ORDER CUCKOO ONLINE

Name:
No IC
Email Address:
Alamat Pemasangan
No Telefon
No Telefon 2
Model
Bayaran CREDIT CARD / DEBIT CARD
DIRECT DEBIT
Nama Pasangan /ibu bapa
No Telefon pasangan/ ibu bapa

This HTML form was created by Freedback.

Wednesday, July 31, 2013

Alhamdulillah rezeki

Salam semua... Alhamdulillah ada lebihan rezeki dari meniaga online dapat juga membeli sedikit aset buat anak2 walaupun hanya emas yang beberapa gram sahaja.
Seperti yang sedia maklum emas ni mmg takkan luput, nilai nya susah nak jatuh..Pelaburan emas bagi saya adalah paling selamat:)
Kakak Auni dan Alya menerai rantai dan loket emas... 
Alhamdulillah rezeki lebih beli kat auni dan alya 2 utas rantai dan loket dr Emas Dhia Asnim
Buat arman 1 dinar utk simpanan dia.. beli kat page EmasMaster Gerbang Emas Anda
Tadi pagi dpt berita baik akan terima satu lagi loket emas hadiah dr kuiz anjuran Emas Dhia Asnim 
Alhamdulillah terima kasih atas rezekiMu Ya Allah



Monday, July 8, 2013

10 resepi SMOOTIE mudah dan menyihatkan

Bagi penggemar smoothies, tentunya bimbang sekiranya kekerapan menikmati hidangan tersebut boleh memudaratkan kesihatan. Ikuti beberapa resepi yang boleh dicuba.
1. Smoothies strawberi dan pisang
  • 100ml ais
  • 200ml yogurt asli rendah lemak
  • Sebiji pisang
  • secawan strawberi
  • 1 sudu madu
  • sedikit kacang walnut
Kisarkan kesemua bahan diatas.
2. Smoothies Pisang bersama mentega kacang
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • 1 sudu besar mentega kacang
  • sebiji pisang
  • 1 sudu teh madu
Kisarkan kesemua bahan diatas.
3. Smoothies pisang bersama betik dan kacang walnut
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • sebiji pisang
  • sepotong betik
  • 8 biji kacang walnut
  • 1 sudu kecil serbuk kopi atau coklat
Kisarkan kesemua bahan diatas dan taburkan serbuk kopi/coklat di atasnya semasa menghidang.
4. Smoothie Mangga dan pisang
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • Potongan buah mangga manis
  • 1 biji pisang
  • secawan jus oren
Kisarkan kesemua bahan diatas.
5. Smoothie untuk sarapan
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • segenggam buah beri atau strawberi
  • sebiji pisang
Kisarkan kesemua bahan diatas.
6. Smoothie vanila kurma
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • 1 cawan kurma
  • 1/2 sudu ekstrak vanila
Kisarkan kesemua bahan diatas.
7. Smoothie blueberi almond butter
  • 2 cawan air
  • 1 biji pisang
  • segenggam blueberry
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 3 sudu almond butter
  • 3 biji kurma
Kisarkan kesemua bahan diatas.
8. Smoothie oren dan beri 
  • 100 ml ais
  • 1 cawan air
  • 2 biji buah oren yang dipotong kecil
  • 1 cawan blueberry
  • 1 cawan raspberry
Kisarkan kesemua bahan diatas.
9. Smoothie soya dan strawberi
  • 1 biji pisang
  • 2 cawan strawberi
  • 1 cawan susu soya
  • 1 sudu madu
Kisarkan kesemua bahan diatas.
10. Smoothie avokado dan buah pear
  • 1/2 buah avokado yang dibuah biji
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • 1/2 cawan jus pear
  • 1 sudu madu
  • 1/2 sudu ekstrak vanila
  • 1 cawan ais
Kisarkan kesemua bahan diatas.