Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab

Wahai Saudara-saudaraku yang budiman, Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita simak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

 * Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

 * Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

 * Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

 * Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

 * Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

 * Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga

 * Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

" Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."
Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan.
Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Wednesday, May 16, 2012

kad hari ibu

Salam...
Harini terharu dapat kad hari ibu pertama dari Arman...:)
Ibu doakan Arman semoga menjadi anak yang soleh dan taat pada perintah Allah dan Rasul.. Amin



Thursday, May 10, 2012

Bagaimana saya tahu bila sudah tiba masa bersalin?

Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?

Assalamualaikum...walaupun ini kehamilan saya yang ke3 rasanya tak salah kalau berkongsi sedikit info tentang tanda-tanda nak bersalin...saya memang tak pernah merasai sakit dari rumah,anak pertama kena induce sebab post date ...manakala anak ke2 pun induce jenis drip sebab jalan tak buka...memang benar orang kata induce jenis drip memang sakit sangat rasa macam nak tercabut tulang belakang huhuhu...:(
Inilah info tentang tanda nak bersalin:-
 
Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:
  • Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm.

  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

  • Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

  • Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.

Bila saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda rasa bahawa telah tiba masanya, jangan malu untuk menghubungi doktor anda.

Doktor selalu mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti sama ada mereka berada dalam keadaan perlahiran atau tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. Doktor anda boleh tahu dari nada dan intonasi suara anda, jadi komunikasi lisan akan membantu. Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada.

Jika air ketuban anda pecah atau jika anda merembeskan cecair amnion, hubungi doktor anda dengan segera. Anda perlu memberitahunya jika bayi anda kurang bergerak atau sama ada anda mengalami sebarang pendarahan vagina (kecuali jika ia hanya mukus bercampur darah dalam jumlah yang sedikit), demam, sakit kepala yang teruk, perubahan dalam penglihatan anda atau kesakitan abdomen.

BabyCenter mempunyai senarai simptom kehamilan yang lain yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.

Apa yang perlu saya lakukan pada awal pelahiran?

Semasa awal pelahiran, adalah penting untuk minum banyak cecair. Selang-selikan di antara berjalan dan berehat atau cuba mengambil mandian panas untuk melegakan sebarang kepedihan dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk pelahiran nanti.

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam pelahiran?

Ya. Anda mengalami pelahiran palsu jika serviks anda tidak mengembang (doktor anda akan memberitahu anda semasa pemeriksaan), kontraksi adalah tidak menentu dan tidak begitu kuat dan sebarang kesakitan yang anda rasa di bahagian abdomen atau belakang mudah dilegakan dengan mandian panas atau urutan.

Seorang ibu yang kami kenali mengalami kontraksi yang kuat selama tiga hari sebelum dia betul-betul dalam pelahiran. Walaupun kontraksinya adalah sakit, ia berlaku tidak menentu dan tidak boleh dijangka, iaitu ia berlaku pada setiap lima minit, tujuh minit, lapan minit, kemudian lima minit dan akhirnya pada setiap lapan minit. Selepas air ketubannya pecah, dia menangis kelegaan, dengan harapan bahawa dia telah berada dalam pelahiran. Betul, dia memang dalam pelahiran.

Bolehkan saya tahu jika pelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?

Mungkin. Walaupun anda mungkin tidak sedar semua perkara yang berlaku, badan anda telah membuat persediaan bagi pelahiran sehingga sebulan sebelum pelahiran. Apabila pelahiran bermula, serviks telah mula mengembang dan menipis bagi sesetengah wanita.

Tanda-tanda pelahiran yang lain termasuk:
  • ringan (apabila kepala bayi mula ke bawah di pelvis anda);
  • pertambahan lelehan vagina (walaupun selalunya memang terdapat pertambahan semasa kehamilan);
  • pendarahan sedikit (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);
  • kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.

Friday, May 4, 2012

Inilah 4 Malaikat yang Mendatangi Kita ketika SAKIT


Tak perlu Anda bersedih dalam sakit karena itu adalah ujian dalam ibadah Anda. Salah satu bukti kasih sayang- Nya adalah, Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya; “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.” Ujaran Rasulullah SAW ini diriwayatkan oleh Abu Imamah al-Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda : “Apabila seorang hamba mukmin ditimpa sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.” Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba. Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya dari hambanya.
Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?” Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa- dosa tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun. ”

Wednesday, May 2, 2012

Ladang Anggur Tasik Beris SIK

Assalamualaikum dan Salam semua...sihat ker?...:) semalam 1 mei hari pekerja,hari cuti jadi time ni nak bawa anak2 jalan....memang tak plan apa pun...sekali hubby kata jom p mandi...teringat kat bendang man sik...kat situ kawasan berpasir dan air jernih sesuai lah kalau bawa anak2 kecik macm ni...(yang mandi ni tak dan ambil gambar pun sbb semua tgh excited terutama anak-anak..) Sampai kat bendang man dah berubah,depa dah buat chalet...air pun tak sejernih dulu sbb banyak buat projek kat situ...tapi dah janji dengan anak-anak ni...bagilah mandi...pas mandi saya terigin pulak nak tengok ladang anggur terbesar di asia tenggara di Tasik Beris Sik kedah...dah dekat kan,apa lagi bertolak lah ke tasik beris...serius memang tempat tu cantik dan menyenangkan tapi tak best sebab tak boleh petik sendiri angur kat situ..takpelah bergambar pun jadilah...bergambar pun tak banyak,sekali arman ta tahan nak kencing tandas jauh,sekali terkencing dalam seluar...aduh!!!jadi kami beli lah anggur yang siap dipetik dan jus anggur untuk makan dan minum semasa dalam perjalanan balik... Kali ni kami balik ikut pokok sena,tak pernah lalu,first time...selalu ikut jeniang turun gurun..Agak jauh jugalah perjalanan ke pokok sena sementara nak sampai alor setar...:) Oklah kita layan beberapa keping gambar buah anggur yang masih kecik ni...