Tuesday, January 10, 2012

Panduan Memilih Set Bersalin

Assalamualaikum
Salam semua...diharap semua sihat...dah lama blog ni tak berupdate...rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru...apa azam tahun baru ni yer....???????
Tahun Baru ni saya dan keluarga akan menerima insan baru...Alhamdulillah Syukur diatas rezeki yang dikurnia olehNYA...kandungan saya sekarang dah masuk 15 minggu..awal ni alahan ok jugalah berbanding anak pertama dan anak kedua...sebab tak lalu nak makan apa...yang lain tak ada apa..
Abang arman dan 5 tahun dah sekolah,Auni pula dah 2 tahun 4 bulan...dah besar dah:) tapi masih manja lagi...ermmm
Sekarang dok pikir nak beli set bersalin yang mana banyak info yang menarik saya dapat...
Masa anak pertama saya gunakan mustika ratu jamu selapan...bagus terutamanya bengkung dia walaupun kena lillit tapi badan sangat terbentuk..yang agak leceh sikit tentang penggunaan sebab mustika ratu ni sangat tradisional...saya ni pula malas nak tempek huhuhu:( Anak kedua ni saya gunakan leesa formula confine mum memang bagus senang tapi ada satu ginger cream tak silap saya..bila dipakai badan naik merah dan gatal maknanya tak sesuai la ..:( kulit saya ni sangat sensitif

Perkara yang perlu kita tahu :

1) Dapatkan info setiap produk
info ni kita boleh cari dalam internet dan kita boleh juga tanya rakan2 terdekat sebenarnya pastu kita kumpulkan supaya senang nak buat pilihan

2) Budget:
Untuk pengetahuan semua, semua set bersalin yang terdapat di pasaran adalah bagus semua produk amat menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman ibu selepas bersalin terpulang kepada kita untuk buat pilihan dan yang penting budget kitalah kan...sebab ada produk yang mahal dan ada yang murah...Kalau yang murah ni barang dia taklah banyak sangat tapi masih menepati rawatan selepas bersalin.Kalau yang mahal tu lengkaplah ada bengkung,tungku ibu ada yang tungku baby dan macam-macam lagilah...Ikut kita nak budget yang mahal pun ada yang nak murah pun ada,bila dah tau budget baru senang kita nak buat pilihan kan..kan..:)

3) Jenama produk
Ni selalu saya buat macam jenama terkenal tulah saya nak beli hihihihi...ini dah silap sebenarnya...seharusnya kita perlu teliti cara pemakaiannya mudah atau susah..sebab kita yang nak guna...Setiap produk ada keistimewaannya

4) Sesuai atau serasi ke tak????
# Kalau nak set bersalin yang mudah,ringkas,senang dan praktikal khasnya untuk ibu yang bekerja dan tiada orang menjaga dalam pantang atau gala-galanya perlu dilakukan sendiri...set yang dicadangkan adalah Amway Tropical Herbs,Nona Roguy,Sendayu Tinggi,Leesa Confinemum,Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga dan Set Bersalin Ibu Halimah Jamu Mak Dara antara yang sesuai kerana ubat-ubatan berbentuk kapsul dan tabet
# Bagi ibu-ibu yang mahu set yang lebih tradisional boleh cuba Mustika Ratu,Nyonya Maneer,Set Bersalin HPA,Set Air Mancur,Set Orang Kampung,Jamu Afiat...set-set ni juga ada terdapat dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh duntuk diminum atau dipakai,juga terdapat dalam bentuk pil / kapsul
# Bagu yang tidak sesuai dengan herba bolehlah menggunakan Set Salindah.Set Salindah bukan dalam bentuk jamu tetapi Homeopati yang tidak memberi kesan panas kepada si pemakai


Set PILIHAN saya jeng--jeng----


Set Lengkap Salindah edaran era edar...

Saya memilih set ni salah satu sebab nya untuk memudahkan bersalin...kedua-dua anak saya sebelum ni saya kena induce...si abang lewat seminggu si adik ni pula pintu rahim tak terbuka...hanya Allah yang tahu kesakitan yang saya tanggung sebab berada lama di bilik bersalin...sebelum ni try minum air selusuh dan minyak selusuh tapi sama gak...bila saya search di internet terjumpa info tentang set Salindah ni...ada yang sebelum ni bersalin operation selepas menggunakan Salindah alhamdulillah bersalin normal dan mudah...Apapun semua ketentuan Allah S.W.T tapi sebagai hambanya kita perlu ikhtiar dan banyakkan berdoa...
Set Salindah ni saya beli lengkap sebelum dan selepas sebabnya dapat diskaun hihihihi:)
Awal saya makan B1 ni saya dah kurang loya alhamdulillah sebab sebelum ni badan sangat letih,loya,sakit kepala dan lain-lain...harap anak ke3 ni dipermudahkan untuk saya melahirkan...


No comments:

Post a Comment