus makan...malam tu saya rasa perut saya 3 malam berturut2,perut saya bergerak dengan sangat kuat sangat...dalam hati harap baby sedang pusing untuk membetulkan kedudukan dia.
Saya dan suami juga sentiasa bersembang2 dengan baby begitu juga dengan arman dan auni sambil memujuk adiknya supaya duduk elok2 kepala dibawah...:)


RTA (membetulkan kedudukan bayi songsang)
RTC (Untuk menambahkan susu ibu)
RTD ( Remedi untuk bayi kuning)

Doa memang tak putus2 berdoa agar anak dalam kandungan ni duduk normal...hati sangat risau bila memikirkan pisau ceaser huhuhu...:(
Saya dan suami juga bersama2 menunaikan solat hajat memohon agar dipermudahkan saya bersalin untuk anak ketiga...Air zam-zam dan kurma menjadi makanan harian saya.Air zam-zam dan buah kurma ni suami saya telah membacakan sedikit doa2 untuk memudahkan bersalin..Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami keresahan hati saya ni..
Saya juga ada terbaca di internet ada senaman untuk membetulkan kedudukan bayi ni iaitu sujud lama-lama...setiap kali solat saya sentiasa sujud lama2 disamping berdoa.


12/7 baru adik saya datang rumah...adik saya ni doktor pelatih,bulan 7 ni dia dah habis praktikal di hospital sungai petani ,dah alang2 mai rumah rumah minta dia check kedudukan bayi dalam kandungan saya ni....debaran tetap ada.
Dibelek2 perut dipegang2 adik cakap,bayi dah kepala dibawah cuma tak engage betul2 lagi...Alhamdulillah bayi dah kepala dibawah...harap apa yang dikatakan oleh adik menjadi kenyataan 14/7 ni...sebab jumpa doktor pakar....
Hari yang ditunggu2 14/7 semalam...dengan penuh debaran,doktor scan Alhamdulillah bayi dah duduk ormal kepala dibawah cuma tak masuk betul2.doktor cakap nanti dia akan masuk dan insyaALLAH bersalin normal....menitik air mata mendengar penerangan dari doktor anuar yang maintain 'cool'...
Bayi dah matang,tunggu tanda2 bersalin saja sekarang ni...:)


Saya buat post ni adalah untuk memberi semngat untuk ibu2 yang bermasalah seperti saya...siapa yang nak bersalin ceaser kalau boleh ramai ibu2 yang nak elak ceaser ni...walaupun kata2 doktor mengatakan agak terlewat tapi sebagai ibu dan bapa,kita harus ikhtiar dulu. Doktor anuar pun bagitau ada bayi ni kadang dia lambat duduk kepala dibawah...beri masa sehingga 37 minggu,38 minggu baru buat keputusan kalau kedudukan masih bermasalah.
Saya juga terbaca dalam forum ibu2 yang menghadapi masalah ni...dia ikut kata doktor untuk admit wad sebab doktor tu cakap dah terlambat macam saya 36 minggu bayi masih tak duduk elok...dalam 3 hari nak ceaser tu doktor scan bayi dah kepala dibawah cuma tak masuk betul2 lagi tapi doktor tetap ceaser juga...kesian ibu tu...sekurang-kurangnya tunggu 3 hari lagi...ini tak terus ceaser...sebab tulah saya dan suami harus bertenang dalam buat keputusan...
Yang penting cari ubat alternatif,doa dan tawakal...dan berserah segala-galanya pada ALLAH S.W.T kerana tiada yang mustahil bagi ALLAH.

Sunday, June 10, 2012

Proses Kelahiran Secara Pembedahan Caesarean

Pembedahan Caesarean



Apakah pembedahan Caesarean?

Pembedahan Caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.

Apakah perbezaan diantara pembedahan Caesarean yang dirancang dan tidak dirancang?

Proses caesarean elektif dirancang atau dijadualkan berlangsung sebelum proses bersalin anda bermula. Proses caesar yang tidak dirancang berlaku sebelum proses bersalin bermula. Hal ini boleh berlaku jika:
  • Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi jika sakit hendak bersalin mula terasa sebelum pembedahan. Pembedahan tersebut boleh dilangsungkan beberapa jam lebih awal daripada saat bermulanya sakit hendak bersalin anda, asalkan anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.

  • Berlakunya kesulitan ketika proses mengandung atau ketika sakit hendak bersalin. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan dalam masa sejam selepas kejadian sebegitu terjadi.

  • Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi yang mengancam nyawa ketika proses mengandung, proses caesar perlu dilakukan segera, seelok-eloknya dalam tempoh masa 30 minit.

  • Sakit hendak bersalin anda terhenti atau sangat lambat.
Kebanyakan pembedahan Caesarean yang dirancang akan memberikan anda, suami anda dan kakitangan hospital masa persiapan yang cukup. Baca lebih lanjut mengenai sebab-sebab pembedahan caesarean diperlukan.

Apakah yang akan berlaku sebelum pembedahan Caesarean?

Doktor anda akan memberitahu prosedur tersebut. Doktor akan memberitahu anda:
  • Apa yang akan berlaku ketika prosedur caesarean.
  • Menerangkan kepada anda kenapa pembedahan ini perlu dilakukan.
  • Menerangkan risiko yang mungkin akan berlaku pada anda serta bayi anda.
  • Meminta kebenaran anda, dimana anda mempunyai hak untuk menolak prosedur tersebut.
Sebelum pembedahan, anda perlu memakai gaun hospital. Anda juga perlu menanggalkan semua barang kemas. Dan anda juga perlu menanggalkan gigi palsu atau pendakap gigi, jika ada.

Anda juga perlu menanggalkan solekan dan juga pewarna kuku. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan pembedahan memerhati tona kulit anda ketika pembedahan. Anda tidak dibenarkan menggunakan kanta sesentuh ketika pembedahan tersebut. Jika anda menggunakan kanta mata, berikan pada suami anda ataupun kakitangan, supaya anda boleh menggunakannya kemudian untuk melihat bayi anda.

Dalam kebanyakan kes, suami anda akan berada bersama ketika pembedahan tersebut. Suami anda juga perlu menukarkan ke gaun surgikal. Pakaian surgikal ini termasuk topeng muka bagi menutup hidung dan mulutnya, penutup kepala dan penutup kasut khas.

Ketika pembedahan tersebut, anda akan berbaring diatas meja pembedahan, yang telah dicondongkan atau disengetkan ke kiri. Ia dicondongkan agar bekalan darah ke paru-paru tidak dikurangkan disebabkan oleh keberatan rahim, yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembedahan caesarean anda:
  • Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.

  • Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Ini bermakna bahagian bawah badan anda akan terasa kebas. Ia lebih selamat untuk anda dan bayi anda daripda anestesi am, yang membuatkan anda tidur.

  • Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan. Ia boleh dimasukkan selepas ubat tahan sakit dimasukkan, supaya anda tidak merasa sakitnya.

  • Kawasan faraj anda, di mana pembedahan akan dilakukan, akan dicukur rapid an dibersihkan dengan antiseptik.

  • Anda akan diberikan stokin putih, air yang banyak atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).

  • Peralatan untuk memantau tekanan darah anda akan diletakkan pada lengan anda.

  • Elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.

  • Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki anda. Ia digunakan oleh pakar bedah anda untuk membumikan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Jangan risau kerana plat bumi itu tidak memberi kesan kepada anda.
Anda mungkin diberi pilihan untuk:
  • Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
  • Ubat mabuk bagi mengelakkan anda muntah.
  • Ubat penahan sakit yang kuat semasa dan selepas pembedahan tersebut.
  • Ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa lenguh.
  • Pemberian oksigen melalui topeng gas, jika bayi anda dalam keadaan kritikal.
Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui berapa ramai orang yang diperlukan untuk melakukan pembedahan caesarean ini.

Apakah yang berlaku semasa pembedahan caesarean?

Sebuah skrin akan diletakkan di atas kawasan dada anda supaya anda tidak dapat melihat prosedur pembedahan tersebut. Anda boleh meminta skrin itu direndahkan untuk melihat proses kelahiran bayi anda. Pakar anestesia anda akan memeriksa ubat tahan sakit anda berfungsi dengan betul.

Apabila anda sudah sedia dan anestesia menunjukkan efek secara keseluruhan, doktor akan melakukan insisi melintang yang kecil pada kulit atas tulang pubik anda (dipanggil garis bikini), ia lebih kurang jarak dua jari daripada tulang pubis anda, di atas bulu ari-ari.

Insisi seperti ini kurang menyakitkan selepas pembedahan dan kelihatan lebih menyenangkan daripada insisi yang mengunjur sepanjang perut anda. Beberapa lapisan tisu dan otot perlu dibuka untuk memberi laluan ke uterus anda. Otot-otot perut dipisahkan dan tidak dipotong. Pundi kencing anda akan diinjak ke bawah agar doctor boleh mencapai bahagian bawah uterus anda.

Insisi ke atas uterus selalunya adalah kecil. Doktor akan menggunaka gunting atau jari untuk mengoyak insisi ini menjadi lebih besar. Prosedur ini mengurangkan pendarahan berbanding insisi yang lebih dalam. Pembukaan uterus anda selalunya terletak di bahagian bawah, kerana itulah kadangkala pembedahan ini juga dikenali sebagai "lower segment caesarean section" (LSCS).

Jika terdapat banyak cecair di dalam uterus anda, anda mungkin boleh mendengar dan merasanya keluar daripada pembukaan tersebut. Pakar obstetrik anda akan mengangkat keluar bayi anda. Anda mungkin juga boleh merasa pembantunya menekan perut anda untuk membantu bayi anda lahir. Jika bayi anda dalam kedudukan songsang, doktor akan mengangkatnya daripada bawah ke atas.

Semua ini berlaku dengan agak pantas. Anda mungkin boleh melihat bayi baru anda setelah 5 – 10 minit di dalam bilik pembedahan.

Jika anda melahirkan anak kembar, kembar yang terletak lebih ke bawah akan dikeluarkan dahulu, sama seperti kelahiran secara biasa. Kadangkala forsep digunakan untuk menarik keluar kepala bayi dengan lebih teliti. Forsep cuma diperlukan jika bayi anda lahir dalam keadaan songsang atau pramatang.

Kadangkala pakar bedah anda perlu membuat insisi memanjang yang lebih besar di dalam uterus anda jika:
  • Bayi anda dilahirkan pramatang, atau bayi anda baring melentang melalui uterus anda.
  • Jika anda mempunyai masalah-masalah lain seperti plasenta rendah atau pun ketumbuhan seperti fibroid.

Apakah yang akan berlaku apabila bayi saya lahir?

Bayi anda akan diletakkan di atas dada anda untuk anda belai, atau ia mungkin juga perlu diperiksa oleh seorang bidan atau pakar pediatric jika perlu. Jika anda tidak mampu memegang bayi anda, suami anda juga boleh mendukungya. Bayi yang dilahirkan secara Caesarean selalunya memerlukan lebih banyak haba berbanding bayi yang dilahirkan secara normal. Jadi, jika anda mendapat anak kembar, anda dan suami anda berpeluang mendukung anak-anak anda pada masa yang sama.

Selepas satu hingga lima minit bayi anda dilahirkan, ia akan diberikan skor Apgar untuk menyukat tahap kesihatan bayi anda.

Jika sebelum ini bayi anda pernah menunjukkan sebarang masalah, pakar pediatric akan memerikas bayi anda dengan teliti. Sesetengah bayi yang memerlukan oksigen lebih atau perlu diletakkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU).

Untuk mengecutkan uterus anda dan mengurangkan kadar kehilangan darah, anda akan diberi hormone oxytocin melalui titisan drip. Doktor akan menarik dengan tali pusat anda dengan perlahan-lahan untuk menarik keluar plasenta anda. Proses ini akan diperhati dengan teliti sebelum doktor menjahit perut anda.

Anda akan berada di dalam bilik pembedahan sehingga lebih kurang sejam. Proses menutup pembukaan di perut anda mengambil masa yang jauh lebih lama, kerana ia lebih rumit daripada membuka perut anda. Proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama jika anda pernah melalui pembedahan caesarean sebelum ini. Ia bergantung kepada bilangan parut pembedahan yang anda perolehi daripada pembedahan-pembedahan sebelum ini.

Bagi proses penutupan, doktor akan membuat jahitan berganda untuk memperbaiki uterus anda. Insisi di dalam perut anda akan ditutup secara berperingkat. Akhir sekali, kulit luar akan ditutup dengan jahitan atau kokot. Apabila anda sudah sedia, anda akan dipindah balik ke bilik wad anda di mana suami dan jika tiada masalah, bayi atau bayi-bayi anda sedang menunggu.

Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut dan minuman.

Jika anda ingin menyusu, anda dinasihatkan untuk melakukannya semasa anda masih di dalam bilik pemulihan. Bidan anda boleh membantu membuatkan anda rasa lebih selesa untuk menyusu dan akan menjaga anda sejurus selepas pembedahan selesai.

Sumber: babycenter

Proses Kelahiran NORMAL

Assalamulaikum...disini saya kongsikan sedikit info tentang proses kelahiran NORMAL dan SONSANG


Apabila melalui proses kehamilan selama 40minggu kini tiba masanya untuk melahirkan anak zuriat buat sesebuah keluarga.mesti gembira yang tak terperi.
Bila pikirkan tentang kelahiran ada yang ngeri,takut,cuak dan pelbagai rasa berbaur aduk. Di sini misi kongsikan sedikit info bagaimana proses kelahiran itu berlaku. kalau yang ngeri tu jangan baca ye. hehe ^^
rujuk gambar di atas dengan penerangannya. ^^
Peringkat Labour
Peringkat Pertama
>6-8jam
>apabila serviks membuka 3cm
>parthogram di mulakan
>kontraksi ibu
>effacement of cervix
>fetal heart rate
>penurunan presenting part
fully effaced-kepala bayi di vagina
bayi lahir normal cephalic, bayi songsang breech
jenis-jenis bayi songsang
kelahiran bayi songsang. ngeri kan.-_-
Peringkat Kedua
>1-2jam
>serviks membuka melebihi 10cm hingga kelahiran bayi
>kepala bayi menonjol keluar
>lubang dubur menjadi longgar dan bentuk bunga
>ibu rasa meneran terlalu kuat
>membran dan liquor (air ketuban) pecah secara spontan
>penurunan dan tekanan kepala fetus
penurunan kepala fetus
head crowning- bahagian kepala paling besar mahu keluar
>kelahiran bayi

kelahiran bayi
Peringkat Ketiga
>1/2 jam 15-30minit
>pengeluaran plasenta dan membran(uri)
ini lah plasenta atau uri

Wednesday, June 6, 2012

Baby Melintang 36 minggu

Assalamualaikum,ini kali pertama saya bercerita tentang kandungan saya sebabnya ini pengalaman pertama dapat berita kedudukan anak melintang,bila dengar berita ni ditambah dengan doktor cakap mmg kena ceaser tak ada peluang nak pusing berjurailah air mata ni bila masuk dalam kereta...suami lah menenangkan hati ni...:'(
check up 5/6/2012...
Posisi baby reverse dok melintang kaki belah kiri pada minggu 36 week.. ini bermakna..
huk huk.. naper ler baby ni dancing sampai lari posisi yang sebelum ni elok dah duduk..patut lah lately ni rasa baby asyik kodek-kodek jer belah kiri,dr dah bgtau mmg kena ceaser kalau mcm ni kedudukan..percent nak berubah dalam 10%...tapi saya dan suami kuatkan semangat untuk yakin yg 10% tu...lagipun saya banyak kali seacrh di google ttg anak melintang,kebetulan salindah ada Remedi tambahan RTA utk baby songsang,dan atas nasihat dr dari pusat perubatan homeopati,mmg tak terlambat lagi...lagipun saya ada terbaca tentang pengalaman ibu yang sama masalah dengan saya, dan mencuba RTA pada kandungan 36 minggu dan ALHAMDULILLAH bersalin normal...
RTA mmg remedi tambahan untuk membetulkan keadaan baby songsang....B4 tu remedi khas untuk 4 minggu sebelum bersalin:) 

Memang hati ni sangat2 takut...nak kena pk mcm ner ekk.....masuk 36 week dah ni.... hu huk :'(...
 Saya ada masa seminggu lagi sebab ada temujanji dengan doktor anuar di INS 14.6 ni harap2 ada khabar gembirala...kalau ikut doktor poliklinik pakar puteri tu mmg nak suruh ceaser saja...tapi doktor anuar cakap bagi peluang seminggu untuk baby lagi..
SEMUA itu tak mustahil bagi ALLAH,sebagai hambanya,hanya doa yang dipanjatkan kepadaNYA agar dipermudahkan agar dapat bersalin normal.
Andai kata terpaksa ceaser saya redha,dan persiapan dari segi mental,emosi dan fizikal dipersiapkan bagi menghadapi segala kemungkinan,andai ceaser saya dan suami dah sepakat utk mendapat khidmat Dr anuar husainy di INS alor setar. 
Kalau boleh memang nak elakkan dari ceaser ni maklumlah penjagaan ceaser ni memang agak rumit tambahan pula kulit saya ni tebal..:(
Ya ALLAH kau permudahkan kelahiran kali ni seperti sebelumnya ini...