Wednesday, June 23, 2010

WHYYYYYYY?



masa ni Rman teringin sangat nak berkawan maklumlah dok kat rmh jer..nak juga keluar,bila dah main nampak lah awek ni nak p main sama sekali awek ni lari lahhhhh...
ibu said:takpelah rman ibu,abi ngan auni kan ada:)

Penjagaan Rambut Bagi Yang Bertudung

Hi, semua! Salam pertemuan untuk anda. Hari ini saya ingin berkongsi tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung. He..he..sebenarnya yang tak bertudung pun boleh, apa salahnya. Ilmu kan untuk dikongsi, bukan untuk disimpan. Tak gitu?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, penting ke penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Bagi saya ia amat penting tak kiralah bagi wanita atau pun lelaki. Ini kerana rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita. Ye tak? Jadi ia bermakna jika kita menghargai anugerah tersebut, itu bermakna kita mensyukuri nikmatNya.

Orrait! Jom kita sama-sama baca tips penjagaan rambut di bawah ni;

Tips 1:
Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.

Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!

Tips 4:
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Tips 6:
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali:D

Tips 8:
Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

Tips 9:

Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..

Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.

Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;
Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.

Tips 12:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.

Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi. Ok.

Tips 13:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!

Tips 14:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.

Orrait lah. Sampai di sini dulu saja yang saya dapat coretkan buat anda semua. Mudah-mudahan apa yang ditulis dapat dipraktikkan yer.
Jika masalah anda berjaya diselesaikan, saya turut berasa gembira. Jika tidak, teruskan berusaha dan jangan cepat putus asa! Ini saja yang termampu saya lakukan.

Sekian, wassalam. Jumpa lagi di lain hari, Bye!

Monday, June 21, 2010

Wednesday, June 16, 2010

Kenduri Kahwin ibu



Cara-cara bermain game..

Auni kena belajar main game dengan abg arman tau..

macam ni gaya orang tereerrr main:)

Wanita Itu Rumput Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil

Saturday, June 12, 2010

Main-main di Pasific

Meh kgkawan naik bas..bas nak jalan dah ni..kita nak pi melancong kat Australia hehehehe...

nak start dah...pakai tali pinggang tau..arman bawa laju oooo...

alamak!! POLIS lah:(

ibu,abi CHAK!!!!!

macam mana nak bawa ni:)

napa beruk ni yang dok sebelah..takpelah dia nak tumpang:)

Mari Pilih Ikan2

Auni tgh pilih ikan..biasalah ibu kata anak dara kena pandai pilih ikan dan mst tau masak macam ibulah katakan .....hehehe

aku pun nak tunjuk skill gak ingat org laki tak tau nak masak dan pilih ikan ker...tgk cara2 pilih ikan...:)

yang ni ok tak abi eh..eh..ibu:)

pegang ni rasa ok dan fresh lagi goreng pun sodap ni:)

Friday, June 4, 2010

YEsss...Success



ahah!!!! ni baju kemeja anak aku yang sulung,baju agak berjaya lah...kalau boleh rate markah aku buh 9 ewahhhh (angkat bakul sendiri hehehe) tapi aku dipujilah oleh cikgu jahitan aku...:)tapi semasa mengambil gambar ni butang baju aku x jahit lg hehe...

Tak bape nak jadilah

salam alaik...
kali ni aku nak berkongsi sikit baju gaun perempuan yang aku buatkan kat anak aku auni 9 bulan..tapi macam ku katakan ader yang kureng sikit lah x bape nak jadi...nilah hasil 1st time aku buat..akan aku cuba lagi dan lagi dan lagi...bape byk lagilah hehe:)


ha....!!!ni lagi satu jenuh mengait,ades tapi bila dah buat senang dan enjoy membuatnya...ibu ku memeng pakar mengait tapi cuma aku jer yang agak kemalasan sikit tapi umur yang hampir 30 an ni baru lah nak mengait,terjojol gak mata nak belek-membelek ni..


Auni lagi!!!

kali ni arman dok dgn abi tu yang ibu ambil kesempatan tangkap gambar dgn fara deeba TV9...ishhh..!!!nape plak auni masam jer...:( tak biasa jd selebriti kut ramai org tgk hehe....

ibu said:auni....depa tgk farra deeba la tak pun ibu ni hehe..

farra deeba said: mailah aunty fara pegang auni tomeilah baju ni ada tak saiz aunty farra deeba...:)

Wednesday, June 2, 2010

Arman drift



Asyik tengaok orang drift jer...kali ni arman nak drift palak...ada gaya macam pro tak kengkawan??????