Simple jer kan..:)
Tuesday, October 25, 2011
Sambut Ulangtahun kelahiran Abi:)
Simple jer kan..:)
Harijadi abii....
Sunday, October 23, 2011
Tutorial letak button like dan share facebook diblog
Tengok blog saya dah ada button like dan share facebook...biasalah mula2 mesti ada try and error kan...sini nak kongsi ada 3 tutorial yang boleh dikongsi sebenarnya banyak tapi 3 ni yang berjaya...
Yang lain gagal...sebab tu saya cakap kita cuba dulu selalunya awal kita akan menemui kegagalan....
Oklah bila dah berjaya ni nak kongsi juga dengan rakan2 semua terutama yang baru nak membuat blog...ni senarai tutorial yang boleh dikongsi bersama...:
Tutorial letak button like facebook di blog (ni yang saya guna)
Tutorial letak button share facebook di blog (yang ni berjaya juga dan kedudukan button diatas)
Tutorial letak button share facebook di blog (ni yang saya guna)
SHARING IS CARING:)
Saturday, October 22, 2011
Ibu Bapa Sebagai Pendidik NO.1
Suatu hari cikgu arman membalas post saya di facebook dengan mengatakan yang arman tak nak menulis disekolah..dia nak tulis dgn ibu dia...( Ada perasaan bangga sikit diri ini)
Memang selalu kalau berada dirumah saya akan mengajar anak2 yang asas termasuk auni...Bagi saya walaupun Ibu ni belajar tak setinggi mana tetapi pada anak2 KITALAH GURU KITALAH YANG PALING PANDAI DAN BIJAK DIDUNIA NI....ulang sekali lagi DIDUNIA hihihi...
Meja makan kat rumah ada tapi kami ni suka makan dibawah....jadi saya dan suami membeli meja jepun bercorak ABC dan 123..meja jepun ni untuk digunakan sebagai meja study arman dan auni tapi terlebih advance jadi meja makan....:)
Masa waktu makan..anak saya akan tanya " ni apa ni"
jawapan ibu dan abi mestilah mamtap yer:)
Sebenarnya banyak pemainan yang memberi pembelajaran kepada anak-anak..tengok pada kemampuan....tak semestinya barang mahal menjanjikan anak2 kita akan pandai tapi peranan ibu bapa tu yang penting,Bagi ibu yang berkerjaya saya tau anda akan penat tapi ambillah masa cuti untuk bersama anak,bukan setakat keluar bersama tapi ambil masa untuk belajar bersama-sama...walaupun setakat ABC
Siapa yang tak nak tengok anak yang membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah...
Saya juga akan memainkan peranan sebagai Ustazah dirumah...selepas solat arman akan mengambil muqaddamnya untuk dibaca bersama ibu...Auni pula mengambil buku yassin yang dianggapnya muqaddam..takpa biasakan diri anak2 mencintai buku...
Disini Saya selitkan rencana mengenai Peranan ibu bapa sebagai pendidik
Peranan Ibu Bapa Sebagai Pendidik Terulung
Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam didikan anak-anak mereka. Selain guru di sekolah, ibu bapa memainkan peranan sebagai guru yang dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak di rumah secara tidak langsung. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil berat oleh seorang ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak-anak yang soleh atau solehah dalam pembinaan peribadi muslim.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenal Rabbnya
Salah satu tugas utama ibu bapa adalah mendidik anaknya untuk mengenal Rabb iaitu Allah S.W.T.. Islam menuntut si bapa memperdengarkan azan atau iqamah ke telinga si anak yang baru dilahirkan. Dari saat itulah, bermulanya tugas ibu dan bapa mendidik anak-anak mereka mengenali Allah S.W.T.. Setiap ciptaaan Allah di muka bumi ini sama ada langit, bumi, bintang, matahari dan bulan perlu dijelaskan oleh ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, ibu dan bapa perlu memastikan tumbesaran anak-anak mereka perlu sejajar dengan pengenalan kepada PenciptaNya.
Menjadi fitrah semulajadi seorang bayi yang akan terbangun dari tidurnya menjelang subuh hari. Betapa Allah telah menciptakan hambaNya untuk melaksanakan salah satu perintahNya pada waktu subuh. Selain itu, seorang bayi tidak akan selesa dengan kekotoran yang ada pada dirinya. Inilah hakikat kebenaranNya bahawa Allah menjadikan fitrah seorang manusia agar mencintai kebersihan. Namun demikian, masih ramai di antara kita yang tidak menyedari hakikat ini dalam pendidikan terhadap anak-anak.
Ibu bapa perlu menjadi seorang pendengar yang baik
Setiap anak mahukan ibu bapa mereka menjadi pendengar yang baik kepada mereka. Seperti contoh berikut, di mana seorang ibu yang sedang sibuk mencuci pinggan tiba-tiba didatangi anaknya Marina berumur lima tahun dan memanggilnya,
“Ibu!”. Si ibu menjawab dengan lembut sambil membuat kerjanya.
“Ya, Marina”. Sepuluh minit berlalu dengan senyap.
“Ya, Marina”, jawab ibunya dengan lembut sambil membuat kerja. Sepuluh saat berlalu dengan senyap.
Kedengaran lagi Marina memanggil ibunya “Ibu!’’.
Kali ini ibunya menjawab dengan nada yang sedikit keras, “Ya?”. Tetap tiada juga ucapan yang terkeluar daripada mulut Marina.
“Ibu!”, jerit Marina
“Apa yang Marina mahu ?”, balas ibunya dengan nada yang lebih tinggi menunjukkan kesabarannya diuji.
Marina yang masih lagi tersenyum memandang ibunya menjawab dengan lembut “Saya nampak kupu-kupu dan burung di taman tadi”.
Jauh di sudut hati Puan Normah, perasaan bersalah terhadap anak kesayangannya itu menyelubingi dirinya kerana menjawab panggilan Marina dengan keras tadi. Padahal Marina cuma ingin memberitahu kepadanya tentang kupu-kupu dan burung yang dilihatnya di taman.
Sebenarnya, cara yang terbaik bagi seorang ibu menangani situasi sebegitu adalah dengan menyahut panggilan si anak dengan penuh kasih saying dan bersedia mendengar apa yang ingin diceritakannya.
Pada keesokan harinya Marina berlari mendapatkan ibunya dan memanggilnya “Ibu!”.
“Ya, ibu dengar”, kata Puan Normah.
“Tetapi ibu tidak memandang saya”, jawab Marina. Puan Normah memandang Marina dan tersenyum kepada anaknya.
“Saya nampak layang-layang tadi”, kata Marina dengan gembira dan berlalu dari situ dengan senyum.
Apabila kita memandang mata seseorang yang lain ketika bercakap dengannya, secara tidak langsung kita memberitahunya bahawa kita mendengar dan menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin dikatakannya. Begitulah juga halnya dengan Puan Normah dan anaknya. Seorang anak mahu ibu atau ayahnya memberi tumpuan terhadap apa yang ingin diperkatakannya. Oleh yang demikian, kita seharusnya mempunyai kemahiran sebegini untuk menjadi seorang pendengar yang baik kepada anak-anak kita.
Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadi contoh kepada anak-anak yang sedang membesar terutamanya dalam pendidikan terhadap solat dan pemakaian yang menutup aurat. Anak-anak akan memerhatikan apa yang di lakukan oleh ibu bapa. Sekiranya ibu bapa sentiasa menjaga waktu solat mereka dan sentiasa menutup aurat ketika keluar dari rumah, maka sudah tentu anak-anak akan mudah mengikuti apa yang di lakukan oleh ibu bapanya.
Berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai dan lemah lembut
Setiap tutur kata yang dilafazkan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Baik tutur kata ibu bapa, maka baiklah tutur kata si anak itu. Unit bahasa itu mula terbentuk di dalam otak pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak lagi. Oleh itu, ibu bapa perlu bercakap dengan sebutan yang baik dan nada yang lemah lembut. Selain itu, penggunaan bahasa yang betul dan tepat di samping perkataan yang sesuai dengan keadaan dan situasi juga perlu dititikberatkan bagi memudahkan pembelajaran komunikasi anak-anak di rumah.
Pembentukan peribadi kanak-kanak melalui perwatakan ibu bapa
Ibu bapa adalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, anak-anak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang dilihat atau dibuat oleh ibu dan bapa mereka. Pembentukan peribadi kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada dipengaruhi oleh perwatakan ibu bapa. Perwatakan yang baik dapat dicontohi daripada Rasulullah S.A.W. dan juga para sahabat. Rasullah telah menggariskan matlamat utama perutusan Baginda ke muka bumi ini dalam hadisnya yang berbunyi “Hanyasanya saya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
Sebagai contoh, keperibadian seorang sahabat Nabi, Usamah yang menjadi anak angkat Rasullah ketika beliau masih kecil sangat dikagumi ramai. Usamah hidup dalam keluarga Rasulullah yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas harian, Rasulullah sentiasa meluangkan masanya untuk bermain dengan cucu-cucunya, Hassan dan Hussien. Kasih dan sayang Rasulullah yang dicurahkan kepada cucu-cucunya itu menyamai kasih dan sayangnya kepada Usamah.
Perwatakan Usamah sangat terserlah dengan peribadi yang mulia apabila beliau telah meningkat dewasa. Beliau menjadi seorang yang berani, cerdik dan bijaksana serta tahu menjaga kehormatan dirinya. Ketika beliau berumur 20 tahun, Rasulullah telah melantik Usamah sebagai panglima perang untuk memimpin bala tentera umat Islam tetapi pemergiannya untuk berjihad di jalan Allah tertangguh kerana Rasulullah telah wafat ketika itu. Inilah kesan daripada didikan Rasulullah terhadap Usamah yang bukan daripada keturunan baginda sendiri, namun kasih sayang baginda sebagai seorang bapa angkat tidak pernah terabai.
Ternyata, keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa mereka di rumah. Jika baik perangai ibu dan ayahnya di rumah, maka insyaAllah baiklah perwatakan anak-anaknya. Jika tidak, perkara sebaliknya akan berlaku. Dalam mendidik anak-anak, perkara-perkara seperti mengajak anak-anak beramal, mengajak anak solat pada awal waktu, mengajak anak-anak solat di masjid, mengajak anak-anak berdakwah, mengajak anak-anak mengikut sunnah Nabi dan akhlak baginda S.A.W., dan mengajak anak-anak untuk bersyukur ke atas segala pemberian Illahi perlu dibiasakan dalam kehidupan mereka. Anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorak anak-anak ini menjadi seorang Islam, Majusi atau Nasrani.
Allahua’lam.
Sumber: ISMAWEB.net
Friday, October 21, 2011
Tutorial Membuat Blog Dengan Blogger
Thursday, October 20, 2011
RUPA BARU
fuh...seronok juga buat editing gambar ni bukan apa..akak ni walaupun dah tua tapi semangat untuk belajar tu tinggi sebenarnya:) Eh..akaklah pula..biasalah tutorial ni diambil dari blogger yang lebih muda dari saya:)
Sekarang baru pandai buat header transparent inilah permulaan baru...kalau nak cakap tentang header ni mesti terpikir perisian apa yang boleh buat benda ni kan:
Salah satu tu Photoshop tapi masalahnya akak ni asyik fail jer nak download adoiiiiiiii poning kepala:)
Search google nak try buat header transparent ni menggunakan PhotoScape dengan Paint.NET
Sangat mudah yer anak2 hihihihhih..
PhotoScape memang dah ada akak download sbb nak buat watermark,akak tau guna untuk watermark saja...rupanya banyak lagi yang boleh buat...
Akak guna Paint.NET ni,senang bagi akak la...:)dan lagi best sebab nya senang kita nak jadikan gambar tu transparent latarbelakang dia tak adalah warna-warni bagai tu yer...
Akak ni nak kongsi beberapa blog yang buat tutorial ni bukan apa nak buat tutorial ni memerlukan kerajinan dahlah anak2 akak ni masih kecil susah sikit nak hurai panjang-panjang ni...akak pun TRY N ERROR dah jadi terus rasa puas hati sbb buat sendiri kan...gambar pun boleh pilih yang best buh gambar sendiri pun best:)
Straight to the point,inilah blog2 yang membuat tutorial nak buat header transparent tentang PhotoScape:
1) Tutorial Buat Header Transparent Guna PhotoScape dan GIMP
2) Tutorial Buat Header Transparent Guna PhotoScape dan GIMP
3) Tutorial Buat Header Transparent Guna PhotoScape dan Paint.NET (nilah akak guna yer)
4) Tutorial Buat Header Transparent Guna Photoshop
Tambahan kalau nak guna Photoshop...sebabnya tak payah nak buat 2 kali kerja...sebab kalau guna PhotoScape memang kena guna GIMP dan Paint.NET baru dapat Transparent...
Photoshop ni boleh buat semua kerja tu dalam satu dia je tak payah kongsi dengan sapa2..kedekut ni hihihihihi:)
SELAMAT MENCUBA
SHARING IS CARING:)
Wednesday, October 19, 2011
Penyakit Psikologi
Berita dan video mengenai budak 2 tahun yang dilanggar di China telah menggemparkan dunia. (http://www.youtube.com/wat
Satu saja persoalan yang bermain-main di minda kita. Apakah sebab musabab dan relevannya orang ramai untuk tidak menghiraukan langsung kanak-kanak malang itu? Sehinggakan banyak pihak antaranya menuduh kesemua 18 (anggaran) orang yang hanya lalu dan lihat itu adalah orang yang KEJAM dan TIDAK BERHATI PERUT. Ada pula yang menyalahkan masyarakat dan kerajaan negara China itu sendiri apabila undang-undang dan nilai kemasyarakatan negara itu amat longgar.Kalau yang tak tengok lagi boleh tangok video dibawah:
Ini adalah maklumat yang diambil dari blog saudara aduka
Di China, keadaan ini disebut sebagai kesan 'Peng Yu'. Sebelum ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya, atau orang-orang yang telah jatuh sakit di jalanan sebenarnya berjaya menyaman orang-orang yang membantu mereka untuk sejumlah wang dengan mudah walaupun tidak ada bukti bahawa mereka adalah orang-orang yang menyebabkan kemalangan itu.
Rencana ini telah ditulis di dalam satu akhbar China berbahasa Inggeris. Ini adalah petikan daripada akhbar tersebut:
Di Nanjing pada tahun 2007, apabila seorang lelaki muda bernama Peng Yu, berkata beliau telah membantu seorang wanita tua jatuh untuk bangun. Tetapi perempuan tua menegaskan bahawa Peng telah menolaknya jatuh lalu wanita tua itu menyaman Peng bagi tujuan pampasan. Kerana kekurangan bukti kukuh, mahkamah di Nanjing memutuskan bahawa Peng perlu menanggung 40% tanggungjawab untuk kejadian itu, dan di bawah tekanan awam yang hebat, Peng telah dipaksa untuk membayar denda pula sebanyak 10 ribu yuen.
Selepas kes-kes ini, ramai orang takut untuk menghulurkan bantuan kerana takut disaman. Mereka akan lebih cenderung untuk berdiri dan lihat sahaja jika mereka berada di tempat kejadian.
Untuk pengetahuan kita semua, terdapat banyak lagi kes-kes yang serupa berlaku akibat dari kesan kes 'Peng Yu' tadi. Dan kebanyakan kes adalah kerana kekurangan bukti dan saksi dalam kes tersebut. Antara rencana yang hampir serupa adalah seperti berita ini:
Kes seorang wanita tua berusia 69 tahun yang mendakwa ke atas seorang lelaki muda yang langgar dengan keretanya telah mencetuskan perdebatan awam mengenai moral dan kredibiliti. Perbicaraan masih dalam lanjutan, tetapi majoriti besar rakyat menunjukkan sokongan mereka terhadap lelaki itu dan percaya wanita tua itu memutar belitkan fakta. Mereka juga menyatakan keengganan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang, kerana masyarakat gelora dalam keadaan marah dan tidak berdaya di atas keruntuhan akhlak dan kehilangan kredibiliti.
Wang Xiuzhi, telah melintas jalan secara bahaya dan salah terjatuh dan mengalami beberapa keretakan tulang pada bulan Oktober 2009 di bandar utara Tianjin. Xu Yunhe menghentikan keretanya lalu keluar untuk membantu beliau. Tetapi Wang berkata Xu telah melanggarnya dengan kereta menyebabkan kecederaan yang teruk.
Tanpa mana-mana video pengawasan dan saksi, Xu disabitkan kesalahan dan diarahkan menanggung 40 peratus kos bagi kemalangan itu, walaupun mahkamah tidak pernah membuktikan bahawa dia memukul, mengasari, atau melanggar Wang. Dia telah diarahkan untuk membayar lebih 100,000 yuan berbentuk pampasan kepada Wang, mengikut penghakiman asal yang diturunkan oleh mahkamah daerah pada bulan Jun. Xu merayu keputusan itu dengan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.
Lebih kurang ceritanya dengan kes Peng Yu tadi kan?
Oleh yang demikian, ramai rakyat China mendakwa kes yang terjadi kepada budak 2 tahun yang dilanggar dan orang ramai langsung tidak menghiraunya, adalah punca dari 'kesan Peng Yu'. Hal ini menjadi satu 'penyakit' psikologi yang menjadi trauma dalam masyarakat di China!
Sumber Asal:aduka5.blogspot.com
Ni komen saya pula:
Banyak persoalan yang timbul ketika baca artikel menarik yang dikupas oleh saudara aduka ni...kes ni memang mendapat perhatian ramai...saya pun ada mengkaji sikit kenapa sikap masyarakat di China bersikap acuh tak acuh...Populasi masyarakat dichina amat ramai..dan kebanyakkan miskin...jadi kesan dari desakan hidup,mereka memperolehi wang dari salah satu caranya dengan menyaman orang yang menolong,memang anak kecil ni tak tahu apa2 tapi yang nak menyaman tu kemungkinan orang tuanya(anggapan saya saja)...sebab tu orang ramai takut nak tolong...."ADOI MACAM NI PUN ADA YER"
Ada juga yang bertanya tentang kes budak 2 tahun ni kenapa dilanggar sekali lagi oleh lori kedua....sebabnya,kalau tengok lorong tu memang sempit,bukan lori tu tak elak ,mgkn tak boleh nak elak sbb terlalu sempit sbb tu di lenyek kaki budak ni...kesian mmg kesian tapi itulah realiti kwsn sini pulak kwsn org miskin,masing2 takut kena saman dan tiada wang untuk membayar pampasan...inilah yang dikatakan penyakit psikologi...minda masyarakat sini dah diset otaknya dengan penangan 'kesan peng yu' jadi mereka lebih rela untuk memilih tidak menolong kalau ditolong hilang duit,terpaksa pula keluarga yang dirumah tak makan
Diharap janganlah masyarakat kita bersikap sedemikian....kepada yang nak menolong lebih baik ada rakan jangan berseorangan..kadang2 manusia ni suka ambil kesempatan diatas kebaikkan orang lain..contoh bab nak menolong kereta rosak...last2 kena rompak ni pun satu hal...mohon masyarakat malaysia jangan serik untuk menolong yang tidak berdaya yer...seperti yang dikatakan tadi yang ingin membantu jangan lah berseorangan terutama dikawasan2 terpencil dan sunyi...
Kesian melihat anak kecil ini yang sekarang berada di wad ICU..semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua termasuk saya:
2) Sebagai masyarakat berilah bantuan kepada mereka yang amat memerlukan pertolongan.
3) Kepada yang dibantu BERTERIMA KASIHLAH pada yang membantu anda.
*Kalau ada rasa nak tambah dipersilakan komen yer...sama2 kita manfaatkannya
****UPDATE****
Seorang pemungut sampah di Selatan China yang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibiarkan selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari, menerima ganjaran kira-kira RM10,000 daripada kerajaan tempatan.Wanita berusia 58 tahun, Chen Xianmei mendapat pujian di atas keprihatinannya membantu menyelamatkan nyawa Yueyue, 2, walaupun 18 orang yang melalui jalan berkenaan tidak langsung menghulurkan pertolongan kepada kanak-kanak yang berada dalam keadaan `nyawa-nyawa ikan’ itu.
