Assalamualaikum, kali ni saya nak kongsi cara penyusuan selepas bersalin czer macam saya.
Menurut pengalaman saya, lepas pembedahan c-section, saya dapat menyusukan anak saya selepas 2 hari bersalin sebab hari pertama memang tak boleh bergerak,sebab ada tiub kencing dan tangan.kesan ubat bius pun masa ni sangat kuat...kita digalakkan untuk menyusukan anak biar pun banyak
kesulitan selepas pembedahan...Saya akan ampu anak saya beralaskan peha,sebab nak elakkan tekanan pada perut...Alhamdulillah sehingga ke hari ni anak saya masih menyusu badan.
Disini ada 5 perkara penting yang kita perlu tahu berkenaan penyusuan selepas pembedahan cesarean.
1. Anda boleh menyusukan baby anda sejurus selepas melahirkan anak
sekiranya anda mendapat epidural (ubat bius separuh badan sahaja) semasa
pembedahan. Namun anda mungkin memerlukan bantuan dari suami atau nurse
untuk membantu anda agar baby dapat menyusu dengan kedudukan yang
betul.
2. Ubat penahan sakit dan antibiotik mungkin akan mempenggaruhi susuibu
anda, tetapi ia selamat untuk baby. Mungkin akan membuat baby mengatuk
dan asyik tidur sahaja. Kebaikan ubat penahan sakit ini adalah ia akan
membuat anda rasa relax dan keadaan relax membantu dalam penghasilan
susuibu. Jika baby anda sering tidur, maka perlu dikejutkan apabila tiba
masa menyusu.
3. Posisi menyusukan baby amat penting. Anda mungkin perlu memcuba
beberapa posisi untuk mendapatkan posisi yang selesa bagi anda dan
baby.(Sila baca dibahagian bawah entry ini k)
4. Apabila anda pulang rumah, dapatkan bantuan untuk membuat kerja rumah
dan penjagaan baby. Ini khasnya pada 1 minggu pertama dirumah. Selepas
pembedahan anda mungkin akan mempunyai masalah untuk berjalan,
mengangkat baby atau mendukung anak-anak lain.
5. Jangan berhenti menyusukan anak. Pembedahan cesarean mungkin akan
membuatkan anda penat tapi penyusuan harus diteruskan juga setiap 2 - 3
jam. Mungkin semasa menyusukan anak, anda sendiri akan mendapat rehat
dari keletihan/stress menjaga anak.
Berikut adalah tips- tips posisi-posisi untuk menyusukan anak
Berikut adalah
gambar posisi menyusukan anak yang saya petik dari
http://tawnyrumler.hubpages.com/hub/The-Best-Breastfeeding-Positions..
Sila terus membaca k.. Dibawah ada penerangan tentang posisi yang sesuai
untuk ibu yang melahirkan anak secara c-section.
Apabila anda belum boleh mengerakkan separuh badan anda (kesan dari
epidural), anda mungkin perlu menyusukan baby dengan keadaan baring..
belakang anda diatas katil....
Baby boleh diletakkan berdepan dengan breast anda seperti posisi '
cradle hold' tetapi keatas sedikit untuk mengelak bekas pembedahan.
Pastikan anda ditemani oleh seseorang apabila penyusukan baby kerana
pada masa ini anda mungkin masih rasa pening/mabuk sedikit. Juga untuk
memastikan hidung baby tidak tersumbat.
Sebaik sahaja anda boleh baring secara mengiring, cuba beralih ke
sisi kiri atau kanan. Minta pertolongan dari suami atau nurse untuk
meletakkan bantal ke posisi yang selesa. Tetapi ada ibu yang rasa kurang
selesa menyusu secara baring ke sisi kerana luka pembedahan rasa
sakit...
Satu lagi posisi yang mungkin selesa adalah 'football hold' (pegangan bola sepak). Ini mungkin memerlukan anda naikkan katil sedikit. Letakkan bayi di atas bantal, dengan memangku baby selari dengan kedua-dua breast, dan tangan memegang kepala baby. Gunakan tangan kiri untuk memegang payu dara belah kanan.
Mungkin pada mulanya sukar untuk mendapatkan posisi yang selesa, namun cuba eksperimen sebanyak posisi dan jangan teragak-agak untuk meminta bantuan dari nurse Apa-apa pun kedudukan, pastikan perut bayi adalah ke arah anda dan semua aerola di dalam mulut baby.. Bukan puting sahaja k....