Thursday, August 8, 2013

Kereta pertamaku

Sememangnya dah lama impikan kereta sendiri..sejak kerja lagi tapi tak berkesempatan sebab kerja pun baru 3 tahun selepas tu berhenti sebab dah kahwin dan melahirkan anak... Anak tak ada sapa nk jaga ,jadi terpaksa ambil keputusan yang berat untuk berhenti kerja pada tahun 2007...:)

Dok dirumah mulalah episod berniaga online secara kecil-kecilan...Suami yang cadangkan untuk beli myvi ni... saya tak kisah sangat viva pun ok... Beli kereta pun sebab kena buat oenghantaran barang kepada customer:) Tarikh 5 ogos kereta keluar.. Terimakasih juga kat suami sebab bayar muka RM3500...
Suami mmg cakap dia akan bayar muka untuk kereta ni... mungkin faham keinginan isteri ni nak kereta sendiri tak kesampian sebab terpaksa berhenti kerja awal...
Sayang awak Hamzah mokhtar :)

Warna ozy oren warna terbaru, saya yang pilih... duit kereta dari loan saya sendiri... Alhamdulillah ada juga hasil dari meniaga online ni... kalau kerja kuat lagi , tak mustahil rumah pun boleh beli... macam kawan online saya dah 3 biji rumah, tanah dia dah beli...Hasil 100% dari meniaga:)
Jom layan gambar keretaku ni :) lama tak bawa kereta mmg kena bg biasa tangan:)



Time tengahhari ni keta xbyk, bawa 'buah hati' p jalan tesco ..

***sebulan selepas tu saya kemalangan , memang menyesal dan 4 bulan juga saya tak bawa kereta..:'(

1 comment: