Friday, March 14, 2014

Buku Bacalah Anakku dan Arman ke pusat tuisyen


Assalamualaikum  semua pembaca.. 

Tahun ni genap arman 7 tahun.. semua sedia maklum arman bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dri Taman dekat kawasan perumahan.Ada hikmah juga arman sekolah dekat, dalam 3 bulan ni memag saya akan ke sekolah setiap waktu rehat.Arman tidak pandai buang seluar separuh, kalau buang air mesti londeh semua seluar kelantai.
Waktu rehat nilah saya ajar pi tandas dan buang seluar, sampai dia bagitau tak minum air sebab takut kencing.Sama juga auni, takut minum, pernah satu hari dia terkencing dalam seluar, nasib ada seluar dan baju saya letakkan kedalam beg dia.
Arman ke sekolah tahun 1 diletakkan ke kelas terakhir (2 kelas saja). Hati ibu mana tak risau takut dia ketinggalan berbanding rakan-rakan lain..
Ditambah pula arman tidak dapat membaca dengan lancar..setakat 2 sukukata sahaja. Memandangkan saya surirumah sepenuhmasa,saya banyak melayari internet untuk mencari maklumat anak2 lambat membaca.
Inilah buku yang saya beli siri Bacalah Anakku...Buku ni memang sangat berkesan walaupun saya tak tau sangat nak bunyikan huruf tu,saya ambil pendekatan dengan membunyikan sukukata seperti BA BI BU BE BE BO
Alhamdulillah positif, untuk kemaskan bacaan Arman saya dan suami hantarkan arman ke kelas membaca di Pusat Tuisyen Bendahara di tanjung bendahara.Memandangkan arman duduk di kelas terakhir saya majukan arman ke tuisyen 4 subjek BM,BI,MATE dan SAINS pada bulan 3.
Alhamdulillah Arman memang cepat dapat, saya percaya semua anak2 cepat dapat diusia muda.
Auni juga saya ajarkan buku ni untuk dia diusia 5 tahun..
Bagi saya hantar tuisyen perlu tambahan anak2 yang sudah masuk ke tahun 1 tetapi tak tahu membaca, takut nanti dia akan ketinggalan, dan kurang tumpuan dari guru kalau duduk dikelas terakhir.sebagai ibu mcm saya yang ada masa ni bolehlah mengajar dirumah.


*Update !! Arman sudah lancar membaca BM pada bulan ke6 sekarang membaca BI, Auni juga sudah lancar dan dia teringin kekelas tuisyen, saya hantar dia pada bulan 9..
Keputusan Peperiksaan Arman pada percubaan, NO.1 dalam kelas, dalam darjah NO.7 manakala akhir tahun NO.1 dalam kelas ,dalam darjah NO.3
4 subjek skor A







Nampak keberkesanan buku ni, saya mula membeli read easy,Set  Al-furqan dan Bahasa arab


Auni dan Alya tengah tunggu arman dipusat tuisyen

No comments:

Post a Comment