Friday, May 27, 2011
Salma - Aku Permata(LAGU BARU) - FINAL MENTOR TV3.flv
Salam semua...minggu lepas memang rasa gerammmm sangat sebab salma dapat tempat ke3...tetapi bila pihak TV3 mengumumkan 3 orang finalist mentor 5 ,akhirnya salma meneruskan perjuangannya...ni lagu baru dari salma ciptaan Taja meet uncle hussain..MEMANG MELETOP:)
Dengar lagu ni rasa semangat semacam jer....ditambah suara salma yang memang tak dinafikan memang best...Anda memang seorang yang berbakat...Antara bekas juara mentor sebelum ni hanya Black sahaja yang popular yang lain tenggelam,Pija suara sedap tapi sayang tenggelam begitu saja,Fiq pun senyap...Mohd baru lagi tunggu setahun dua nnt macam mana..Kali ni memang juara mentor 5 memang perempuan cuma tak tahu siapa...Harap salma juara dan dapat perform yang terbaik dalam final ahad ni...Chaiyok!!!!
Iqa -Di Penghujungnya(LAGU BARU - FINAL MENTOR TV3).flv
Iqa protege kepada edry abdul halim...heran gak knp markah dia paling tinggi dalam separuh akhir minggu lepas.Adakah peminat KRU mengundinya..ermmmm?????apa pun tahniah dapat masuk final,lagu baru sudah semestinya ciptaan edry...Siapa tak kenal Edry banyak menyumbangkan lagu-lagu yang best2 belaka...:) Macam lagu final untuk protegenya sendiri,lagu memang best TAPI awat Iqa nyanyi tak BEST pun HUHUHUHU:(
Jangan mare yer penyokong iqa,ni pandangan saya...ok Layan jer lagu ni..peace no war:)
Shiha - Bila Bertemu Mu(LAGU BARU) - FINAL MENTOR TV3.flv
Lagu Baru Shiha ni memang mendayu jer,suara memang sedap tak payah suara tinggi kerana kelebihan shiha adalah lenggok suaranya yang membuat orang mendengarnya sayu :)
Lagu ciptaan ajai...tak dengar pun dah tau memang best kalau lagu ajai...kalau tak caye cuba korang dengar....BESTTTT kan:)
Monday, May 9, 2011
Simple Celebrate Mother's Day
ANAK TERUNAKU ARMAN & MAK NDAKNYA
BAHAGIA SELAMANYA
MANGO JUICE,ORANGE JUICE,TROPICAL PARADISE & HOME MADE MUFFIN (banana,vanila,coklat)
walaupun simple celebrate kat kenny rogers roasters,tapi meriah ngan tawa anak2 hehehehe...SYUKRAN SUAMIKU HAMZAH MOKHTAR:)
Sunday, May 8, 2011
Saturday, May 7, 2011
SELAMAT HARI IBU
Sempena hari IBU jom kita masak-masak hehehehehe....................Disini saya nak kongsi satu artikal megenai sambutan hari ibu...Bagi saya HARI-HARI ADALAH HARI IBU sebab pengorbanan ibu ni tak ternilai,tambahan pula saya seorang ibu...IBU DAN AYAH adalah orang terpenting dalam hidup kita tanpa mereka kita tak akan berada didunia...biar sampai TUA,jasa mereka memang tak dapat dibalas...I LOVE U MAKKKKKK:)
Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu
Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.
(kredit image kepada iLuvIslam.com)
Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.
Sambutan hari ibu juga diambil perhatian berikutan timbul isudari artikel wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.
Pada masa yang sama berdasarkan artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, contohnya dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :
Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.
Blog Hanafiyah pula menjawab persoalan mengenai sambutan hari ibu macam ni:
Jawaban:
Salam,
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:
1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.
2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.
3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur “romen-romen” dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.
4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.
Salam
Pihak JAKIM juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah jumaat berkaitan hari seorang ibu, pada pandangan dan pemahaman blog ini umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat.
Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.