Thursday, October 28, 2010

Promosi jer...

Salam...
Dah lama saya tak conteng-conteng kat blog ni...erm ramai yang keliru blog ni dah jadi caca merba...sorry kepada rakan blogger,saja nak iklankan koleksi baju baby...lagipun blog tentang baju-baju ni semua baru di update..jika rakan blogger tak keberatan klik ke http://auni-collections.blogspot.com atau klik ke branded kids wear diside bar sebelah kanan..
Semua post tentang baju ni akan didelete dan diletakkan kedalam blog auni collections...harap rakan blogger memberi sokongan kepada saya,kerana saya insan biasa..tq
Oh ya,semua baju yang ada kat blog auni collections ni adalah yang ready stock dah ada kat rumah ni..yang ada kat blog salizahamzah ni saja nak promote koleksi baru:) saya ni terlibat secara tidak langsung jer buat bisnes online..maklumlah boring tak ada buat apa kat rumah lagipun memang saya minat tgk baju yg kiut miut..
saya ni surirumah sepenuhmasa,suami lebih suka saya menjaga anak-anak dirumah bukannya tak ada pendidikan,saya merupakan lulusan politeknik shah alam bidang kejuruteraan elektronik diploma jer,nak sambung pun suami seperti tak merelakan maklumlah kahwin muda:)ehhhhhhhhh!!!!!!jgn kata saya menyesal...
Saya tak pernah menyesal tetapi saya bangga dapat menjaga suami dan anak-anak:) makan,minum,pakaian semua terjaga..lagipun kalau sesuatu pekerjaan yang mendapat restu suami pasti kita dipermudahkan segala urusan..Alhamdulillah,ramai juga yang membeli baju koleksi saya walaupun tak banyak,maklumlah modal sedikit jer..
Saya tak kata yang isteri bekerjaya tak bagus..kalau yang isteri yang bekerjaya sememangnya mendapat restu suami sememangnya bagus dapat meringankan beban suami dan setiap urusan insyaALLAH berjalan dengan sempurna.
“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”
Blog ni akan diupdate seperti sebelum ni..haraf maklum:)

RUMAH ITU SYURGA ISTERI….

“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI… Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai. Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud… “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.”

Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah s.a.w…

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi: Iaitu tiap-tiap isteri yangbersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak.Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung…
“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah.Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya…
Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.


Kelebihan wanita-wanita yang mengandung… “…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”


Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…
“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”
“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya.’

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW… 1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).
2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.
4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang Page 3 of 3 RUMAH ITU SYURGA ISTERI.doc yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”

Tuesday, October 26, 2010

Nak p UMS konvokesyen mak teh ita..di SABAH BA...:)

Lama tak update hehehehe..
ni gambar dengan abi..abi tak dapat pi sama ke sabah sebab abi kerja..tak boleh cuti KUIN pun Konvokesyen gak...
mlm kami bertolak dengan keretapi sebab ada katil sesuailah untuk anak2 tido..lebih selesa dan selamat..walau lambat sebab ambil masa sehari semlm untuk sampai ke KL Sentral..

Bergambar dengan ibu dalam keretapi..


Dengan Mak Teh ita,nak p konvo makteh ni lah...DR.YUSNITA YUSOF,pas arman sakit,mak teh rawat arman kira free la naa hahahahaha...:)

Dah sampai Terminal LCC

Ni tgh tggu flight ke sabah naik Air Asia tambang murah..(promote sikit) tapi kena booking awal tau..hahahahah

ibu dengan auni lagi...


auni: abg nak sikit coklat....


Bergambar sat kat luar dalam flight Air Asia..Tambang murah:) kena booking awal baru dapat murah...makesure tarikh kena confirm kalau tak rugi sbb tak leh tukar tarikh huhuhu...standard la nak murah kan:)





Dah sampai sabah..esok baru konvo jadi apa lagi jom jalan-jalan perkena lokan bakar dengan puding kelapa perghhhhh sedap:)
Ni lah deretan kedai yang jual lokan bakar degan puding kelapa..memang sedap,semua kedai ni jual yang sama,ada kedai yang bakar buh perasa...mai sabah jangan lupa singgah sini yer..










Hari kedua di Sabah..
Di UMS hari yang ditunggu2..:)
Tak boleh masuk ramai2 kena tunggu kat luar huhuhu:(




Pas habis konvo kami jalan-jalan ke Shopping mall 1 Borneo..


Saturday, October 23, 2010

16 Oktober 2010



SAYA DAH GENAP 3 TAHUN,AUNI DAH LAMA SETAHUN AKAN ADAKAH ADIK YANG BARU ERMMMMMMMMM.............?????????????????????????????

Friday, October 22, 2010

Tinggal Kenangan...


Masa ni arman masih minum susu botol...adik dia action jer,masa ni ingat nak ajar adik dia guna botol tapi dia tak mau...:)sbb auni menyusu direct bf ...sekarang arman 2 thn 11 bln dah tak minum botol hanya minum susu guna bekas air yang ada straw..berkat kesabaranku....memang mencabar seminggu tu mangamuk pun ada tapi tahap ok lagi..2 minggu sebelum berhenti penuh arman memang tak minum susu kalau time keluar rumah..KUIN ada buat aktiviti bercuti hari keluarga ke pangkor 2 hari 1 mlm..masa cuti tu pikir gak cmne nak bawa raga utk susu dia,adk dia memang susu badan:)erm,kesimpulannya kami tak bawa cuma spare botol jer..mlm tu ada minta,tapi kami buat tak tau jer,bagi dia mkn kuih pau..terus lena tanpa sepatah kata,bermula dari hari tu malam memang dia tak bangun dah,kalau sebelum tu kul 3,4 pg minta susu...1 episod dah selesai lega lah sikit...
Episod ke2 pula,selepas percutian tu nak dijadikan cerita seminggu tu arman demam 2 hari tak minum susu...botol depan mata pun tak mintak...masuk hari ketiga dah ok mula minta susu tapi bgtau botol hilang terus lupa masuk hari ke4 mula nak mengamuk..mula tu nak bagi juga tapi bincang dengan hubby,hubby kata kita kena teruskan sbb dah hari ke4 tak minum botol kalau bagi alamat lambat lagilah dia berhenti....:) menangis kuat minta botol tapi pujuk punya pujuk..dia nak air kotak laici 2 kotak,amboi!!!!:)balik kampung tgk sepupu dia 2 thn minum botol,teringat mula buat hal pula minta botol...pujuk punya pujuk,ajak main,lupalah sat pastu terus tido.esok tu p pekan bawa jalan2 sampai letih.....balik rumah tok,dia tido jer...
Episod terakhir balik rumah memang tak ada masalah bagi berhenti botol..ingat je sat pastu cakap botol hilang tak mengamuk dah...dengan rela hati:( arman pun minum susu dalam bekas air straw yang baru dibeli sampai ke hari ini:)
auni???????auni pun beli bekas air yang ada straw untuk dia minum nanti supaya abg dia tak teringat balik botol susu..ALHAMDULILLAH ARMAN DAH BERJAYA BERHENTI BOTOL SUSU