Dia sebaliknya telah mendermakan balik semua wang itu kepada ibu bapa Yue Yue, kanak-kanak yang dibantunya Khamis lalu.
“Saya sendiri tidak tahu berapa jumlah wang tunai ini. Saya hanya memikirkan kanak-kanak itu, jadi saya pun belum lagi kira wang yang diberikan kepada saya sejak beberapa hari lalu. Saya membawa semuanya untuk kanak-kanak itu.” katanya.
Setakat ini, sumbangan untuk Chen datang dari kilang pertukangan kayu, dengan sebuah syarikat produk rumah di Dongguan memberikannya wang tunai RMB100,000 (RM49,047) sekaligus dengan RMB20,000 (RM9,809) dari majlis perbandaran Foshan.
2) Update Kisah Kanak-Kanak Malang (Yue Yue yang dilanggar lari sebanyak 2 kali ~ rujuk kisah diatas)GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.
Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.
Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.
Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.
Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.
Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.
Tuesday, October 18, 2011
10 Kebaikan Disebalik Senyuman
Senyum mungkin bagi kita adalah hal yang sederhana dan mudah, cukup menarik sudut bibir ke arah samping dan menampakkan gigi. Namun tidak sesederhana itu, kadang tersenyum saat-saat tertentu sangatlah sulit. Terlebih jika kita tidak “mood” untuk tersenyum.Senyum mempunyai hubungan erat dengan karakter seseorang, karena tidak sedikit ditemukan sifat individu yang “murah senyum”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, kondisi jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesehatan, tingkat stres dan daya tarik kita. Senyum juga dipercaya sebagai salah satu jalan jika ingin awet muda. Senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesehatan, di antaranya yaitu :
- Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita , tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka tertarik.
- Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cobalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
- Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
- Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahwa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cobalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.
- Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
- Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencobanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
- Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa studi telah menunjukkan bahwa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang obat yang alami.
- Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang beda, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.
- Senyum membuat anda tampak sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cobalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rekan-rekan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeda.
- Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cobalah berpikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Sulitkan? Karena ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan sinyal ke tubuh anda bahwa “hidup anda saat ini baik-baik saja”.
Maka jauhkan diri anda dari depresi, stres dan rasa khawatir dengan satu kata yaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi karena dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai shadaqah.Sudahkan anda tersenyum hari ini?
sumber: http://woamu.blogspot.com/2009/08/10-kebaikan-di-balik-senyuman.html
Friday, October 14, 2011
Persiapan Ulangtahun Kelahiran Arman Di Taska
Pakai baju tido...mlm dah ni,mata tak ngantuk:)
Kalini arman nak sambut birthday dengan kawan2 kat taska...merekalah peneman arman bila berjauhan dengan ibu huhuhuhu....:( setengah jam jer pun....
16/10/2011 ni genaplah arman 4 tahun dah besar dah...:)
Persiapan Hariulangtahun kelahiran Arman
Pakai baju tido...mlm dah ni,mata tak ngantuk:)
Kalini arman nak sambut birthday dengan kawan2 kat taska...merekalah peneman arman bila berjauhan dengan ibu huhuhuhu....:( setengah jam jer pun....
16/10/2011 ni genaplah arman 4 tahun dah besar dah...:)
Contest Cabutan Bertuah
Akak ambil kambing ni sbb cumil hihihihi:) tgk matanyer yang bersinar2 e wahhhh:)
Jeng...Jeng...kita tgk siapa yang kena:
Siti Suraya
Aida Azryn
Ana Mardia
*mereka ni antara blogger yg kreatif diusia muda:) banyak lagi yang kreatif tapi syarat contest nak 3 jer..inilah yg terpilih secara rawak... huhuhuhu:(
Saturday, October 8, 2011
Intipati Bajet 2012
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
- Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
- Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
- Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
- Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Thursday, October 6, 2011
IBU KITA ADALAH PENIPU BESAR!!!!!
Bace elok2 knape IBU KITA ADALAH PENIPU BESAR? (renung2kan bersama)
Post di atas diambil dari web IluvIslam.com