ORDER CUCKOO ONLINE

Name:
No IC
Email Address:
Alamat Pemasangan
No Telefon
No Telefon 2
Model
Bayaran CREDIT CARD / DEBIT CARD
DIRECT DEBIT
Nama Pasangan /ibu bapa
No Telefon pasangan/ ibu bapa

This HTML form was created by Freedback.

Sunday, August 18, 2013

Rumah Baru

Assalamualaikum...
Bersyukur sangat kami dapat duduk rumah sendiri setelah 5 tahun duduk di kuarters guru ...terdapat banyak kerosakan...tapi kami tak boleh sesuka hati sebab itu rumah kerajaan... Nak buat bagi cantik pun bukan rumah sendiri

Rumah kami di Taman Tunku Yaakod Alor mengkudu , rumah ni rumah teres setingkat.. dapat rumah tengah, tepi semua habis... sini memang dah lama ada taman perumahan, cuma rumah ni didirikan ditempat tanah kosong, itupun dalam 20 buah saja rumah..
Rumah ni siap pagar dan pagar besi pintu, tingkap... dan loceng rumah, tile penuh sampai kat luar...

Harga RM175.000.00



Thursday, August 15, 2013

Peti ais

Peti ais baru, minta dari suami dapat gak...sebab nak buh durian crepe ,boleh letak banyak sikit:)


Thursday, August 8, 2013

Kereta pertamaku

Sememangnya dah lama impikan kereta sendiri..sejak kerja lagi tapi tak berkesempatan sebab kerja pun baru 3 tahun selepas tu berhenti sebab dah kahwin dan melahirkan anak... Anak tak ada sapa nk jaga ,jadi terpaksa ambil keputusan yang berat untuk berhenti kerja pada tahun 2007...:)

Dok dirumah mulalah episod berniaga online secara kecil-kecilan...Suami yang cadangkan untuk beli myvi ni... saya tak kisah sangat viva pun ok... Beli kereta pun sebab kena buat oenghantaran barang kepada customer:) Tarikh 5 ogos kereta keluar.. Terimakasih juga kat suami sebab bayar muka RM3500...
Suami mmg cakap dia akan bayar muka untuk kereta ni... mungkin faham keinginan isteri ni nak kereta sendiri tak kesampian sebab terpaksa berhenti kerja awal...
Sayang awak Hamzah mokhtar :)

Warna ozy oren warna terbaru, saya yang pilih... duit kereta dari loan saya sendiri... Alhamdulillah ada juga hasil dari meniaga online ni... kalau kerja kuat lagi , tak mustahil rumah pun boleh beli... macam kawan online saya dah 3 biji rumah, tanah dia dah beli...Hasil 100% dari meniaga:)
Jom layan gambar keretaku ni :) lama tak bawa kereta mmg kena bg biasa tangan:)



Time tengahhari ni keta xbyk, bawa 'buah hati' p jalan tesco ..

***sebulan selepas tu saya kemalangan , memang menyesal dan 4 bulan juga saya tak bawa kereta..:'(

Saturday, August 3, 2013

Korea...:)

Syoknya adik pi travel dengan kawan2... memang kpop adik saya sorg ni..tapi taklah extrem sangat... Baru ni dia ke korea bersama rakan2nya...

Balik tu dapatlah Kain cotton korea yang sangat lembut dan cantik... pakai mmg sejuk sangat:)
Tapi leceh sikit selepas basuh dia akan berkedut teruk...

Kain free belasah ja, memang cantik sangat:)


Friday, August 2, 2013

Ramadhan


Salam ramadhan buat semua...
Alhamdulillah dapat berkumpul dengan ahli keluarga suami...Harini kami Berbuka Puasa di Restoran Haji Ramli:) Walaupun hanya 70% sahaja ahli keluarga yang ada... Keluarga sebelah suami mmg ramai:)