Monday, August 6, 2012

PENYUSUAN SELEPAS PEMBEDAHAN CZER

Assalamualaikum, kali ni saya nak kongsi cara penyusuan selepas bersalin czer macam saya.
Jika anda bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak, juga dipanggil cesarean atau c-section, mungkin anda akan tertanya-tanya bolehkah menyusu lepas pembedahan.. Jawapannya boleh tapi mungkin susah sedikit..

Menurut pengalaman saya, lepas pembedahan c-section, saya dapat menyusukan anak saya selepas 2 hari bersalin sebab hari pertama memang tak boleh bergerak,sebab ada tiub kencing dan tangan.kesan ubat bius pun masa ni sangat kuat...kita digalakkan untuk menyusukan anak biar pun banyak kesulitan selepas pembedahan...Saya akan ampu anak saya beralaskan peha,sebab nak elakkan tekanan pada perut...Alhamdulillah sehingga ke hari ni anak saya masih menyusu badan.

Disini ada 5 perkara penting yang kita perlu tahu berkenaan penyusuan selepas pembedahan cesarean.

1. Anda boleh menyusukan baby anda sejurus selepas melahirkan anak sekiranya anda mendapat epidural (ubat bius separuh badan sahaja) semasa pembedahan. Namun anda mungkin memerlukan bantuan dari suami atau nurse untuk membantu anda agar baby dapat menyusu dengan kedudukan yang betul.

2. Ubat penahan sakit dan antibiotik mungkin akan mempenggaruhi susuibu anda, tetapi ia selamat untuk baby. Mungkin akan membuat baby mengatuk dan asyik tidur sahaja. Kebaikan ubat penahan sakit ini adalah ia akan membuat anda rasa relax dan keadaan relax membantu dalam penghasilan susuibu. Jika baby anda sering tidur, maka perlu dikejutkan apabila tiba masa menyusu.

3. Posisi menyusukan baby amat penting. Anda mungkin perlu memcuba beberapa posisi untuk mendapatkan posisi yang selesa bagi anda dan baby.(Sila baca dibahagian bawah entry ini k)

4. Apabila anda pulang rumah, dapatkan bantuan untuk membuat kerja rumah dan penjagaan baby. Ini khasnya pada 1 minggu pertama dirumah. Selepas pembedahan anda mungkin akan mempunyai masalah untuk berjalan, mengangkat baby atau mendukung anak-anak lain.

5. Jangan berhenti menyusukan anak. Pembedahan cesarean mungkin akan membuatkan anda penat tapi penyusuan harus diteruskan juga setiap 2 - 3 jam. Mungkin semasa menyusukan anak, anda sendiri akan mendapat rehat dari keletihan/stress menjaga anak.

Berikut adalah tips- tips posisi-posisi untuk menyusukan anak


Berikut adalah gambar posisi  menyusukan anak yang saya petik dari  http://tawnyrumler.hubpages.com/hub/The-Best-Breastfeeding-Positions.. Sila terus membaca k.. Dibawah ada penerangan tentang posisi yang sesuai untuk ibu yang melahirkan anak secara c-section.


Apabila anda belum boleh mengerakkan separuh badan anda (kesan dari epidural), anda mungkin perlu menyusukan baby dengan keadaan baring.. belakang anda diatas katil....
Baby boleh diletakkan berdepan dengan breast anda seperti posisi ' cradle hold' tetapi keatas sedikit untuk mengelak bekas pembedahan. Pastikan anda ditemani oleh seseorang apabila penyusukan baby kerana pada masa ini anda mungkin masih rasa pening/mabuk sedikit. Juga untuk memastikan hidung baby tidak tersumbat.

Sebaik sahaja anda boleh baring secara mengiring, cuba beralih ke sisi kiri atau kanan. Minta pertolongan dari suami atau nurse untuk meletakkan bantal ke posisi yang selesa. Tetapi ada ibu yang rasa kurang selesa menyusu secara baring ke sisi kerana luka pembedahan rasa sakit...

 
Satu lagi posisi yang mungkin selesa adalah 'football hold' (pegangan bola sepak). Ini mungkin memerlukan anda naikkan katil sedikit. Letakkan bayi di atas bantal, dengan memangku baby selari dengan kedua-dua breast, dan tangan memegang kepala baby. Gunakan tangan kiri untuk memegang payu dara belah kanan.

Mungkin pada mulanya sukar untuk mendapatkan posisi yang selesa, namun cuba eksperimen sebanyak posisi dan jangan teragak-agak untuk meminta bantuan dari nurse Apa-apa pun kedudukan, pastikan perut bayi adalah ke arah anda dan semua aerola di dalam mulut baby.. Bukan puting sahaja k....

No comments:

Post a Comment