Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menulis blog ni...sekarang ni hobi kak memasak...maklumlah habis RM200 dah beli barang nakbuat kek,biskut,kuih muih...apa-apa je lah resepi yang baru...
Hari ni hari ulangtahun encik suami tercinta pulak, macam biasa dah terer sikit buat kek,buat lagi kek kat suami, kali ni ada tambahan untuk buat mee kuah tapi ganti maggi lupa beli mee hehehe.....:)
Layan gambar ni dulu pastu layan resepi pulak yer...
**psttt ikan goreng sumbat sambal tu untuk makan nasi, kira untuk akak ratah ikan tu sekor sebab diet mana leh makan kek banyak2 wakakakaka...:)
RESEPI NYA....
untuk kek coklat ada resepi dia untuk entri yang lepas kat
sini
MEE BANDUNG
Bahan-bahannya( utk 2 org makan):-
Bahan Kuah
5-6 biji lada kering (rebus dan toskan)
6 ulas bawang putih-diketuk
3 ulas bawang merah-dimayang halus
1/4 cawan udang kering (basuh dan toskan)
6-8 ekor udang hidup sederhana (buang kulit dan biarkan ekor udang sahaja)
1 cawan daging - direbus dan dihiris halus, air rebusan
disimpan(saya guna 1 ketul dada ayam, potong dan rebus untuk dapatkan
air rebusan)
1-2 sudu makan gula (bergantung kepada kemanisan yg anda sukai)
2-3 cawan air rebusan daging/ayam tadi
1 sudu makan sos tiram
garam secukupnya dan minyak untuk menumis.
2 batang sawi (asingkan batang sawi dengan daun sawi)
Cara memasak kuah:
Kisar halus cili kering, udang kering dengan 1/2 cawan air rebusan ayam.
Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang merah dan
masukkan bahan kisar. Biarkan sehingga betul-betul masak. tambah sedikit
air jika kering.
Masukkan air rebusan daging/ayam.
Masukkan bahan perasa seperti gula, sos tiram dan garam. Masukkan batang sawi, masak sehingga batang sawi lembut.
Angkat.
Bahan Mee dan bahan sampingan
1/2 kilo mee
daun sawi (dari 2 batang sawi yg dipotong diatas-lebihkan jika anda suka)
1/4 kobis - dipotong
daging ayam yang direbus
6-8 ekor udang hidup sederhana (buang kulit dan biarkan ekor udang sahaja)
1 biji telur
Hiasan-hirisan cili merah, bawang goreng dan daun sup
anda boleh tambah sayur lain ikut kesukaan anda
Cara-caranya:-
Basuh mee supaya minyak berlebihan bau kapur dikeluarkan
Celur mee dalam air panas sebentar dan toskan. Letakkan kedalam pinggan yang hendak dihidangkan.
Masukkan kuah mee untuk anggaran satu pinggan kedalam periuk. Masukkan ayam dan biarkan sebentar. biarkan ia betul2 panas.
Pecahkan telur dan biarkan sehingga ia separuh masak.
Masukkan sawi, kobis dan udang.
Tuangkan kuah keatas mee
taburkan dengan potongan cili merah dan daun sup sebagai hiasan (sy tak bubuh pun)
Tips:-
Supaya telur cantik ketika dimasukkan kedalam kuah. Pastikan kuah
betul-betul panas dan ambil sudu buat 2-3 pusingan arah jam. pecahkan
telur dan masukkan ditengah2 kuah. pusingan kuah akan memastikan telur
menjadi bulat seketul.
No comments:
Post a Comment