Sunday, May 19, 2013

Alya lagi

Tadaaaa... model berbayar ibu 2 tahun SUSU IBU hehehehe:)


Sunday, May 12, 2013

Apa itu borang 14??

Assalamualaikum...
Semua sedia maklum kita telah selesai PRU 13, dimana kemenangan 2/3 berpihak kepada BN, saya tak nak cerita tentang parti,dan tak nak menyebelahi mana-mana parti...
Tergerak untuk tulis mengenai Borang 14 adalah disebabkan terdapat keraguan dalam proses pengundian, biar banyak kita menuding jari, tapi sedar tak sedar wakil setiap parti yang dilantik telah melakukan kesilapan yang SANGAT BESAR..iaitu tiada borang 14 atau tak minta atau tak bagi tak taulah...
Borang ni tersangat penting...disinilah bermulanya pengiraan UNDI dan penjumlahan UNDI akan direkod..
Saya terbaca dalam satu blog mengenai BORANG 14 ni..
Tertarik dengan cara penulisan beliau..

Apa itu borang 14? borang ini ialah borang keputusan pengiraan kertas undi disetiap saluran. Satu kawasan parlimen mungkin atas 4 DUN. Satu DUN mungkin ada 14 tempat mengundi, dan satu tempat mengundi atau polling station tu mungkin ada 4 saluran.

Bila tempoh pembuangan undi selesai, maka pegawai pilihanraya, atau returning officer akan memulakan proses mengira kertas undi. Untuk mengira ini, setiap parti yang bertanding dibenar hantar seorang counting agent. Biasanya, mula mula polling agen yang memantau perjalanan pembuangan undi bagi pihak parti nya, dan apabila sampai masa untuk mengira kertas undi, maka counting agen pula yang mengambil tempat. Kalau parti anda tidak punya cukup tenaga, orang itulah polling agen, dan orang itulah juga counting agen.

Bila pengiraan telah selesai, maka keputusan pengiraan tersebut akan dimasukkan dalam satu borang. Borang ini dinamakanborang 14. Katakan keputusan bagi saluran itu macam ni: BN 13, PAS 514, bebas 21. Maka keputusan ini diisi dalam borang 14, dan counting agen BN akan sign, counting agen PAS akan sign, counting agen Bebas akan sign, returning officer akan sign dan dia perlu cop mohor SPR pada borang tersebut.

Untuk sign tu, semua kena hadhir, lihat keputusan tersebut dan setuju dengan keputusan tersebut barulah turunkan tanda tangan.

Bila semua pihak telah tanda tangani borang 14 tu, satu salinan akan diberi kepada setiap counting agen bagi setiap parti yang bertanding. Counting agen ini pula perlu bawa salinan borang 14 ini ke tempat pengumpulan keputusan yang mana keputusan bagi setiap polling station akan dipamirkan dan dijumlah sehingga pemenang diketahui.

Yang jadi masalahnya ialah, apa yang anda perlu buat sekiranya dalam kes pengiraan yang saya contohkan di atas tadi: keputusan yang anda ketahui setelah sama sama mengira kertas undi adalah BN 13, PAS 514, bebas 21. Tetapi bila dipamirkan di pusat pengumpulan keputusan, ia jadi: BN 514, PAS 13, Bebas 21.

Mungkin anda menjerit, dan kata tiipuuu! dan anda protes. Untuk protes itu anda pun pergilah bertemu dengan ketua returning officer untuk pusat tersebut, maka pak ketua ni nanti tanya kembali kepada anda: minta borang 14.

Kalau sekiranya anda jenis bengap dan tidak tahu perjalanan gelumang pilihan raya, anda pun jawab borang 14 ke mende? mana ada borang 14. Kalau anda tidak ada borang tersebut, keputusan yang dipamirkan itu kekal dan hanya boleh dibatalkan oleh mahkamah, yang mungkin ambil 5 tahun untuk selesaikan hal itu sahaja.

Ini telah berlaku, akan berlaku lagi dan terus berlaku. Pengalaman saya dalamn gelumang ini, wakil BN pun tidak tahu apa itu borang 14. Tetapi ingat, mereka tidak perlu tahu, sebab semuanya ditanggung beres untuk mereka.

Jadi kalau satu polling station ada 4 saluran dan sebuah DUN itu ada 12 polling station, maka perlu ada 48 counting agen bagi DUN itu sahaja. Counting agen atau polling agen dibenar masuk ke tempat pembuangan undi mulai jam 08:00, dan biasanya pingiraan bermula selepas solat magrib, sekira kira 7:30 petang. Kalau parti anda hanya ada seorang petugas sahaja untuk saluran tersebut, mati keringlah dia bertugasdari 8:00 pagi  sampai 8:00 malam. Oleh itu biasanya dalam jentera PAS ada 3 orang yang bertugas bagi satu saluran, kerana bertugas secara syif. Polling agen yang terakhir masuk syif itulah juga counting agen.

Jadi, kalau satu saluran ada 3 petugas dan polling station itu ada 4 saluran, maka untuk tempat buang undi yang itu sahaja perlu ada 12 petugas. Kalau DUN itu ada 12 polling station, maka jumlah petugas ialah 12 x 12 = 144 orang. Kalau dalam kawasan parlimen ada 4 DUN, maka anda perlu 144 x 4 petugas untuk urusan polling dan counting sahaja.

Semasa saya membentuk jentera pilihanraya PAS di satu kawasan, saya gunakan 2 tahun untuk memahirkan jentera dengan perkara seperti ini.

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah counting agen ini hendaklah seorang yang gangster. Maksud gangster ini ialah dia sanggup berkeras hatta sampai bertumbuk atau bergaduh pun masih dia pertahankan keluhuran perjalanan pilihan raya. Contoh: kalau sekiranya returning officer enggan memberikan borang 14, maka counting agen ini mesti berkeras dan tidak berganjak sehingga borang 14 dikleuarkan, di sign dan di cop seperti yang disyaratkan. Dan jangan tinggalkan tempat pengiraan kertas undi tanpa membawa pulang borang 14.

Pengalaman saya ialah wakil parti yang berada dalam dewan tempat penjumlahan undi selalu dihalang daripada keluar semudahnya daripada dewan tersebut, atau wakil parti diluar dewan dihalang daripada memasuki dewan. tujuannya ialah supaya borang 14 ini tidak boleh disampaikan kepada wakil parti dalam dewan.

Oleh itu saya cadangkan bila counting agen telah dapat borang 14, ambil gambar borang tersebut menggunakan handphone dan hantar melalui sms ke wakil dalam dewan atau dekat dewan. Gambar tersebut  boleh diprint atau dirujuk sebagai bukti sekiranya timbul masalah. Perlu diingat jarak antara tempat membuang undi dengan tempat penjumlah mungkin puluhan km.

Jadi kalau sekiranya jentera pilihanraya itu disiapkan dalam masa 3 minggu, memang akan terjadi bila anda tanya kepada petugas anda: mana borang 14? dia jawab: amende borang 14 tu?

Pentingnya borang 14 tidak ketara kalau keputusan berpihak kepada satu satu parti dalam jumlah yang besar, tetapi ia akan menjadi senjata ampuh untuk menterbalikkan pilihan raykat supaya dengan cara tipu kemenangan menyebelah ke pihak tertentu apabila perbezaan sedikit.

Jadi, untuk serius masuk gelanggang pilihanraya anda perlu ada uang banyak untuk bayar semua petugas, atau latih petugas dalam jangka masa yang panjang.