Friday, September 12, 2014

Menjahit


Menjahit lagi...
Ni langsir member suruh repair... repair jelah
Dapat gak upah kan hehehe

Cantik kain dia kan..
Dia beli kat jakel.. korang kalau nak beli kain tunggu sale dapatlah murah..
Jimattttttt...


Wednesday, September 3, 2014

Harijadi Kakak Auni

Salam Dhuha..salam menjemput rezeki..
Malam pulun buat kek kat anak...esoknya nak bawa ke sekolah Auni.
Selalu saya dan suami memang akan buat hadiah sikit untuk rakan2 sekolah Arman dan Auni apabila tiba harijadi mereka.

Selamat hari lahir Auni ..Semoga menjadi anak solehah buat ibu dan abi dan membesar dengan sihat..Aamiin..


Saturday, August 23, 2014

Harijadi Alya

Assalamualaikum....
Memandangkan kami tak sempat nak sambut harijadi Alya..
Kami ambil keputusan sambut sekali dengan Mak dan makteh dia...kebetulan mak datang rumah.
Alya ni lahir sama tarikh dengan mak teh dia... biasalah tumpang makteh sambut hehehe

Suami open table...Makteh belanja kek creme brulee ...sedap rupanya kek cheese ni..tak pernah makan kek cheese hehehe..







Tenggelam makteh hahaha...Mak teh dia yang pakai tudung hitam sebelah kanan gambar last ni..
Makteh AKA adik saya..

SELAMAT HARI JADI BUAT PUTERI IBU ALYA SAFIYYA DAN ADIKKU YUSNITA YUSOF
Moga menjadi anak yang solehah buat ibu bapa..dan dimurahkan rezeki..
Aamiinn

Tuesday, August 12, 2014

Alya Berhenti Susu


Salam buat semua...
Alya dah genap dah 2 tahun sekarang tiba masa untuk dia berhenti susu ibu.
Sebelum ini kakak alya..Auni masa berhenti susu maghrib menangis ,kebetulan balik dari cameron highland, badan dia tak sihat dan kurang minum susu.
Saya dan suami ambil kepputusan berhenti susu sebab dia pun tak minum sangat.
Seminggu jugalah tahan..masa di cameron pun dia mengingau ...maklumlah tempat asing dan keadaan tubuh yang tak sihat.
Bila dah berhenti susu awal ok tapi bila maghrib mula menangis.
Saya letak selotape ,bila nak menyusu memang dia akan tolak.
Semua berjalan dengan lancar .
Suatu hari kebetulan balik kampung mula menagis lagi..minta ayah buat air penawar.
Alhamdulillah Auni dah tak menangis..seminggu juga dia tahan huhu..

Alya pulak jenis manja..memang risau jugak sebab dia nangis lagi kuat hehehe...



Hari pertama misi berjaya tak menangis..macam biasa guna selotape hehehe.

Bila malam mula merengek tapi masih ok ...


Hari kedua Alhamdulillah...sampai 3 hari jer dah ok...
Rupanya Alya lebih mudah berhenti susu tak banyak karenah.

Tuesday, July 29, 2014

Raya oh Raya

Salam Aidil fitri buat semua..
Wahhh...meriah raya kalini...mana taknya beraya dengan baju raya sendiri... heheheh:)
Macam biasa malam raya ni kami akan bermalam di rumah mak kat taman ria sebab raya pertama kami akan ke Parit Buntar ziarah kubur arwah Ayah.
Lepas ziarah kami kan ziarah sanak saudara sebelah mak akak. Ramai tau family sebelah mak.
Adik beradik kandung mak pun dah 10 orang :)

Jom layan gambar raya 2014 

Tema maroon :)




Nilah tema kelabu biru... Baju yang akak jahit.
Ni beraya kat rumah mertua...kami bersiap nak beraya kat Perak..
Mak mertua ni ada 2 beradik jer...tapi yang ramai anak2.. 
MakLong anak pun 10 tak silap, mak pulak anak 9 orang..
Memang best tiap kali raya..anak2 excited kumpul duit raya..hehehe..:)






 

 

Haa...amacam meriah tak..
Gambar jer tak meriah..xbyk gambar sibuk makan hehhee..

Salam aidilfitri semua.....

Tuesday, July 8, 2014

Jahit baju

Salam Ramadhan...
Harini nk update menjahit pulak.. Kalini memang saya tak ambil upah jahit baju.. saya jahit pun baju anak-anak ,maklumlah baju budak pun mahai macam orang dewasa punya baju...huhuhu:(

Nilah kain2 yang nak dijahit..





Cewe anak dara ni suruh try nak pakai terus baju sampai tetidur pulak tu

Sunday, June 1, 2014

Bercuti di Cameron Highlands


Assalamualaikum.. Kalini suami teringin nak melawat ke Cameron Highland..Hari jumaat dan sabtu 30 dan 31 hb may 2014, saya dan family pergi bercuti, ni kali kedua saya pergi, sebelum ni pergi dengan adik,sebab suami terpaksa bekerja. Kalini pun adik saya dan ibu join sekali,,:)

Hari jumaat tu masa bertolak ke Cameron Highland saya sempat ke ladang bunga ros sahaja sebab hari dah agak lewat petang sampai.

Tempat lawatan femes sekali mestilah ladang teh saya pergi cameron tea valley dan Ladang teh Boh , kemudian kami melawat ke ladang strawberry, Ladang lavender, Taman rama- rama. Kami melawat pada hari sabtu selepas check out homestay, sebab semua tempat tu menghala jalan balik senang nak berhenti .. 

Cameron Valley Farm







Strawberry Farm















Tengok tu alya nak tangkap ikan..nasib tak terjun kedalam kolam tu






  1. Cameron Lavender Farm















Taman Rama-Rama















Sebahagian saja gambar, xdan nk tangkap sbb dok mengawal Alya yg sangat aktif.. 

* 3 biji strawberry jadi jus (hancur ), 3 kuntum bunga hancur, ikan lari sbb celup tangan dlm air...