ORDER CUCKOO ONLINE

Name:
No IC
Email Address:
Alamat Pemasangan
No Telefon
No Telefon 2
Model
Bayaran CREDIT CARD / DEBIT CARD
DIRECT DEBIT
Nama Pasangan /ibu bapa
No Telefon pasangan/ ibu bapa

This HTML form was created by Freedback.

Wednesday, March 6, 2013

SERANGGA TOMCAT YANG KECIL DAN BAHAYA

Assalamualaikum...
Harini nak cerita sikit tentang binatang yang mengigit daku, rupa-rupanya dia bukan gigit tapi mengeluarkan cairan berbisa, patutlah tak rasa sakit, bangun tidur terus tengok tangan kat siku jadi melepuh, rasa pedih sangat...


Nasib sy yang kena kalau alya yang masih 7 bln tu lagi kesian...sebab dia tidur sekatil.
Binatang ni terjumpa atas katil, rasa mcm dah kuis buang tapi tak tau la kalau dia masih ada dikatil..tengok kat bawah kesan semburan bisa dia...nampak kecik tgk macam tak bahaya rupanya ia sangat bahaya...

Ni sedikit info yang dijumpai di blog FitriHadi 

Kita di sini pun apa salahnya berwaspada dan ambil tahu tentang haiwan yang menyebabkan penyakit kulit yang serius ni.

gambar serangga tomcat bahaya kesan kulit manusia herpes nanah

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Serangga Tomcat tidak akan menggigit jika bersentuhan tetapi akan mengeluarkan cairan beracun dan mungkin akan terkena kepada benda-benda lain seperti baju, tuala, atau benda-benda lainnya yang bahaya untuk kulit manusia.

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai ‘Pederin’ (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada bisa ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:
Kurangkan penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus

Hindarkan diri dari duduk berdekatan cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya ia pergi. Jika bersentuhan dengan  cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena dengan sabun dan air bersih. (Sumber : pak hIdali)

Kumbang ini kelihatan seperti kala jengking tetapi kecil dan panjang serta mempunyai warna merah berbelang hitam.. Jika terkena cairan beracun tersebut, kemungkinan akan terjadinya ruam, herpes merah dan tengahnya bernanah dengan diameter 2cm dan akan terus membesar jika tidak diubati.

gambar serangga tomcat bahaya kesan kulit manusia herpes nanah

Harap disebarkan agar pencegahan serta rawatan awal dapat diberikan jika terkena kesan serangga ini. Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment