Sunday, September 30, 2012

Petua menambah susu ibu

 Beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai ibu-ibu yang menyedari akan kepentingan menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.  Perkara ini adalah satu perkembangan yang amat positif kerana kebaikan susu ibu itu sendiri.  Titisan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat dan nutrien akan dapat diserap ke dalam tubuh bayi yang amat diperlukan untuk tumbesaran mereka.
Akan tetapi terdapat juga ibu-ibu muda yang sering merungut dan mengatakan “Saya tiada susu”, “Susu badan kering”, “Susu ibu kurang, tak cukup.. kena tambah susu formula”.  Adalah amat disarankan bakal ibu atau ibu-ibu muda untuk menambah ilmu penyusuan susu ibu supaya lebih berkeyakinan dalam menangani cabaran psikologi atau persepsi negatif dari orang sekeliling atau si ibu sendiri.
Terdapat pelbagai petua dan cara menambah susu ibu yang boleh diamalkan.  Di sini saya kongsikan di antaranya:

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih
 
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering

- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu hamil dan menyusu

Pucuk betik/Betik muda
 
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
 
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
 
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
 
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
 
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis
 
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
 
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air masak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep supply and demand.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.


Atkins Diet

Assalamualaikum...sebenarnya terpanggil saya nak buat entry ni adalah disebabkan saya baru beli SDII yang hangat diperkatakan,saya penah minum JUS MATE 5... tengok dari segi diet nya sama saja, jusmate 5 saya dapat turun 10 kg then mengandung, berhenti dah bersalin ni badan pun dah kembali menjadi belon...huhuhuhu:( belilah SDII sebab harga murah sikit dari mate 5 .... try cari info tentang diet yang diamalkan oleh kedua2 produk ni jumpalah tajuk diet atkins...DIET ATKINS ni adik saya sendiri pernah buat dan turun berat badan dia...tak payah belanja duit bagai kan...percuma saja:) semua info ni saya ambil dari blog Bicikut - Diet Diary info yang sangat berguna bagi orang macam kak nilah :(
JOM BACA CARA DIET ATKINS NI...pasti teruja kan:)

Atkins Diet - Cara paling berkesan untuk kurus dengan cepat dan percuma


" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak"
____________________________________________________________________________________
Diet Atkins lebihkan sumber  Protien daripada karbohidrat
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Monday, September 24, 2012

Khasiat KH Kopi

Assalamualaikum semua...sihat noo:) kak ni pun semakin sihat, selera mkn ni bertambah2 jer selepas habis pantang genap 3 bulan baby alya:)
Sekarang ni sibuklah dok cari2 pelbagai jamu, suplement, krim yang dok cerita la ni krim ramping balm...saya rasa tiada perubahan ...sbb jarang pakai,pakai jer baby nangis time menyusu mungkin dia terasa bahang kepanasan balm ni kut ...huhuhu:(
Oklah berbalik kepada tajuk harini yer cehhhh mcm pembaca berita pula, nak dijadikan cerita anak murid suami ni merupakan pengedar antara yang terbesar disekitar KEDAH,PERLIS sampai KL dia pi jual...mula suami ni tak maulah beli yerlah kopi papan tgk harga RM40.9.. kecek punya kecek wah dapat RM25 mcm, murah kan siapa tak mau, belilah encik suami kak ni...murah pun sekali tu jer lah hehehe...
Balik rumah tercengang sat uihh mahal kopi ni...suami kata 'try lah dulu dah murah ni dapat beli'...
Kak pun try sedap kopi ni mcm teh mcm tu, ingat nak minum banyak kali tapi suami kata 2 paket saja sehari,jangan lebih kang tak tido mlm pulak hihihihi
Anak pulak nak minum, suami cakap boleh minum start umur 3 tahun keatas...dalam pikiran ni best gak kopi ni, yer la mcm2 herba dah try yang bertahan pun kopi radix bertenga jer minum, lama dah tak beli sebab kenaikkan harga, berubah ke ali cafe yang murah..

Nilah minuman harian kami suami isteri DANNNNNNNNN result yang bagus sekali pada hari pertama sendawa tak mau2 tandanya tu banyak angin hihihihi.... Hari ke 5 ni, keluar lendir bewarna kuning hijau sikit takut gak...rupanya kekotoran dalam rahim dicuci, yg ni best ni, sebab sekarang heboh tentang susuk dara, produk tu bagus tapi kak ni takut nak masuk benda alah tu ke dalam 'tuttt' huhuhu:(
Air kencing pun jernih,suami pun mcm tu bila buang air kecil,jernih dan tak berbau...air putih kak memang jarang minum tak cukup 8 gelas pun dalam 3 gelas tapi still buang air kecil warna jernih...:(
Oklah anda semua boleh baca kat link bawah ni untuk khasiat kopi KH ni,nk terangkan tu tak pandai,tapi nilah pengalaman saya minum KH kopi sangat berpuas hati dengan tidakbalas kopi ni..tak hairanlah kenapa kopi ni di jenamakan dengan nama king herba(KH) sbb khasiatnya yang sangat banyak.

 KH Kopi

Adakah anda mengalami masalah kesihatan? 
Kencing Manis,Darah Tinggi,Buasir,Ghout,Migrain,Batu Karang,Athma/Lelah,atau Penyakit Kronik.
“SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT”
Berikhtiarlah dengan meminum khkopi iaitu 100% ekstrak/pati herba hutan terpilih. InsyaAllah dapat mengeluarkan segala kekotoran/toksid dalam badan dan menjadikan anda sihat dan sejahtera.Aminn
Dengan khkopi apa yang anda perlu lakukan
HANYALAH!!!!
Minum 2 x sehari ( 1 susu teh + air suam ) badan akan berpeluh.
Gula, Garam, Kolestrol, Asid, Toksid dan pelbagai kekotoran dalam badan akan dicairkan dan akan di buang melalui saluran roma, najis besar dan kencing. Apabila semua kekotoran dapat dicairkan dan dibuang manusia akan sihat walaupun sudah bertahun-tahun menghadapi masalah kesihatan.Usus perut akan menjadi bersih dan kembali berfungsi. Kekotoran pada Jantung, Paru-paru, Buah Pinggang akan dibuang keluar dan kita akan kembali normal tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan. InsyaAllah ! !

KAEDAH PENGAMBILAN KHKOPI
***Boleh di minum dengan pelbagai minuman. Kepada yang bermasalah pembuangan najis, minum dengan air buah-buahan, air asam jawa atau limau nipis dan perlu dicampur sedikit garam ***
***Dilarang meminum melebihi 4 cawan sehari kerana kemungkinan gula dan kolestrol akan terbuang berlebihan ***
***Tidak perlu berpantang dalam makan atau minum. selepas 10 hari berterusan meminum khkopi
*** Wanita mengandung dilarang meminumnya kerana kandungan bunga pakma mengecutkan rahim serta khkopi mencuci semua kekotoran didalam tubuh badan kita***
INSYAALLAH

TEMPOH BERKESAN

KENCING MANIS – 7 Hari
DARAH TINGGI – 5 Hari
BATU KARANG – 2 / 3 Hari
MIGRAIN – 2 / 3 Hari
BUASIR – 5 Hari
GHOUT – 2 / 3 Hari
ATHMA – 2 / 3 Hari

FUNGSI 7 HERBA DALAM KHKOPI
~ Bunga Pakma – Bertindak sebagai pemulihan luka dan pengecutan
~ Tongkat Ali – Bertindak sebagai pencair darah dan memecahkan kolestrol
~ Mengkudu – Bertindak sebagai penstabil seluruh tubuh badan
~ Raja Satong – Bertindak sebagai pembersih jantung, paru-paru dan organ dalaman
~ Halia Padi – Bertindak membuang toksid dalam daging dan darah
~ Misai Kucing – Bertindak mencuci usus dan mengawal gula dalam darah
~Ubi Jaga – Bertindak menambah tenaga, cecair lutut, tulang belakang dan memekatkan airmani


Tindak balas di peringkat awal JIKA ADA selepas meminum KH KOPI dan cara mengatasinya.

1) Pening / Loya
Toksid / kekotoran berlebihan di bahagian tengkok dan kepala serta usus perut. Banyakkan meminum air suam dan kurangkan dos pengambilan Teruskan meminum KH KOPI sehingga masalah selesai.

2) Sakit Sendi / Berbisa Badan
Toksid di dalam sendi keluar dan diganti dengan pengaliran darah. Teruskan meminum KH KOPI dan banyakkan minum air suam.

3) Gatal-gatal kulit/kemerahan
Kekotoran di dalam daging / tulang tidak dapat disalurkan ke usus kerana ianya terlalu banyak dan ianya keluarmelalui liang roma kulit).Kurangkan dos untuk beberapa hari. Banyakkan minum air suam.

4) Muntah (Orang Lelah / Asma)
Kekotoran yang melekat pada paru-paru keluar (usus perut tidak dapat memproses disebabkan kepingan toksid menebal di paru-paru).Minum seperti biasa.

5) Keluar darah pekat/Lendir busuk dari alat kelamin wanita
Kekotoran di dalam rahim seperti senggugut dan keputihan dicuci keluar.Minum seperti biasa.

6) Keluar lendir dan kepingan berupa pasir/sampah dari kelopak mata
Glukos dan lendir dari saraf mata, otak dan kulit kepala berlebihan.Minum seperti biasa.

7) Keluar benda tajam seperti tulang ikan/selumar
Benda-benda kotor yang menebal pada usus besar keluar kerana tidak dapat diproses usus.Minum seperti biasa.

8) Kencing keluar cairan seperti darah dan berpasir kekuningan
Terdapat batu karang pelbagai peringkat.Tambahkan dos pengambilan dan banyakkan meminum air suam.

9) Sakit di sekeliling pinggang dan perut
Batu karang mulai pecah dan dalam proses keluar.Tambahkan dos pengambilan dan banyakkan meminum air suam.

10) Kandungan gula bertambah di dalam darah dan air kencing.
Kandungan gula yang berada di bawah daging bersedia untuk dibuang melaui kencing dan peluh. Kandungan gula akan berkurangan selepas beberapa hari. pembuangan kencing/peluh . Minum seperti biasa atau tambah pengambilan sekiranya tidak pening.

11) Bengkak-bengkak sendi jari-jemari.
Asid uric pada sendi keluar dan akan dibuang dengan proses pengaliran darah di dalam tubuh. Minum seperti biasa.

12) Buang air besar keluar minyak / bau berlebihan
Terlalu banyak kolestrol di dalam tubuh.Minum seperti biasa.

13) Badan terasa letih /mengantuk
Toksid, kolestrol, glukos dan angin kotor terlalu banyak dicairkan.Minum minuman manis. Jangan dikurangkan garam dalam makanan. Teruskan meminum KH KOPI .

14)Sendawa berlebihan.
Angin kotor keluar kerana liang roma belum terangsang dan usus perut mula mengepam keluar kekotoran badan.Minum seperti biasa

KANDUNGAN SETIAP 100 GRAM
Echerichia Coli ~ 0
Coaqulasae Pos St ~ 0
Salmonella ~ Absent
Tenaga (kj) ~ 396 kcal (1663 kj)
Karbohidrat ~ 98.8 gm
Protin ~ 0.3 gm
Lemak ~ 0 gm

RAMUAN HERBA
1. Bunga Pakma – Rafflesia Flower
2. Tongkat Ali – Eurucoma Longifolia
3. Mengkudu – Morinda Citrifolia
4. Raja Satung – Hydnophytum Formicarum Jack
5. Halia Padi – Zingiber Officinate
6. Ubi Jaga – Smilax Myosotiflora
7. Misai Kucing – Orthosiphon Stamineus Benth

DATA UJIAN KLINIKAL / TEST METHOD USED
FDM – BAM 1995
THE OXOID MANUAL 6th edition 1990
AS 1766.2.2 – 1980
BIOCHEM LAB SDN BHD
LRN C 7038 – 1 / 2007
C 7038 – 200

HARGA
KH Kopi Asli (Botol) RM 30.90
KH Kopi Asli (Botol) SS RM 39.90
KH Kopi Asli (Kotak) RM 30.90
KH Kopi Asli (Kotak) SS RM 39.90
KH Kopi Chocolate (Kotak) RM 35.90
KH Kopi Chocolate (Kotak) SS RM 40.90
KH Kopi Chocolate (Papan) RM 40.90
KH Kopi Chocolate (Papan) SS RM 45.90

1. KH Kopi Asli (Botol)
Berat: 200g
Harga Semenanjung: RM 30.90
Harga Sabah dan Sarawak: RM 39.90
Harga Singapura: $30.00
Harga Brunei: RB30.00

2. KH Kopi Asli (Kotak)
Berat: 6g x 30 sachet
Harga Semenanjung: RM 30.90
Harga Sabah dan Sarawak: RM 39.90
Harga Singapura: $30.00
Harga Brunei: RB30.00

3. KH Kopi Coklat (Kotak)
Berat: 20g x 15 sachet
Harga Semenanjung: RM 35.90
Harga Sabah dan Sarawak: RM 40.90

4. KH Kopi Perisa Coklat (Papan)
Berat: 20g x 20 sachet
Harga Semenanjung: RM 40.90
Harga Sabah dan Sarawak: RM 45.90
Harga Thailand: 450 Bhat
Harga Brunei: RB 30.00
Singapore: S$ 30.00
Indonesia RPI 150,000


****NAK BELI BOLEH BELI DENGAN SAYA PUAN YUS 012-4508924 / FB PAGE: HAMIZA SHOPPE klik jer link kat atas tu..

Saturday, September 22, 2012

TAHNIAH SHILA HAMZAH

Assalamualaikum...balik dari alor setar baru dapat buka internet maklumlah kat kampung tak ada internet huhuhuhu:)
Dok syok-syok mengoogle jer kerja buka beautifulnara ada post tentang pertandingan ASIAN WAVE 2012, yang mana sedia maklum dimenangi oleh penyanyi malaysia Shila hamzah..
Pada awal kemunculan Shila hamzah ni taklah popular tapi selepas masuk OIAM 2 nama nya terus naik sikit...kak yakin lepas menang Asian wave ni bertambah2 naik lagi nama dia...Jarang penyanyi melayu malaysia yang mendapat tempat di negara luar, tapi telah dibuktikan antaranya oleh Allahyarham Sudirman, Dato' Siti Nurhaliza, dan yang terbaru Yuna ..banyak lagi tak  larat nak senarai hehehehehe:)
Tak terlambat lagi lah nak ucap tahniah kat shila hamzah ni...suara sedap, ime pun cantik dan sopan...:)


Dari kecik memang kak minat kat shila anak N.D lala ni..suara memang mantap kalah ayah dia hehehehehe:) Tak mustahil juga lepas ni adik shila Syada hamzah IDOLA KECIL 1 walaupun masa tu tak menang tapi suara dia boleh tahan juga sedappp,serak2 basah gituuuu:)



Apa yang membanggakan shila kini bertudung litup, berpakaian sopan...tahniah :)
Memang suara tak payah cakaplah memang best dia antara generasi penyanyi malaysia yang berpotensi sebagai penghibur alah baru..Jom layan video klip dari shila hamzah ni,tengok juri alam tam pun best dengan shila ni...:)
Sedikit info tetang Asian wave ni :
 ‘Asian Wave’ adalah pertandingan nyanyian terbesar di Asia. Dianjurkan oleh sepuluh media arus perdana, firma dan syarikat-syarikat hiburan, program ini bertujuan mencari generasi penyanyi pop di Asia. Peserta dapat memikat hati juri dan penonton selepas lebih 20 pusingan akan diberi penghormatan sebagai “Asian Wave” yang sempurna. sumber: http://shahrulsite.net



 Lagu pertama 'GEMILANG' jaclyn victor
Lagu Kedua 'GRENADE' bruno mars
Lagu Ketiga ' ZHENG FU ' na ying Lagu ketiga ni pernah tengok versi Dato CT nurhaliza...kedua2 memang sedap dan tersendiri..:)

Tuesday, September 11, 2012

Alya Tarik Rambut kakak

Salam semua...baru ni saya beli Playskool tummy time secondhand nak beli yang baru mahal so seacrh kat internet,kalau juai murah ni selalu dah habis seacrh jumpalah kat Tender Loving Care Toys
Murah jer RM60 saja termasuk postage....Dah sampai yang excited adalah Auni...ingat mainan dia.
Takpalah main lah dengan adik, nak dijadikan cerita bukan takat kakak yang menumpang main,balik si abang dari sekolah terus dok sekali...last2 lemas alya tak mau main dah...
Masa dok main tu,si alya tertarik rambut auni yang panjang...kan dah kena,tapi auni ni bagus tak pukul adi hanya panggil ibu saja...tak nangis pun...Auni ni sangat sayang kat adik dia,sampai masa balik kampung haritu tok nak ambil alya,mata dah berair dah nak mengis, Arman tetap dengan gaya coolnya...
Oklah layan gambar aksi tarik menarik rambut ni,nak tergelak pun ada,sian auni dok tahan sakit ibu kerja dok ambil gambar saja....SABORRRR JELAHHH:)

Bergambar dulu , pipi sapa tembam..:)
Semestinya pipi tu menang kat alya ...
Rambut tak sikat takpalah janji bergambar kuangkuangkuang....
Tadaaaa...sakit tau:)
Tengok tu ibu...sakittttt
Alya jangan tarik rambut kakak ni sakit tau....
Datanglah ibu menyelamatkan keadaan hehehehehe:)





Aksi Candid Alya

Ni masa nak menyembang ni...:) muncung mulut2 hahahhaa:)
Ibu : Oppppssssss...
Alya : ibu ni tgh pakai tuala pun nak interframe grrrrrrrr.......